BERANI NAK IKUT??

Tuesday, June 11, 2013

Tuesday, June 4, 2013

CERMIN CERMIN MELEKAT DI DINDING


.

.

.







“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling cantik di kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau, Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling kaya dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau lah orangnya Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling pandai dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau jugalah orangnya Marina.”

“ Jadi kenapa aku masih sendiri Cermin? Apa tak cukup cantik-kah aku? Tak cukup kaya-kah aku? Tak cukup pandai-kah aku?

Cermin diam.

“ Setiap kali aku ditemukan dengan seorang lelaki, semuanya serba tak kena. Aku dah letih berjumpa dengan lelaki yang salah!!”

Cermin lihat Marina menangis semahu-mahunya.

“ Kau tidak mencari lelaki yang melengkapkan hidup kau Marina. Kau mencari seorang yang sempurna. “

“Aku tak faham!”

“ Cukuplah hari-hari kau mengadap aku dan bertanyakan soalan yang sama. Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong“

Sebaik sahaja ayat yang terakhir dilafaz, Cermin terus pecah. Retak seribu. Marina terpinga.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Tapi aku hodoh.
Aku miskin.
Aku bodoh.

Tanpa kasih sayang.




“ Cermin!!! Kau pun tinggalkan aku!!”


” Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong.“



...

Petikan cerita yang bakal dimuatkan dalam Ex-Boifren II.


:)