BERANI NAK IKUT??

Thursday, December 6, 2012

PERAHU KERTAS DAN CINTA (KAMI)


.
.

.


Maaf kalau aku begitu teruja dengan setiap chapter dalam novel Perahu Kertas. Sebabnya perjalanan hidup Keenan begitu dekat dengan aku. Bezanya dia diminta untuk menghabiskan sarjana ekonomi oleh ayahnya manakala aku menunaikan impian ayah untuk jadi seorang arkitek

Minat kami sama. Melukis. 

Sudahnya aku menghabiskan pagi ke petang ke pejabat menjadi seorang yang dicita-citakan ayah. Pulang kerja aku sambung melukis. Kerana minat. Dan aku tak pernah merasa penat. 

Ya. Melukis takkan bisa buatkan kau kaya. Banyak slot dalam filem yang menyampaikan mesej yang sama. Dalam filem Cinta misalnya. Bagaimana Dyan mengajak adiknya Dhani yang minat melukis untuk bekerja di firma akitek. Seolah-olah melukis di jalanan itu kerjaan yang tiada masa depan. Klise bukan?

Syukur. Aku ditemukan jodoh yang terbaik untuk diriku. Dulu pernah juga aku mencari calon yang punya minat lukis yang sama. Ya. Serupa Keenan dan Wanda. Minat yang sama tidak bermakna penyatuan hati yang sama.

Kugy dan Keenan umpama membawa aku ke dalam dunia cinta kami. Seorang penulis yang ditakdirkan berjumpa seorang pelukis. Sungguh sederhana. Cukup untuk saling melengkapi.

Kami juga membiarkan arus membawa kami hanyut dan berlabuh. 

Moga kami kuat hingga ke hujung nyawa.



...

Aku cuma ambil masa 10 minit untuk tulis entri ini
Aku sendiri taktahu apa sebenarnya yang aku nak sampaikan


"Karena hati tak perlu memilih
Ia selalu tahu kemana harus berlabuh"
- Dee, Perahu Kertas 







my artwork. love it!

xoxo



publish!


. 











17 comments:

ghost said...

perahu kertas mengingatkan kita tentang bagaimana yang dikatakan kebebasan pilihan dan hati. cinta sememangnya ujud di keduanya selepas itu.

Azhar Ibrahim said...

You guys will always be the cutest couple ever! Semoga kekal hingga ke Jannah! :-) *suka, suka, suka*

Ah, mohon ditemukan jodoh segera!

Wadi AR said...

semoga bro antu dgn kak azreen love till jannah.




p/s : alaaa, aku pun nak kawin juga kak

zino said...

saya boleh melukis katun lidi je

uncle gedek said...

eh... ghost writer pon nak komen sini?

APi said...

apa lagi mahu dikata jika segalanya jelas di depan mata..
moga kekal selamanya..

*oh aku kena cari pasangan pelukis rupanya

pemuzik jalanan said...

Ahh bila saya nak dapat jodoh ni kakak? Hmm.

Boleh main teka teki dalam kereta. Kakaka :D

uncle gedek said...

Nah... realiktik, kan?

http://www.blogbeginsatforty.com/2011/06/june-22-2011.html

Felly Sophia said...

Manisnya kamu berdua. Hiks! :D

Kalau penggemar Choki-Choki dgn penulis, agak-agak boleh ngam tak? Haha.

hanaahmad said...

Saya masih ingat lagi di William, di sebelah saya ada seorang wanita yang saya kagumi berkata,

'jodoh tak lewat seminit, tak cepat sesaat,'

Terus bercinta hingga ke syurga. Selamat! :)

azieazah said...

Saya tak tahu nak kata apa. Tapi masa kecik saya handal buat Perahu Kertas!

Nong Andy said...

untunglah pandai melukis...

pasangan aku minat/hobi langsung sikit pun tak seiras hahaha...

but i like it that way :D

Muna Zaen said...

perahu telah berlabuh
telah tertambat
kuat atau tidak tambatan itu
belum ketahuan

PenjuruKosong said...

seni itu tak mampu buat uang

Anonymous said...

novel PERAHU KERTAS best!!!

yanmaneee said...

coach outlet store
jordans
yeezy shoes
irving shoes
moncler jackets
goyard bags
michael kors outlet store
supreme clothing
nike air vapormax
kd 12

Unknown said...

r7v53s6d20 s5t74a7g80 s5h02h0z20 v4i79b0q54 w1y49a7e37 n2b28t3j84