.
.
.
“
Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling cantik di kawasan
perumahan ini?”
“
Kau. Kau, Marina.”
“
Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling kaya dalam kawasan
perumahan ini?”
“
Kau. Kau lah orangnya Marina.”
“
Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling pandai dalam kawasan
perumahan ini?”
“
Kau. Kau jugalah orangnya Marina.”
“
Jadi kenapa aku masih sendiri Cermin? Apa tak cukup cantik-kah aku? Tak cukup
kaya-kah aku? Tak cukup pandai-kah aku?
Cermin
diam.
“
Setiap kali aku ditemukan dengan seorang lelaki, semuanya serba tak kena. Aku
dah letih berjumpa dengan lelaki yang salah!!”
Cermin lihat Marina menangis semahu-mahunya.
“
Kau tidak mencari lelaki yang melengkapkan hidup kau Marina. Kau mencari
seorang yang sempurna. “
“Aku
tak faham!”
“
Cukuplah hari-hari kau mengadap aku dan bertanyakan soalan yang sama. Kau tak
pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma
bongkak dan sombong“
Sebaik
sahaja ayat yang terakhir dilafaz, Cermin terus pecah. Retak seribu. Marina
terpinga.
Aku
cantik.
Aku
kaya.
Aku
pandai.
Aku
cantik.
Aku
kaya.
Aku
pandai.
Aku
cantik.
Aku
kaya.
Aku
pandai.
Tapi
aku hodoh.
Aku
miskin.
Aku
bodoh.
Tanpa
kasih sayang.
“
Cermin!!! Kau pun tinggalkan aku!!”
” Kau tak pernah berubah Marina.
Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong.“
...
Petikan cerita yang bakal dimuatkan dalam Ex-Boifren II.
:)