BERANI NAK IKUT??

Friday, September 20, 2013

STUDIO AZREEN

.


.


.


dalam hidup kita harus berani mencuba. always, push yourself to the limit. hidup juga perlu punya cita-cita. tapi tak semua cita-cita dapat dilaksana dengan jaya. 

aku juga suatu waktu dulu punya cita-cita. mahu jadi pelukis. bukan pelukis bangunan seperti permintaan ayah. itu cita-cita ayah. bukan aku. tetapi aku akur. kerna dalam hidup kita harus berani mencuba. maka, aku cuba. cuba menjadi pelukis bangunan. nyata, yang ada cuma tangan yang boleh melukis garisan-garisan lurus. tidak beserta hati. selama 10 tahun ia berlarutan terus.

hari ini aku sedar, jiwa aku rupanya ada di sini : Studio Azreen. syukur. akhirnya. moga ia mendapat sokongan kalian semua. 


...

hai. i'm back!

:)


.



Tuesday, June 11, 2013

Tuesday, June 4, 2013

CERMIN CERMIN MELEKAT DI DINDING


.

.

.







“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling cantik di kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau, Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling kaya dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau lah orangnya Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling pandai dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau jugalah orangnya Marina.”

“ Jadi kenapa aku masih sendiri Cermin? Apa tak cukup cantik-kah aku? Tak cukup kaya-kah aku? Tak cukup pandai-kah aku?

Cermin diam.

“ Setiap kali aku ditemukan dengan seorang lelaki, semuanya serba tak kena. Aku dah letih berjumpa dengan lelaki yang salah!!”

Cermin lihat Marina menangis semahu-mahunya.

“ Kau tidak mencari lelaki yang melengkapkan hidup kau Marina. Kau mencari seorang yang sempurna. “

“Aku tak faham!”

“ Cukuplah hari-hari kau mengadap aku dan bertanyakan soalan yang sama. Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong“

Sebaik sahaja ayat yang terakhir dilafaz, Cermin terus pecah. Retak seribu. Marina terpinga.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Tapi aku hodoh.
Aku miskin.
Aku bodoh.

Tanpa kasih sayang.




“ Cermin!!! Kau pun tinggalkan aku!!”


” Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong.“



...

Petikan cerita yang bakal dimuatkan dalam Ex-Boifren II.


:)

Monday, April 15, 2013

BOHONGLAH KALAU TAK RINDU



.

.

.


manisnya sebuah perpisahan ialah tika kita mengenang kembali saat-saat bersama. bergurau. bertekak. merajuk. begitulah. 

waktu pulang kerja tadi, lewat senja, aku buat panggilan ke lahad datu. 2-3 kali panggilan tidak dijawab. hati berdebar. 

15 minit kemudian, panggilan berbalas.

sebaik mendengar suara suami di talian, nafasku hela lega. dalam ketika yang begini, dapat dengar suara saja sudah cukup buatkan semuanya terasa baik-baik saja. semuanya terasa lengkap.

apalagi ketika sama-sama ketawa di talian.

semuanya terasa dekat.

tak ada yang kurang.



...

bohonglah kalau tak rindu



:')




.

Monday, March 18, 2013

PEREMPUAN NAN SA-ORANG



.
.
.



kelmarin adalah merupakan hari-hari yang pinar. siapa yang sangka hari yang paling dinanti dalam sejarah hidup buat pertama kalinya disambut seorang diri. mungkin kelihatan enteng pada pemikiran orang lain tetapi tidak kepada perempuan itu.

terngiang-ngiang kata-kata ayahandanya ketika di bandara tempoh hari,

" kasihan aku dengan anak perempuanku yang seorang ini. sejak umur tiga belas sudah mula hidup sendiri. tanpa famili. dan ketika mencecah usia tiga puluh dua juga, masih sendiri. "

dalam genangan airmata, perempuan itu melirik. mengiringi ayahandanya pulang dengan ekor mata yang sayu. kabur.


...


selamat menyambut hari ulangtahun 32
13.3.13 dalam kenangan

salam ulangtahun pernikahan yang pertama
juga salam hari lahir buat suami tersayang

ya, coretan yang terlewat.




.