BERANI NAK IKUT??

Sunday, October 31, 2010

MUAK

.
.
.
ayam. ayam. ayam. 
dekat site kelantan, sarapan pagi ayam. makan tengahari, ayam. 
balek kuala lumpur, nasi ayam. beriani ayam. ayam penyet. nasi ayam dara kukus. aaaaaaaaa!!!!

hari ini hari stadi. fateha text:

' i nak tapau nasi ayam. makan kat opis '

aaaaaa!!! aku balas:

' takpe. i beli sendiri. takmau ayam '

pagi. hmm. tipu la. tengahari aku keluar. mula-mula pegi jual segala kertas-kertas dan majalah lama dekat tempat barang-barang recycle. pikul 3 plastik hitam. timbang. terbaca notis tulisan tangan di situ:

CUTI. 4-11 NOV 2010.

oh ye. deepavali. mereka semua menyambut perayaan ini. lepas semua selesai. kira. dapatla rm7. bagus. lepas duit makan tengahari. siapa saja-saja nak bagi rm7, ye tak? 

teruskan perjalanan. mahu cari ikan untuk makan tengahari. 
ikan. bukan ayam.


...

oh ye.
semalam aku berada di solaris dutamas untuk MIMPilem [klik sini]
bersama rakan-rakan yang paling best dalam dunia, tina dan mas.
tak lupa inchek rakan sekolah rendah saya, hafdzi sofi lizard.
untuk cerita lanjut bolehla baca --->KLIK SINI 
cuma aku sikit ralat sebab tak sempat tengok short film cinTa. '(
anyway,
terima kaseh kepada penganjur inchek --->ALOY dan pakatan paradoks.
aloy juga melancarkan soundtrack teaternya. memang GEMPAKS!
walaupun cuma 4 lagu tapi melodi, gitar akustik dan suara penyanyinya,
memang betul-betul membuai perasaan. haha. over nye? siyes. best!
siapa yang tak beli, RUGI. tak mahal pun. betul ni.
siapa lagi nak sokong perjuangan seni anak melayu?
orang arab? orang sweden? ngeh! cd maher zain bleh beli. 
takkan ini takleh?
ye tak?

kepada aloy,
semoga aktiviti-aktiviti sosial seni sebegini dapat diteruskan.
jangan serik.
.
.
.
jom!



















ayam?? 
aaaaaaaaaaaaaa!!!!





Saturday, October 30, 2010

MURAI

.
.
.
' orang yang suka bercakap perihal orang lain tanpa jemu ialah orang yang tidak punya perihal menarik tentang diri sendiri untuk dikongsi '


salam istirehat!


















ye dak? 
chomel bukan? ini anak sedara aku.






Thursday, October 28, 2010

5/25

.
.
.
keluarkan henfon. taip. i rindu u. padam. tulis lagi sekali. 
hantar. hai.u ok? haih. lemah. inilah dia. hati cakap lain. T_T

buka blog. edit post. nak jawab tag che imah chantek
tengok skrin. blur. menguap. banyak kali. tiba-tiba henfon bunyi. angkat.
tak dengar apa-apa. tanya siapa. rupanya salah nombor. haih. nyampah.

sambung. nak jawab tag. menguap lagi. huh. jawab lima dulu. ok kot?

1. aku orang jitra. i love kedah. hik!

2. aku dilahirkan hari jumaat, 13hb3. friday the 13th! 
   [che nasik, sila gerun] 

3. aku tak cerewet tapi particular. nanti aku eksplen.

4. aku hidup merantau dah lebih dari 17 tahun. beliv it or not.

5. aku tak makan asam dan jeruk. tah. rasa macam takde pekdah.

ok. nanti sambung lagi. 
sila sabar.
.
.
.
















merah untuk baju kerja
pink untuk baju nak ampai
 kuning untuk baju ringan-ringan
black+white untuk seluar jeans

aku tak cerewet tapi particular
titik.


MAMAI

.
.
.
dari jam 8 pagi sampai 8 malam, seharian aku kat kota bharu. 
site inspection. 2 buah sekolah. penat. PENAT SANGAT. aaaaa!!!

esok keja. macam biasa. kadang-kadang aku lupa yang aku ni 
manusia. ingatkan mesin bergerak. hik. ok. melalut sudah. jom!
.
.
.




over bukan? ini bukan kat kota bharu. sila keji. 



Tuesday, October 26, 2010

BEZA LELAKI+PEREMPUAN

.
.
.
' u. esok tolong kol kejutkan i bangun dalam pukul 4 pagi eh. kol sampai i bangun tau. esok i outstation pi kota bharu, flight i pukul 7 pagi. kena bangun siap semua, kuar dari umah at least paling lewat pukul 5.30 pagi. kali ni penting. kejut sampai bangun. jangan lupa plis. nite. '
.
.
.
' OK. '
.
.
.
huh?








pospon lagi la mende kat dalam draft tu...


Monday, October 25, 2010

DRAFT

.
.
.
.
.
.
sedang draft la ni.




jumpa esok?



ESKREM? BUKAN.

.
.
.
petang. baru pulang dari kelas. lelah. mengantok amat. biasa. tak cukup tidur tiap kali design presentation itu biasa. lapar. tapi kudrat dah tak ada. dalam kepala cuma mahu tidur. jam di tangan menunjukkan angka 16:01. solat dulu. zuhur. solat kombo. asar awal sekarang. tunggu asar sekejap. bimbang terus pengsan. maklum saja mengantok amat.

' KTING! KTING! '

sayup-sayup kedengaran bunyi loceng. aku terjaga. oh, sudah dekat magrib. tidur sesudah asar tak elok sebenarnya. apakan daya. memang dah tak larat sangat. perut lapar.

' KTING! KTING! '

ah ni mesti tak lain tak bukan orang jual eskrem! aku bingkas bangun. dapat eskrem cornetto best jugak ni. hati kecil berangan sendiri. imaginasi sudah membayangkan eskrem vanila coklat yang atasnya mewah ditabur kacang. sedap. sedap. senyum. harapan dah menggunung. syaitan berbisik, beli saja dua. kata lapar sangat. ya. ya. aku terpengaruh. aku nak beli dua. satu vanilla. satu stroberi. bila lapar, jadi tamak. rasa nak makan semua. itu biasa. hahaha.

' KTING! KTING! '

pantas aku membuka pintu rumah. menjenguk keluar. aku lihat kanan, kosong. tak ada orang. sunyi. aku toleh kiri.

' hai akak! '

hah. dia lagi. siapa? siapa lagi kalau bukan budak pempuan india tu. aku pun bersuara.

' hai. buat apa? '

' semayangla akak. akak sudah? '
.
.
.
huh. loceng dia rupanya.
.
.
.

kechiwa.
kau memang mainkan perasaan aku la..
aaaaaaaa!!!..LAPAR GILA!




Saturday, October 23, 2010

MOOD TAK BAIK

.
.
.
tengahari. aku balek umah kejap. maklumla umah dekat dengan opis.masa park keta, borak dengan jiran. kereta aku kena ketuk pulak kali ni.jadi topik kami berkisar [ouh ayat aku..dem!] kepada isu semasa di tempat tinggal. kereta kena calar tanpa sebab. lif diconteng. haih.

tunggu lif nak naik. lama. resah. beberapa kali jam tangan dijeling. lambatnya lif. cepatlah!!. geram. makin lama, ramai yang datang. sesak. serabut. bau macam-macam. itu biasa. haih. mengeluh lagi.

mood aku dah mula berubah.

lif sampai. jumpa anak jiran dalam tu. budak pempuan. india. darjah tiga. dengan uniform sekolah pinafor warna biru tua. dia pandang aku. senyum. aku balas. tapi kelat.

' akak tadi borak dengan jiran melayu depan tu yer? '

aku angguk.

' akak tadi naik apa? tumpang kereta mereka yer? '

ah. banyak pulak kau nak tanya. selalu aku peramah je, tapi hari ni mood aku tak baik. sepatah je aku jawab,

' tak '

' jadi akak naik apa? kereta sendiri yer? '

aaaaaa!!! apa lagi kau nak tanya ni?? getus aku dalam hati. lif berhenti setiap tingkat disebabkan satu lif je berfungsi. maka terasa lama sangat nak sampai ke tingkat umah aku.

' ak ah. kereta sendiri '

ting! tingkat 13. aku happy! dah sampai. aku keluar. budak tu pun keluar sama.

' akak! '

aaaaa!!! apa lagi?? aku pun menoleh.

' akak ni chantekla. babai! '
.
.
.
huh? apesal kau tak cakap dari awal tadi?
.
.
.


[kalo tak konfem aku dah belanje kau seploh eskrem ni!]
huahahahaha!!
.
.
.
.
eh ye ke?



Friday, October 22, 2010

BILA?

.
.




' anak-anak sedara dah besar,
mak longnye bila nak kawen? '
.
.
.
benci ah soalan tu!
.
.
.
nak kawen esok, boley?



Thursday, October 21, 2010

BAYAR HUTANG!


'
'
aku nak tunai janji menjawab tag
che mastora PICC.
hahaha.
YO YO CEKIDAUT!
.
.
.
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?
1303, 0966, 7013, 1105, 1506, 0910, 1207, 2803, 2301
.
2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit sendiri?
karipap 3 singgit untuk breakfast
.
3. Dimanakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema idaman anda?
yang simple-simple saja, garden wedding maybe.

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
windows explorer temporarily disabled. ;p
.
5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
hingga hujung nyawa.
.
6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
digital camera.
.
7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
kedai makan.
.
8. Apakah nama penuh anda?
Cik Boneka Vogue.
.
 9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra?
samarata. FLAT RATE.
.
 jap. jap. uiii aiii banyaknye soalan. rehat jap. kringgg!!!!
MAKAN LAKSA dulu!
.
.
.
.




emmmm...sedap bukan? ok. jom sambung!
.
10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
soalan x lengkap. markah bonus!
.
11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
tidak. inchek mesin.
.
12. Di manakah tempat yang betul-betul anda mahu pergi?
studio jalan ampas.
.
13. Pilih satu, peluk atau cium?
x boleh satu, berat sebelah! mahu 2 2! 
.
14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
dia chomel, hati baik tapi GARANG! 
.
15. 5 benda yang anda sayang sangat dalam hidup anda?
benda? 1303, jam tangan baby G, seluar jeans padini, koleksi duit lama, d3000.
.
16. 5 lagu yang anda suka dengar?
0. lagu2 yuna, zee avi, norah jones, mocca.
1. when u say nothing at all
2. put your records on
3. but i do love u
4. more than words
5. any seasonal song- for now suka love the way u lie
.
17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
1303. yg lepas? fine. tgh x ingat. skip!
.
18. 5 orang blogger yang anda mahu tag ?
1.  aloy  *walaupun aku yakin dia xkan jawab segala benda ni. hahaha.
2. annural
3. che muna
4. qistina
5. patung
.
19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag
seksi. hahahaha!
.
.
.
jawapan2 adalah berkonsepkan JANJI JAWAB. 
sekian. 
.
.




ni aku snap atas kapal hari tu.
chantek kan? chantek kan? 
hahaha. pastu sampai umah je lemau. 
org len kali atas kapal tido! 
bukan amek gambau! 
;p

Monday, October 18, 2010

DIALOG 3

.
.
' i kan kawan dengan u kan memang sabar banyakkkkkk sangat tau.
 u faham tak perasaan i sekarang? u dahla jauh. pastu asek sibuk je
manjang. abis tu i nak borak dengan sape? u tell me now. dahla henfon
u kena bar, abis tu i nak mesej2 dengan sape? menyampahla camni.
u ada pun serupa macam xde. nak kata xde tapi ada. baik takyah ada!
eh apa ni? u ingat i suka ke macam ni? 
orang lain hujung minggu gi tengok muvi,
i ni nak cakap fon dengan u pun susah! 
mase i tido u jaga, 
masa i jaga u tido, 
bistu how? 
ok. sekarang i nak tanya u.
i nak putus, u setuju tak? '
.
.
.
.
.
.
.
' TAK SETUJU '
.
.
.
'.......!!!'
.
.
.



' ceklat ni i beli nak bagi u tau x? sweet kan i? 
pastu u buat hal, i makan terus suma.
ok. i nak tanya u sekarang. 
u marah tak i makan ceklat nak bagi u ni? '
.
.
.
.

Saturday, October 9, 2010

DIALOG 2

.
.
Suasana pejabat kecoh seperti biasa. Mempersendakan aku itu biasa pada mereka. Mentang-mentanglah aku tidak melawan mahupun bertukar menjadi BADANG yang perkasa tatkala menjadi bahan gelak ketawa mereka, itu tidak bermakna aku bersetuju dengan segala tindakan mereka itu. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Detik hatiku 'ouh saved by the bell '. Nyata tertera nama pemanggil, mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Butang hijau ditekan, lalu pemanggil bersuara,
.
.
.
HAH. ADA APA? 
.
.
.
[er, bukan awak ke yg kol saye??]
.
.
.


Tengok muffin-muffin tu dah macam mushroom!!!
Suma mengembang dan bertindih sesama sendiri!
Overload!! AaaaaaaaaAAAaaaaaaa!!!! ;P







Monday, October 4, 2010

DIALOG 1

.
.
Suasana hening. Masing-masing diam. Melayankan perasaan seketika. Mungkin. Lama tak berjumpa menjadikan kami seperti orang asing. Definisi LAMA itu bukan sejam dua. Bukan juga sehari dua. Tapi berbelas tahun lamanya. Selalunya banyak saja idea aku untuk bersembang hatta baru bersua muka, tapi kali ini aku gagal memeriahkan suasana. Senyap. Sunyi. Tiba-tiba....
.
.
.
' U TAU TAK BERAPA HARGA SEKILO IKAN JEKET SEKARANG? '
.
.
.
[boley tanye soalan tu?]
.
.
.

     ni muffin try2 buat semalam..[sambil2 buat tesis] hik!
     banyak yang hangus dari yang jadi..
     nanti dah pandai saye uplod besau2 yer!