.
.
.
maaf. lama aku tak datang sini. bukan apa.
balek jitra. cuci rumah. balek semula ke kl.
langsung outstation kelantan. balek ke kl semula.
bergelumang dengan kerja ofis. hmmm. yang banyak.
dengan tesis yang tergendala. dengan hal
pindah rumah yang belum selesai. penat juga.
sedikit jamuan mata buat semua.
inilah dia tragedi yang menimpa.
betul lah peribahasa tu kata,
' berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul '
selut dalam rumah sedang dibersihkan.
rumah aku memang macam baru pindah.
banyak harta benda yang rosak. buang.
[ aku cuma ada dua orang adik lelaki.
sorang papan, sorang lagi tilamnya. ]
hahahaha
kain baju yang terendam lumpur.
BANYAK GILA WEY!!! T__T'
keadaan di sekitar kawasan rumah.
semua bergelimpangan. berselut.
seronok juga ada pembantu kan?
anak sedara yang rajin membantu aku mencuci.
hmmm. daripada dia lari-lari dalam rumah.
ah. dia seronok nak main air. tengokla muka dia.
haduih. last-last dengan dia-dia aku cuci.
[ mandi la! ]
siapa yang datang? mereka inilah yang tak
putus-putus turun padang menghulur bantuan.
persatuan taiwan buddhist tzu chi foundation.
TERIMA KASEH TAK TERHINGGA DIUCAPKAN.
mereka beri,
roti planta dan bekalan air mineral.
dan tak lupa keperluan-keperluan asas seperti
milo, nescafe, berus gigi, ubat gigi, shower foam,
shampu, maggi juga wang sejumlah rm200.
mana wakil rakyat kita? adun? orang besar?
orang kaya? orang ada-ada?
MANA?
aku tak tengok berita. aku tak baca suratkhabar.
tapi aku berada di sana. banyak pusat pindahan banjir
tak ada bekalan makanan. ini bukan cerita bohong.
lantang kita mahu buatlah kerja ikut cara Islam.
tapi mereka yang bukan Islam tak banyak bicara pun.
mereka terus datang hulurkan bantuan.
.
.
.
.
.
.
.
lumpur di baju boleh dicuci.
hai semua!!!