BERANI NAK IKUT??

Wednesday, December 28, 2011

LUKISAN DALAM HUJAN



.
.
.



waktu sudah menginjak petang. langit mula berona kemerahan. samar. aku masih di situ. melukis. seperti hari-hari sebelumnya. seperti berbelas tahun yang dulu. tidak pernah jemu. hairan.

berus dipegang kemas. diselit antara ibu jari dan telunjuk. sedikit genggam. warna-warna dipalit atas kanvas. kadang-kadang dilontar begitu saja. sesedap rasa. mengikut hati. menjiwai. tegar. ada warna riang. ada warna resah. jelas.

lukisan ini jiwa aku. mungkin pada zahirnya ia kelihatan seperti lukisan-lukisan yang lain. lukisan yang biasa-biasa. tapi ini lukisan aku. pastinya ia bukan yang biasa dilihat. paling tidak ia tentang aku. setiap titik punya cerita. cerita aku.

selama aku melukis. ramai yang bertanyakan tentang lukisan aku. datang dan pergi. ada yang sangat meminati gaya penyampaian. ada yang sangat gilakan figura objek yang dilakar. malah ada yang sukakan warnanya. macam-macam. 

melihat itu ada yang bersusah datang dari jauh. ada yang rela ikat perut untuk menabung. ada yang sanggup berenang lautan api. katanya. hanya kerna mahu mendapatkan karya-karya aku.

bukannya aku tak mahu jual. atau tidak membenarkan ia dimiliki orang. lukisan ini mungkin tidak ternilai harganya. mungkin juga tidak punya nilai langsung. terserah. bagi aku ia sangat mahal.

kesungguhan setiap mereka yang ingin memilikinya sangat aku hargai. tak mungkin aku lupa. ia kenangan buat aku. pahit atau manis. terima kaseh aku ucapkan. kerna sanggup melakukan itu demi lukisan aku. yang tidak seberapa.

pernah suatu masa. aku pasrah kerna waktu yang mendesak. aku sudah siap bungkus lukisan ini. sedia untuk jual. sedia untuk diserah. hari berganti hari. aku resah. berasakan ada yang tidak kena. langsung aku tewas. bungkusan itu aku koyak. lukisan itu aku dakap. erat-erat. aku belum sedia. maafkan aku.

ya. jujurnya mereka yang mahu memiliki lukisan ini tidak pernah cuba mengenali aku. mereka cuma tertarik dengan kecantikan lukisan. cuma teruja dengan lakaran figura yang tampak indah. bukan aku tak mahu jual. tapi aku mahu serahkan ia kepada orang yang mampu menjaganya dengan baik. kerna ia sangat istimewa. harap rasa ini dimengerti. 


' aku mahu kau ada disamping aku selamanya. untuk aku terus menikmati karya-karya kau. untuk aku terus memuja lukisan-lukisan kau. '


itu saja yang aku mahu. lukisan ini jiwa aku. lukisan itu aku.







...


hai readers! 
dah mula buat senarai azam tahun baru?




:)




.


Thursday, December 22, 2011

SEJARAH TANPA BUKTI

.
.
.



hari ni keputusan pmr diumumkan. ia adalah imbauan nostalgia. setiap exam pun mesti ada cerita. pmr meninggalkan kenangan pahit untuk aku. ya. sekurang-kurangnya dekat seminggu aku mogok. tak makan. 

harapan yang terlalu tinggi dan gagal memenuhi impian orang tua. adalah segala-galanya. keputusan yang dicetak atas sekeping kertas akhirnya hancur. dikoyak kecil-kecil. masuk bakul sampah.

umur 15 tahun. aku percaya. belum bijak kawal emosi. nasi sudah menjadi bubur. menyesal. sampai sekarang aku tak ada slip keputusan tersebut. pilu.






...


tahniah kepada yang berjaya!
harapnya  seawal usia 15,
generasi ini mampu mengeja dengan lawas


jangan nak kew,lew,skunk sangatlah kan?





andai gagal, jangan putus asa
belajar sampai habis tau

haip. jangan kawen dulu!


:)

.





Friday, December 9, 2011

SESUATU DALAM SESUATU

.
.
.





hidup ni tak perlu nak serius sangat tapi jangan pernah ambil mudah. dalam perjalanan, kita dah tau dah. pasti ada tawa. ada sendu. ada kecewa. ada gusar. ada marah. apa yang perlu ialah bertenang. tarik nafas. dalam dalam. lepas. fuh.

hey. belajarlah ketawa selepas duka. pelangi kan pasti ada selepas hujan. itu bukan janji aku. itu janji Tuhan. percaya itu. semat dalam hati. senyumlah. hidup pasti lebih manis. kan kawan?



...

berfikiran positif boleh jadikan kamu
awet muda!

jom?




:)




.

Thursday, December 8, 2011

SEKUPANG SEHARI

.

.
.



satu pagi. aku joging. setelah lama meninggalkan aktiviti ini. semput. dalam pada aku berlari-lari anak. sorang makcik potong. sorang uncle potong. sorang. demi sorang. banyak orang. peh. rasa tercabar. tapi kudrat tak mampu. tak mampu nak kejar. larian mula perlahan. peluh. menitik-nitik. lelah.


benda-benda macam ni. kalau dah lama tinggal. berkarat. oh ya. maksud aku. bukan joging saja. yang penting. kena mula.



sikit-sikit
lama-lama
jadi bukit















 minum dulu?



.

Thursday, November 17, 2011

SEKILAS NOTA TERBANG

.

.
.



* nota dicatat di atas pesawat


...

hidup ni kadang kadang
boleh rasa bahagia bila lihat orang lain bahagia

ye dak?


:)

. 

Friday, November 11, 2011

Friday, November 4, 2011

CINTA GADIS STALKER


.
.
.


'kenapa baru sekarang kau nak cakap kau suka aku? dah terlambat haikal!'


'aku takut rejection'


oh. kamon!! bentak diana sendiri.


...




rasa rindu itu bertamu lagi. ah. kalut. serabut!

laptop di riba. blog on. fesbuk on. ym on. ramai yang dah up entri baru di blog. ramai yang dah tukar gambar profail di fesbuk. status bersilih ganti. newsfeed dah macam bursa saham. kat sini siapa yang offchat tapi online pun kita boleh tahu. tapi mamat yang sorang ni dah senyap. dah lama tak ada apa apa entri baru. fesbuk pun sama. sepi.


zaman sekarang. common sense lagi power dari akal. kadang-kadang dengar cerita orang, takda bukti apa pun boleh terus percaya bahawa cerita tu betul. sebab? tahap penceritaan dah macam real. dengar pun dari sebelah pihak. tak pasal dari baik boleh jadi musuh. peh. fikiran menerawang. tapi mata masih mencari. meratah skrin.  ligat. 


mana dia pegi ni. lamanya tak online


refresh. refresh. butang f5 ditekan beberapa kali. tak keruan.






...



pernah jadi stalker tegar? heheh...
aku tengah kumpul idea nak sambung.


tunggu?




:)




.

Tuesday, November 1, 2011

5 SATU

.

.
.


takda cerita menarik. saja nak up entri. nombor cantik hari ni.



. . .



hmmm. semua pun cantik. heh.



p/s: persamaan kedua-dua foto di atas,
setiap satunya ada 5 orang anak no. 1.


5 satu.


er, hai new followers!!


:)


.

Friday, October 21, 2011

NAKAL SIKIT SIKIT

.
.

.

'nakal jugak awak ni'

...


1998

tingkatan 5. zaman senior. biasalah rules ni dah tak berapa nak follow dah. ponteng kelas prep petang tu dah jadi biasa. bukan apa pun. malas nak pi kelas je. nak kena pakai baju kurung bagai. padahal suruh stadi. kenapa nak kena pakai pakaian lengkap? baju kurung pulak tu. leceh betei.

dekat dorm pun boleh stadi. lagi rileks pakai tshirt dengan seluar track je ye dak? nak dijadikan cerita pada suatu hari aku ponteng prep. lepak dalam dorm. baring baring atas katil. nak kata stadi tu tak juga. tah apa yang aku buat pun taktahu asalkan seronok dapat ponteng. rebel. biasalah. remaja.

dalam dok sedap berangan tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki dari jauh. haih. kalau dah buat salah, cepat je melompat! berderau juga darah. intai kat tingkap nampak segerombolan pengawas. spot-check!

ah. bukan tak pernah kena tangkap. banyak kali kot. tapi takkan nak serah diri kan? alang alang menyeluk pekasam kata orang. maka dengan itu aku terus masuk sembunyi dalam loker besi. loker baju. baik punya port. panas dan gelap. kedap udara. berpeluh-peluh tunggu pengawas habis ronda. 

tapak kaki kedengaran makin jelas. jantung berdebar. dupdapdupdap. dalam hati berdoa. janganla kena. janganla kena. ya Allah ya Tuhanku, bagila aku lepas kali ni. tobat, lain kali aku tak buat lagi dah. macam tula selalu. 

tiba tiba dengar tapak kaki betul betul berhenti depan loker aku. habis! rasa macam darah berhenti mengalir pun ada. gedegung gedegang pintu loker cuba dibuka. oh. tidak!!





krekkkkk. aku pasrah. sebaik pintu dibuka aku pun pandang. mata bertentang mata. pengawas tingkatan 4. junior aku. yazmin nama dia. bila dia tengok aku, dia terperanjat. tapi lepas tu dia tutup balik loker. aku dengar tapak kaki makin jauh. aik? apsal tak tangkap? aku pulak yang musykil.

tak lama lepas tu aku keluar. yakin semua dah beredar. jumpa nota atas katil. 

'k azreen, lain kali jangan ponteng prep'. 

hahaha. aku rasa aku tahu kenapa dia tak tangkap aku. sebab aku senior kadet. dan dia junior kadet. tak sampai hati agaknya. kalau aku kena hadap warden, lepas tu dia pulak kena hadap aku. mana satu kau nak? 



...

2010

cikgu disiplin ada add aku kat fesbuk
dia tinggalkan nota kat inbox
aku tanya dia ingat aku lagi ke?

'kalau hok yang nakal-nakal insyaAllah semua saya ingat'


HAHAHA



.

Wednesday, October 12, 2011

TAKUT BAYANG-BAYANG



.
.
.


sedikit perkongsian pendapat. 

semalam aku luangkan masa berbual secara maya. dengan 2 orang rakan. perbualan berlaku pada masa yang sama. 1 di fesbuk. 1 lagi di ym. 

perbualan di fesbuk ialah tentang perkara/permasalahan yang sering dihadapi apabila seseorang menempuh ke alam baru, iaitu kehidupan selepas berkahwin. cerita tentang persediaan mental. cerita tentang keluarga mertua. dan macam-macam lagi. ada yang kelakar. BANYAK yang ngeri. heh.

perbualan di ym pula tentang masalah yang dihadapi dalam alam percintaan. cerita tentang kriteria. cerita tentang expectations. cerita tentang 'ah. susah sangat ke dia nak faham aku?' 'kenapa susah sangat nak cari perempuan pandai masak sekarang ni?'. more to luahan perasaan which i always listened tosomething like that lah. 

kesimpulan yang aku peroleh daripada kedua-dua perbualan tersebut ialah, kita sering membuat andaian atau tekaan mengenai masa depan. dan andaian itu kebanyakannya berunsur negatif yang menjadikan kita takut nak tempuh masa akan datang. takut nak cuba. bimbang gagal. risau jadi macam si A. entah-entah end up jadi macam si B. nanti orang cakap macam ni. si polan tuduh macam tu. rimas bukan? persetankan!


apa-apa pun kita kena tahu apa yang kita mahu. masalah yang sering berlaku ialah kita sendiri gagal menilai diri sendiri. sendiri taktahu apa yang kita perlu. jadi, kalau awak pun tak kenal diri awak, macamana pasangan nak kenal awak? 


...


'kenapala kita gaduh dulu kan ayen? u yang paling faham i'


'haha. jodoh kan bukan kat tangan kita'


'itula yang i regret'


'tak perlu regret sangat lah. u tau x? sebab kita 2 best lah tak boleh end up together. kita kena share dengan orang lain. barula balance!'


'ok. make sense. haha'








kalau awak sentiasa mencari salah
awak mesti akan jumpa sebab awak cari

kan?

.



Tuesday, October 11, 2011

TABIAT YANG SO-SO

.
.
.


sesetengah orang boleh membaca sambil telinga disumbat lagu-lagu kegemaran. gedebung gedebang. atau sambil mendengar radio layan dj pujaan. ai followwww. atau sambil bergelak ketawa dok sembang dengan kawan lepas tu akan ulang balik baca line yang sama.

tapi aku kalau membaca suasana sekeliling mesti senyap. sunyi. kalau ada member kat sebelah dok pung pang pung pang pun aku dah tak dengar apa dia cakap. mungkin aku seorang yang monotone

aku juga tak boleh membaca dalam kenderaan yang bergerak. cepat sangat nak pening. pernah cuba membaca dalam feri. dalam flight. dalam kereta. takda maknanya. baca 2-3 baris terus sakit kepala.

ah. sebenarnya aku takdelah rajin sangat membaca. kecuali gigih membaca hati. eceh! tido lagi best ye dak?





selalunya saya membaca ketika bosan di epot
awak pula bagaimana?


:)





.

Saturday, September 24, 2011

WEEKEND TIME-OUT



.
.
.


dulu masa zaman sekolah kat johor, nak keluar wiken kena ikut giliran. kalau dah isi nama minggu ni, minggu depan dah tak boleh keluar. paling leceh outing pi shopping complex kena pakai baju rasmi sekolah yang kalernye hijau kuning. biasalah. zaman zaman yang kena ikut rules. zaman zaman pakai serkup kepala tebal macam nenek lijah. haha. paling tak best zaman jadi kadet laut. buat salah sikit, kena pumping & jalan itek. heh.






zaman dulu tak pernah ada peluang keluar pi beli barang masa wiken dengan mak abah. dari umur 13 sampaila sekarang ni tak lekat umah. saja tetiba teringat kenangan wiken zaman dulu dulu. jom. kejap lagi nak naik feri. its my payback time. mak dah tempik suruh mandi. oke bai.




...








.







PROMOSI KARYA SENI : Teater Juta-Juta

.
.
.



rabu 21.9.11 
jam 8.30 malam
stor DBP

aku sempat join Pementasan Teater Juta-Juta (klik) dengan tina+fidde. 1st show. heh. dan fidde pun dah buat review (klik). pementasan teater ni tak lama. sampai 25hb saja.

muka pelakon pelakon dan sinopsis jalan cerita ni dah banyak keluar paper metro & kosmo. lakonan mantap ratu indie, fazleena hishamuddin, aloy paradoks & anas ridzuan.

aku promote. pegila tonton sendiri. memang best. santai dan rare. kupasan isu yang jelas. kupas dalam kupas. teater dalam teater. abis yang tak abis.  by the time aku tulis ni taktaula tiket ada lagi ke tak. cepat grab nanti rugi! dengar-dengar tiket untuk weekend dah 95% sold out (klik untuk tiket)




thanx to gadis bunga for this snap shot. nice.


hmmm...tengah kumpul idea nak tulis review. bukan tak boleh nak tulis sekarang tapi nanti tak seprais. banyak jugakla elemen-elemen yang aku tak expect tiba-tiba pop-up kat dalam teater ni. style la. sangat style. so, tunggu apa lagi? reward your curiosity. go watch and get urself a GOTCHA! eceh. sangat berbaloi-baloi. oh ya. lagi satu nak kabor, kalau dulu daya penarik untuk tonton teater diorang ni adalah disebabkan oleh aloy paradoks, tapi sekarang kalau cerita tu karya fasyali, konfem AKU PEGI PUNYA! coz this man got talent. seriyes. 

abis show aku lepak jap dengan aloy. sesi q&a.


aku : props dengan wardrobe yang kucar kacir tu memang sengaja ke?


aloy : ak ah. sengaja. bagi nampak sibuk sikit.


aku : ok. fine. tengkolok awak yang tutup mata tu pun sengaja jugak?


aloy : hahahaha. yang itu tak. tengkolok tu memang besor. x sempat nak adjust! hahahaha.


ceh!

ok cukup. nanti sambung.

wiken ni aku gi langkawi. ada apa apa nak kirim? hehe. kirim salam? oke. bai.



...




:)



.



Wednesday, September 14, 2011

RABU TANPA KATA

.


.
.






 


... 







rabu 1:43 pagi
14 september 2011 
bersamaan dengan 16 syawal 1432

hari ni raya enam. heh. belum lagi siang hati dah berangan nak makan beriyani kambing esok. biasalah. nama pun raya.






.


Monday, September 12, 2011

BERLALULAH SUDAH RAMADHAN


.

.
.




salam bersiaran!

sejak dua menjak ni mood nak menulis tak berapa nak ada. mungkin masih lagi dalam mood raya. heheh. minggu ni minggu rumah terbuka dan kenduri kawen ye dak? so macamana raya anda-anda semua? 

sedikit cerita tentang raya. aku memang takada baju raya tahun ni. malah tahun-tahun yang lepas pun takada. selalunya akan recycle saja baju-baju lama. bukan tak feeling raya cuma dah tua-tua ni semangat berhari raya tu dah berkurang. 








selalunya yang hepi dan meriah ialah kanak-kanak macam depa ni. heheh. ok. sebelum syawal melabuhkan tirai, aku nak ucaplah SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. aku mohon ampun & maaf atas segala khilaf. 0-0 ye? :)







kome dah start puasa 6 ?










.



Friday, August 19, 2011

NOSTALGIA BISKUT SAMPAN



.


.
.





dulu zaman kecik-kecik aku suka makan biskut ni. mak yang buat. sekarang ni zaman dah berubah. mak suka makan. giliran aku pulak yang buat. mak dah pandai order. heheh.


hmmm...cepat betul masa berlalu ye dak? 






.


Thursday, August 4, 2011

DUNIA MAKCIK FATIMOH (part 2)

.
.

.

' terbang nak! terbang! '

belum sempat aku capai kad pengenalan yang diunjur, anak mata terus dipaksa menyorot ke arah lontaran suara makcik. oh ya. makcik fatimoh. sempat aku baca namanya tadi. 

sekeping kertas putih. terbang. melayang. kelihatan makcik fatimoh bergegas mahu ke arah itu.

' nak kemana tu makcik? '

' nak ambil kertas tu. makcik dah tandatangan situ. dah macam akujanji '

' oh. makcik duduk sini. saya ambil. panas terik ni. nanti orang curi masuk toilet pula. ' 

makcik akur. bingkas aku bangun ke arah kertas mendarat. ok masuk dalam longkang yang agak dalam. dekat 2 kaki juga. (2 kaki = 600mm) 

' ada air tak nak? baik-baik! '

' keringla makcik! sekejap! sekejap! ok dah dapat '




TANDAS AWAM MASUK 30SEN. itulah kata-kata yang tertera pada kertas yang terbang tadi. aku senyum sendiri. di satu sudut bawah sebelah kanan ada tandatangan di situ. makcik oh makcik. ngomelku sendiri.

sebaik saja aku hulur, makcik terus melekatkan semula kertas itu di tempat asalnya. di dinding bahagian hadapan toilet.




' gam sekarang ni susah betul. susah nak lekat. macam budak-budak sekarang juga. susah nak ajar '

' gam tu tak salah sangat makcik. angin ha yang kuat. '

makcik kembali duduk. nampak tenang saja. tak dibalasnya sangkalan aku. setuju mungkin. 

' ni ha. cuba kau tengok. makcik lahir tahun berapa? '

461124...peh. tahun 1946. lebih kurang umur nenek aku. tapi makcik kelihatan kuat. dan sihat. banyak minum milo mungkin.

' makcik dah 65 tahun ni. tak perlu la kau nak congak beriya '

kehkeh. boleh tahan juga makcik ni. macam tau-tau saja aku tengah kira umur dia. 

' kau tengok ni eh. makcik mula pakai tudung masa umur dah nak masuk 40. orang dulu walaupun pegi sekolah pakai pinafor, pakai seluar pendek macam seksi-seksi menjolok mata tapi susah nak jumpa kes buang anak macam sekarang. kau ingat senang nak keluar deting zaman dulu? sekali kena cekup malu sekampung kau tau '

ujar makcik fatimoh sambil menunjukkan sekeping demi sekeping salinan kad pengenalan lama beserta beberapa gambar berukuran paspot. 

' macam sekarang ni orang nak cakap isu agama, kau alim tak alim nak ukur kat tudung yang dipakai. lebai ketayap songkok. tak ada gunanya. pokok pangkal hati kau baik nak. alim tak alim amalan kau. tu semua cerita kau dengan Tuhan '

aku diam. tak ada modal nak mencelah. bercakap soal tuntutan agama dan ukuran hati budi seseorang itu adalah dua perkara berbeza. itu pendapat aku. 

' hmmm. anak makcik berapa orang semua? '

aku cuba ubah topik. 

' makcik ni divorce nak. janda. anak sorang saja. lelaki '

' oh. maafla ya.'

pendek saja dari aku. bimbang tersentuh isu sensitif. 

' nasib baik sorang saja nak. sorang pun perangai pesen macam sebelas orang. dah kawin pun tiap-tiap bulan mintak duit dari makcik lagi. tak cukup katanya. '

makcik sambung lagi.

' syukurlah tiap-tiap bulan makcik dapat duit sumbangan dari kerajaan. boleh juga makcik kumpul-kumpul beli cincin emas. nanti makcik mati ada juga barang yang boleh anak makcik gadai. buat beli kain kapan. '

peh. panjang lebar. luahan yang padat. dari seorang insan bergelar ibu. ditinggalkan suami. dan pada umur 65 tahun masih lagi bekerja untuk menyara diri. bukan setakat diri sendiri malah masih menyara seorang anak lelaki. 

dah. fikirlah sendiri. tamat.



...

nasib setiap individu tak sama
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya


SALAM RAMADHAN 1432H buat semua


:)




.


Wednesday, July 27, 2011

DUNIA MAKCIK FATIMOH

.
.


.

perasaan yang tidak menahan membuatkan aku laju saja meredah pintu tersebut. pintu yang ditampal simbol bayang wanita memakai skirt. dalam kalut sempat aku melirik makcik berbaju kurung yang sedang duduk di tepi dinding. 

selesai urusan aku keluar setelah membetulkan sedikit selendang yang ala-ala di hadapan cermin. makcik berbaju kurung masih di situ. 

' tunggu siapa makcik? '

aku menyapa. makcik menoleh melihat aku berdiri di situ. dia senyum.

' tak tunggu siapa-siapa. makcik jaga toilet ni nak '

peh. macamana pulak aku boleh tak perasan. pantas aku keluarkan syiling 30sen. bayar. makcik ni pulak selamba tak mintak aku duit masa aku masuk tadi. masalahnya masa aku keluar pun dia selamba juga. 

' tunggu siapa nak? '

giliran makcik bertanya. sambil tangan pantas menarik kerusi plastik. mempelawa aku duduk.



' tunggu kawan makcik '

aku jawab sambil perlahan duduk. makcik pandang aku. senyum lagi.

' anak ni nama siapa? '

ah. dah mula. dah mula. sesi bual bicara. belum sempat aku jawab, makcik sambung lagi.

' budak-budak sekarang ni makcik tengok dah mula macam-macam. dari kecik sampai besar mak bapak bagi makan dengan duit kerajaan. bila dah besar nak lawan kerajaan. bersih konon '

wah. senafas. takda ruang aku nak mencelah. makcik bercakap sambil tangan meraba sesuatu dalam beg tangan.

' cuba kau tengok makcik lahir tahun berapa? '

makcik tanya sambil hulur kad pengenalan dia kat aku.





bersambung...



.
.
.




terima kaseh yang tak terhingga atas pemberian ini
semoga murahlah rezeki pemberinya iaitu inchek BUJAL 




:)




jom?