BERANI NAK IKUT??

Monday, February 28, 2011

SUSAH NAK CAKAP




.
.
.





hari minggu yang sibuk. sibuk dengan kawan kawan. teater merocok-rocok,  karok, makan makan. terima kaseh kawan kawan. tina, masturafiddy, fairuz, muna, azhan, dayah dan nani. tak lupa kepada sara naquia sebab jemput aku jadi fotografer untuk majlis cukur jambul hero hensem, iqbal dinie. :)

ok. off topic sikit. selalu orang tanya aku, tak lapar ke kalau tak makan nasik? sebab memang tabiat makan aku asal yang mana sempat. karipap, roti, biskut. tak semestinya nasik. bagi aku, (ok ini cuma pendapat saja. tak perlu ketat sangat). makan ialah satu perbuatan yang perlu dilakukan untuk kita  bertenaga teruskan hidup. bukan untuk kenyang. pengambilan nasik ialah satu rutin harian hidup yang diamalkan dari zaman nenek moyang. jika dari dulu kita makan roti, maka, orang akan tanya, tak lapar ke kalau tak makan roti? harharhar. ye dok?

apa yang penting kita cuma perlu tahu jumlah tenaga yang kita perlukan hari hari. supaya ambilan makanan dapat memberi tenaga yang secukupnya. mudah bukan? ok. sekarang aku nak cerita pasal gambar kat atas. kalau dah tidur pukul 6 pagi, bangun pukul 2 petang. konfemlah tak kuasa nak masak nasik dan lauk bagai kan? nak keluar pi beli makan pun malas. jadi sebab kelaparan yang dahsyat dan dengan berbekalkan konsep kehidupan asal-makan-janji-cukup-zat, maka terhasillah resepi di atas. ce teka apa semua tu? ce teka. orait. dah. astalavista.


...




' seorang kawan yang baik ialah kawan yang menegur cebisan cili yang melekat di gigi kawannya walaupun membuat kawannya malu untuk seketika daripada kononnya ingin menjaga hati lantas membiarkan cebisan cili itu di situ dan sanggup melihat kawannya cacat setiap kali tersenyum '



...



wahai kawan kawan kat sini,
tunggu aku pi buat onar kat blog korang!!!

HA HA HA





jom?



.



Friday, February 25, 2011

BUKAN MAN KIDAL



.
.
.






chantek bukan??
...macam setan!


HA HA HA





...



selamat berhujung minggu semua!!




:)


.

Monday, February 21, 2011

SMS PALING KIUT



.
.
.



dapat sms dari abah ialah perkara yang jarang jarang berlaku. paling tidak abah akan kol saja. supaya lebih sampai maksud. 


ok itu intro. harhar. balik dari kelas semalam aku lepak makan tengahari dengan budak budak kelas. lama juga lepak. maklum saja release tension. budak budak design kalau presentation tak kena bakar dengan lecturer, memang tak sah. istilah bakar di sini bukanlah perbuatan bakar yang sebenar. jangan salah. 

sambil makan. sms masuk. abah sms. 


' duit yuran kak abah dah masuk. abah bagi 80%. mak bagi 20%. belajar rajin rajin '


tengah suap nasi boleh berhenti. terharu. rasa macam kecik pulak. bila dipesan belajar rajin rajin. huhu. jadi aku pun balas cakap terima kaseh dan i love u. harhar. abah jawab,





aku balas. dah hantar sms kat abah. cc dekat mak. senang. abah jawab,




peh. selamba. harhar. otak penyegan tu maksudnya otak pemalas (bagi sapa yang tak paham). cis. aku balas. otak geliga. boleh bikin batu cincin. ok. ini abah balas. ready?



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









kiut bukan?

kahkahkah





.








i love my daddy and mummy

:)


.

Wednesday, February 16, 2011

PETIK!




.
.
.



duduk melayan kerja di ofis lewat petang. tiba tiba out of no where budak ofis petik,


' beb. aku nak ajak kau debate. kenapa valentine's day ni nak diharamkan sangat padahal tak ada prove pun yang mengatakan benda ni kait mengait dengan kristian? '


lepas tu dia sambung,


' kalau macam aku yang dah kawen ni nak sambut dengan wife aku. kira boleh ke tak? apa kaitan dengan valentine's day? haram? bagi aku valentine's day ni tak salah '


dia sambung lagi,

' kenapa ini ja yang nak nampak sangat? berinai masa kawen pun bukan ada dalam Islam pun. bersanding pun tak ada. tapi sebab dah kita budayakan, jadi boleh pulak? '


dalam keadaan tak cukup tidur tu aku jawab,

' beb. apa kes kau nak ajak aku debate? muka aku ni muka ustazah kah? valentine's day tu bukan isu lah. isu dia ialah perlakuan tak bermoral. tu saja. sekarang aku nak tanya kau, sumber mana kau petik yang cerita ni tak ada kena mengena dengan kristian? '

dia jawab,

' aku baca statement paderi mana tah...'




.






...













aku pun tak arif sangat
tapi jangan suka main petik je
bahaya


akal kan ada 
pandai pandaila bezakan
baik dengan buruk


anyway
bagus juga ada kawan critical thinker ni 


hmmm...ok. entri ini menarik--> KLIK


nota: sebut petik tak semesti gitar
ye dak?



...


salam maulidur rasul



agak terlewat untuk ini
tapi tak apa  tanda ingatan


laptop aku hard disk crash
kena masuk icu....huhuhu
banyak komen yang belum jawab
sabar yer...



='(



.


Monday, February 14, 2011

COMFORT ZONE




.
.
.






:)




...

isnin 14.2.11
jam 1.22 pagi


 aku masih lagi berada di ofis
sejak ahad 13.2.11 jam 4.30 petang


amacam?

kejap lagi jam 9 pagi
masuk ofis balik

soalan trivia:
berapa jam kah aku tidur hari ini?


kehkeh


@_@


.




.

Saturday, February 12, 2011

BERKECAMUK!



.

.

.




a A a
A
             a                                    aa                         A                a                                  aa                    a

aaa A a a    A a                            a                   bbb    aa                 A              A         A   aa   a

aaa A a a    A a
aaa A a a    A a 
aaa A a a    A a 

aa       aaa       A   A   aa     A   a         a     a    a

aaa A a a    A a 

a A a AA a

aaa A a a    A a


aa A A  aa aa 





.






s o m e t i m e s 
bad things better left unsaid



.

Thursday, February 10, 2011

CELIK DALAM GELAP

.
.
.







:)



sumber diperoleh dari rakan fesbuk







...

sebab itu Allah ciptakan kekurangan
supaya kita selalu panjatkan rasa syukur
supaya dikurangkan dosa riak dan angkuh


sekian tazkirah

khamis malam jumaat


eceh!

.

PEDIH ASAP COLOK



.
.
.


malam tahun baru cina. ah seng buat majlis makan makan. ahmad bin haji saleh, rakan lepak happy hour turut dijemput. macam biasa. ahmad hadir. hanya dengan tshirt polo putih. dan jeans. rantai emas megah di leher. tebal. tanda taiko. begitulah.


' ahmad. mari sini. lu kena rasa ni. special dish '

' aik? apa ni? '


tanya ahmad sambil menguis sajian dengan chopstick.


' lu rasa dulu. baru komen. bukan hari hari gua mampu jamu ni '

' lu cakap dulu apa ni seng? gua tak makan babi '

' aiyaa. manyak alim la lu ini hari. apa pasai? lu mabuk sama sama gua. lu sapu semua amoi. mat saleh, jepun, cina. judi sama sama. itu bulan puasa lu lagi makan kat kedai gua. itik gantung lu makan. babi tak makan? '


ahmad diam. perlahan peluh mengalir. dalam dingin penyaman udara.


' YAM SENG!! '


gelas diangkat tinggi. 



...





berani jawab??


kehkeh



lama aku tak apdet
kasi seriyes sikitla ini jam
sama sama la kita fikir
















dalam hidup ni jangan ghairah nak warna warni sangat
kalau hitam dan putih pun taktahu nak beza

eh?




.


Wednesday, February 2, 2011

TANGLUNG MINYAK TANAH

.
.
.



cuti panjang dan kenduri kahwin. 
biasa.

kebaya dan kain batik.
luar biasa.

tapi bila bergabung. mungkin jadi serasi.
mungkin.


sekali sekala


...










selamat bercuti semua!


jom balek kampung?




p/s: selamat tahun baru cina
er, apa apa perayaan pun
janji boleh kongsi cuti sama sama
ye tak?



:)



.

Tuesday, February 1, 2011

KURANG 10SEN SERINGGIT



.
.
.



hujan. sejuk. lapar. gagahkan diri berjalan ke 7 eleven. payung tak ada. maka terpaksa melalui kakilima kedai. kedai kek. kedai tayar. kedai makan. damacai. mamak jual surat khabar. dari dulu lagi. asalkan jual surat khabar. mesti mamak. seolah olah kerjaya ini tidak dipelopori bangsa lain. tak glemer. mungkin.


dulu dulu masa kat rumah mak ayah. siap langgan secara bulanan. tiap tiap pagi bila ada bunyi barang dilempar masuk, pappp!! suratkhabar la tu. tidak syak lagi. mengikut tahap kekuatan tangan mamak dan kadar kelajuan motosikal yang ditunggang. kadang kadang suratkhabar akan jatuh ngam ngam atas bonet kereta. kadang kadang lajak terus sampai depan pintu rumah. ada hari mak ayah lupa nak ambil, jiran sebelah yang rasmikan dulu. bila pulangkan siap ada mukasurat yang tak cukup. kehkehkeh. nasib.


sampai 7 eleven. terus capai air soya. drinho. boisson au soja. kotak putih dan grafik kacang soya yang biasa biasa. tertera no preservatives. semak tarikh luput. cantik. langsung ke rak roti. berbelah bagi. rambang mata. banyak sangat pilihan. semua nampak sedap. maklum saja, lapar. macam biasa. pasti undian akan berat kepada roti high 5 sambal ikan bilis. tamak. terus ambil 3. cukup. segera ke kaunter. letak semua. tanya,



' BERAPA? '


satu persatu barang discan kod bar. harga tertera di monitor. semua sekali rm 4.90 sen. aku dah congak congak sendiri. dompet dibuka. nampak not rm 5 di sebelah rm 50.


' EMPAT RINGGIT SEMBILAN PULUH SEN KAK. SEMBILAN PULUH SEN ADA? '


sentap. ada 2 kesalahan budak cashier ni dah buat. aku pandang dia atas bawah. atas bawah. aku yakin dia lagi tua dari aku. cis. 


perlahan aku tarik keluar not rm 50.


' NI SAJA YANG ADA '



tamat.




...


kot ye pun takda duit kecik
patut ke mintak 90 sen?

agak agak la







'  satu untuk kau, dua untuk aku '






.