BERANI NAK IKUT??

Thursday, March 24, 2011

PAYAH SANGAT KE?



.
.
.






hmm... entri paling malas. sketch ni pun dah lama. menunjukkan luahan perasaan. betapa aku paling menyampah lelaki yang suka nak jadi co-pilot. ah. sangatlah loser! ok dah. emo. bai. eh jap. maksud aku. lelaki yang kononnya nak jadi boifren lah. harhar. ini bukan sebab dia takde lesen. atau tak reti drive. atau sakit tangan. atau patah tangan ke apa. ini sebab malas. haih. nak bawak keta pun malas?? ah. sudeh. ok. bai lagi sekali. bai!





...

ok. ok. aku sangat busy
meeting, outstation berderet
blogwalking pun dah jarang jarang
komen komen kat bawah tu aku hargai
tunggu aku lapang sikit aku jawab
eh?



janji




:)



.

Thursday, March 17, 2011

BIASANYA TAK MACAM TU?

.
.
.


rabu malam tu lepas isyak, aku pasang niat. lepas tu aku buat rutin harian macam biasa. gosok baju kerja. main fesbuk. ym. ehem. ehem. baca blog. ah. macam biasa lah. baca novel cinta. ok. tu tipu. tido. pun macam biasa. tah pukul berapa pagi tah. macam biasa jugak. susah nak lelap sekarang ni. macam biasa.


esoknya macam biasa. pagi pagi pegi beli kuih. kuih pertama yang aku usha ialah kuih keria. macam biasa. kalau takda, karipap dengan popia pun dah kira ok. hmm. macam biasa.


tengahari lunch. makan apa yang patut. buat kerja. tunggu 6.30 petang. pi pasar malam depan opis. usha abang jual ikan. harhar. macam biasa jugak. beli nasik kerabu. sate sikit. balik umah.


rilek rilek. mandi. solat. makan. masa cuci tangan kat sinki. tiba tiba rasa macam de ja vu. ya rabbi... baru teringat. eh? bukan ke malam tadi aku niat nak puasa?? 






arrrggghhh!!!









...


i need a break!

harhar




jom pi main dengan anak sedara wiken ni!
yeay!!!

p/s: tu mak aku kat belakang tu
dan budak comel ni dah nak masuk setahun
hmmmm.....


jom? 



:)


.



Wednesday, March 16, 2011

CAKAP YANG TERPERANGKAP

.
.
.



semalam. teringat kat mak. dail. tut..tut.....tut...tuttt.....




mak : helo. ha, ada apa?


aku : eceh! saja nak kol.


mak : awat duit tak cukup ka?


aku : harhar, adeh. nak tanya ni. mak pakai facial apa la ni?


mak : natasha. awatnya? dah nak abih dah pun. takdak kesan apa pun mak pakai. ingat nak tukaq pakai yang lain pulak la.


aku : haaaaaaa! sebab tula arin kol ni. nak tanya, mak nak try safi rania dak? arin nak beli ni. ingat nak beli kat mak 1 set.


mak : ok. mak nak. berapa ringgit 1 set? mahai dak?


aku : takpala. tak mahai sangat. i belanja la u.


mak : ooo..nak belanja i ka? birthday u pun i tak bagi hadiah lagi.


aku : tak payahla hadiah. dah tua kot. kakaka.


mak : ok. kalau macam tu kira tolak hutang u kat i la noooo.


aku : (gulp!)




aiseh...!








.


p/s: selalunya orang yang berhutang memang tak ingat
tapi orang yang dihutang tu sudah semestinya ingat
yela..duit dia ye dak? kakaka
adehs...kantoi


...



telefon ini klasik bukan?

aku memang peminat barang barang antik
sapa ada lagi telefon  ni kat umah?

best gila kan?
paling best tang nak dail nombor 0

har har har


jom?


.

Tuesday, March 15, 2011

Entri Khas: 30 GOING 13 (ha ha)




.
.
.




aku sangat teruja menerima kad ini.
tina tulis dengan tangan kiri. kewl!
beb, thank u so much! aku suka gila!!


:)


anyway, 13.3.11 was a very very,

1. GOOD DAY 

...







*( age is just a number) eh? harhar,

2. GOOD FOOD


...




dan semestinya tanpa mereka berdua as,

3. GOOD COMPANION


tak mungkin aku segembira ini!


terima kaseh banyak tina dan mas


buat tina yang bagi kad
buat mas yang buat entri khas
tak lupa mak abah adik adik suma
buat kawan kawan yang antar sms
kawan kawan fb yang wish kat wall
kawan kawan fb yang wish kat inbox
kawan kawan blog yang wish kat sini
dan buat awak yang buat saya hepi






.
.
.








I FEEL LUCKY!


thank u all!!!








p/s: bila perasaan tu terharu
bercampur eksaited dan hepi
ayat pun jadi tunggang langgang

see?


i speak english!


kakaka



.

Monday, March 14, 2011

JEMPUTAN VIP



.
.
.




anda semua dijemput ke laman kekaseh hati saya
disini :   Lorong Tiga Belas





:)












p/s: maaf aku agak kesibukan amat lately
banyak yang tak sempat nak catch up



see ya!







.

Friday, March 11, 2011

Review: MEROCOK ROCOK



.
.
.

lama aku bertangguh untuk entri ni. maklumlah nak tulis review. perlukan konsentrasi yang tinggi. dan masa yang lapang tanpa gangguan. so, here we are!

*review ini adalah berdasarkan kepada pengalaman menonton sahaja dan aku akui memang tidak ada pengetahuan yang mendalam mengenai bidang teater ini.


...

teater merocok-rocok. karya dan arahan aloy paradoks. mengisahkan tentang PERHUBUNGAN. cerita yang tidak akan pernah berhenti. interpretasi cinta, kasih sayang, kecewa, hati yang lara. begitulah. kehidupan. putaran. atas dan bawah. kadang kadang tenang. tapi selalunya bergelora. 


aku berpeluang menyaksikan sesi latihan kumpulan ini. latihan dibuat di lobi aswara. ya. open space dan banyak nyamuk. haha. tapi boleh dilihat dari foto foto di bawah ini. betapa mereka komited dan serius. seperti sedang bertugas. seperti ada imbuhan besar yang menanti. 









...

tiba hari pementasan. bertempat di stor dbp.  dan berlangsung dari 24hb sehingga 27hb februari yang lepas. nyata pentas agak kecil dan tempat duduk penonton agak terhad. namun semua itu tidak menjadi aral. kerana apa yang disajikan nyata berjaya membuatkan penonton khayal dalam dunia mereka. 




kisah aril, (gambar di atas. lakonan aman nassim) yang menemui kegagalan dalam hubungan cinta. kembali untuk merebut cinta mira (fazleena) dan lisa (surya) yang telahpun berumahtangga.  ketika itu mira dan lisa kelihatan gembira dan bahagia bersama pasangan pilihan hati, johan(imran yusoff) dan rizal(aloy).

ya. rumahtangga yang goyang akibat kecurangan suami membuatkan hati isteri yang sakit telah menjalin kembali hubungan dengan bekas teman lelaki. pergolakan demi pergolakan menjadikan setiap babak sangat happening

jelas menunjukkan bahawa, tiada siapa yang mampu menjamin kejujuran dan kesetiaan dalam setiap perhubungan. kerana setiap jalinan yang terbentuk itu akan terus hancur dengan hanya satu noda. iaitu kecurangan pasangan.



pasangan suami isteri yang meraikan kebahagian rumahtangga. hasil daripada cinta yang dalam. tambahan pula si isteri tergolong dalam golongan yang hard to get. maka bertambahlah rasa bertuah si suami tatkala berjaya menawan hati si isteri. 

plot ini disampaikan dengan mudah dan ringkas. tetapi istimewa. kerana dialog dialog yang puitis. boleh cair beb. saya adalah seorang yang bebal jika tidak mencintai awak. ah. begitulah lebih kurang dialog dia. amacam? haha.






ku sangkakan panas sampai ke petang. rupanya hujan di tengahari. begitulah. kecurangan isteri yang terbongkar telah menimbulkan rasa marah yang amat di hati suami. maka terjadilah insiden menyayat hati yang tidak diingini. tambah sayu apabila orang yang dibunuh adalah orang yang pernah disayangi. sedih.

ringkas. cinta yang tak sampai. hubungan terlarang. pasangan yang curang. keseronokan yang sekejap. pasti mengundang gejolak yang parah. begitulah. love, sex and murder. tipikal. tapi naskhah ini diolah dengan cantik. berat tapi ringan. ringkas tapi sarat.




plot dikuatkan dengan babak penyiasatan kes pembunuhan tersebut oleh 2 orang inspektor polis, (lakonan roydy dan haf dzi). walaupun sekadar beberapa babak, lakonan mereka berdua ini sangat meninggalkan kesan. tambahan dengan suara macho roydy dan aksi bersahaja haf dzi  (yang gagal audition mentor protege noh hujan) berjaya menggamatkan suasana. 







menariknya pementasan ini, babak demi babak disulami flashback dan setiap selang babak dihiasi pertunjukan randai iaitu aksi tepuk kain yang ada pencak dan pergerakan yang tersendiri. cukup segar. cukup power. pergerakan randai ini diketuai oleh roydy rokidy sebagai koreografer. ya. yang suara macho tu. memang style lah. tak lupa juga petikan gitar akustik oleh roy dan tu tin nurancang. peh. panjangnya nama dia.

bagi aku, cerita ini bukan cerita aril. tapi setiap karakter ada cerita mereka sendiri. tidak dinafikan lakonan mantap fazleena dan aloy berjaya mengunci sorotan mata penonton daripada berganjak. iyalah. beberapa adegan panas 18sx tak mungkin langsung tidak meninggalkan kesan bukan? haha.

ada juga antara kawan kawan yang mengatakan ada babak yang dialognya begitu lama. dan menyebabkan bosan. apabila ditanya kepada pengarah, aloy berkata, ianya bukan dialog. tapi monolog. monolog memang panjang panjang dan lama. 

aku sendiri ada bertanya aloy. kenapa pelakon tak ada kostum? kenapa pakaian pelakon ikut suka hati sendiri? ringkas aloy jawab, saya amalkan minimalis poorteater. hantar cerita melalui lakonan, idea dan konsep. tak ada set dan props.

pementasan ini bertambah hidup dengan kawalan pencahayaan oleh rayza mukmin. mood pentas diberi nafas dengan cahaya cahaya merah, biru dan kuning. bagi aku yang taktahu apa apa, aku melihat ini sebagai kawalan yang lancar, tepat pada masa dan ketika juga tidak keterlaluan. just nice omputeh kata.

begitulah. keseluruhannya, sebagai seorang peminat teater yang tak berapa arif mengenai bidang ini, aku sangat terhibur. tiket rm20 rasa berbaloi. kerana hasil kerja yang jujur dan semangat berpasukan yang mantap dari team merocok-rocok ini telah berjaya menambat hati aku untuk menonton teater ini sebanyak 2 kali! hahaha.




di harap pada masa hadapan, pihak paradoks dapat buat rakaman setiap pementasan yang telah dipersembahkan. maka bolehlah naskhah disimpan dalam bentuk digital dan diulang tonton berulang kali. dan boleh juga dijadikan koleksi. mana tahu boleh buat hadiah istimewa kepada rakan yang menyambut harijadi mungkin. haha.

oh ya. dengar dengar juga aloy sekarang sibuk bikin filem. semoga target 2011 beliau yang ingin kacak, berbakat dan berduit dapat dicapai. sikit je lagi tu. tak lama. 

dengan ini aku mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tahniah untuk kumpulan anak muda yang gigih memperjuangkan seni ini. TAHNIAH.

sekian review. ada soalan?


p/s: paling best bila aku ajak membe membe pi tengok teater ni, dengar saja tajuk, semua pakat setuju saja. langsung tak tanya cerita ni mengenai apa? best kan? 


jadi, percayalah. kalau aku kata best tu, mesti best lah. hahaha. ok jom?


.






eh 
panjangnya?



.


Wednesday, March 2, 2011

BOLA SEMESTINYA BULAT




.
.
.










rezeki tak datang bergolek!





...



sebenarnya aku tengah kumpul idea
nak buat review teater merocok-rocok ni
so kasi up entri rilek-rilek la dulu






eh?


.