.
.
.
lama tak ada entri. komen komen kat entri lama juga tak berjawab. maaf ya. masalah kekangan masa bertamu lagi.
pemergian tiba tiba seorang sahabat baik yang dah macam adik sendiri pada jumaat, 15.4.11 sangat meninggalkan kesan. nurqistina reny. seorang yang aku cuma kenal di fesbuk pada mulanya. lama lama bertukar cerita. lama lama menjadi rapat.
dia. anak bongsu 2 beradik. istimewanya dia mualaf. mengucap dua kalimah syahadah di uitm arau pada 2007. tegar. cekal. tabah. asalnya dari keluarga yang patuh pada ajaran kristian. setiap ahad pasti kunjungan ke gereja akan dibuat.
tentangan keluarga diterima. hebat. sampai dia takut untuk pulang ke pangkuan keluarga di sarawak. begitulah. bagi aku dia seorang yang mulia hatinya. kehilangan dia sangat aku rasa.
kesempatan melihat arwah buat kali terakhir di hospital klang adalah momen paling berharga dalam hidup aku. kau kaku makcik. sejuk. rasa nak peluk kau erat erat. sedih. aku cuma dapat kucup kau di dahi. ah. kenapa cepat sangat kau pergi??
setiap kali aku buka fesbuk. baca komen komen kau. airmata aku meleleh makcik. sungguh. aku rindu. semoga kau ditempatkan dikalangan orang orang beriman. amin.
...
jumaat, 8.4.11. seminggu sebelum kau pergi. kau post ni kat wall aku. nada kau macam biasa. ceria.
...
jumaat, 8.4.11. seminggu sebelum kau pergi. kau post ni kat wall aku. nada kau macam biasa. ceria.
...
dan, pertama kali kau tak jawab kau rindu aku makcik. selalu kau reply, i miss u too.
apa apapun aku redha. kau baik makcik. Allah sayang kau.
AL-FATIHAH.
.
setiap yang hidup pasti akan mati
tinggallah kenangan bersemadi di hati
a goodbye isn't painful unless
you're never going to say hello again
.
.
.