BERANI NAK IKUT??

Thursday, June 16, 2011

GARANG TAPI GOYANG

.
.
.


hai. sedikit cerita yang tak ada motif ingin dikongsi. heh. cerita kerja. dunia pekerjaan aku dikelilingi lelaki. pergi meeting. mesyuarat tapak. inspection bangunan. rata-rata manusia keliling semuanya lelaki. ok. intro yang bosan.

untuk itu aku perlu menjadi wanita yang garang. walaupun aku tahu jiwa aku bukanlah seperti itu. baiklah. cukup. ceritanya bermula begini.

aku sedang handle 2 projek fast-track. sebut saja fast, semua benda mesti nak kena fast. decision making kena cepat. satu di johor. satu di pahang nun. 

pada suatu hari aku telah menerima satu panggilan telefon. dari seorang kontraktor di johor yang telah gagal meet dateline. ah. bahasa rojak. sori. 

tutttt...tuttttt...telefon bimbitku berbunyi. kehkeh. aku pun angkat.

aku: helo. assalamualaikum.

mus: helo rin. waalaikumsalam. aku tak sempatla nak hantar sample tu hari ni. aku demam ni. 2-3 hari lagi boleh tak?

aku: kau ni mus. asal dateline je kau demamla. nenek kawen la. bini mengandung la. mende? dari last week delay ni. (suara tegas)

mus: seriyes aku demam ni. 

aku: mintak sesapa yang boleh hantar, hantar segera. kalau tak aku akan isu surat komplen. kontraktor tak perform, cc kat client

mus: yelah. aku try. (suara down)

seminggu berlalu. wakil kontraktor datang opis. hantar sample tu. din yang datang. bukan mus. aku pun tanya.

aku: eh, kau yang datang din? mana mus?

din: mus masuk wad. dekat 4-5 hari jugak. saspek virus dalam darah. hari ni pun dia tak masuk keja lagi.

peh. dengan segera aku rasa bersalah. bersalah marah dia tuhari. lepas din balik, aku kol mus.

aku: weh mus. ko ok tak ni? sampai masuk wad ke?? ingatkan kau demam sikit-sikit. rupanya banyak-banyak?

mus: aku tau kau sayang kat aku rin. cuba kau terus terang je.

ceh. dengan segera juga aku menyesal kol dia. sekian. tamat.




...














sibuk sebenarnya dok kelepet bunga ni hari-hari
nampak macam senang tapi tak senang tahu?

*err, cik rahimah oi
ini lew bunga nyeeee!!





.

Thursday, June 9, 2011

Edisi Monolog: PERNAH SUATU MASA


.
.
.


pernah suatu masa aku agungkan lelaki putih dan tinggi. dapat. bercinta. sekejap. 7 tahun. putus.
 
pernah suatu masa aku agungkan lelaki hensem dan gagah. dapat. bercinta. sekejap. 5 tahun. putus.

pernah suatu masa aku agungkan lelaki pandai masak. dapat. bercinta. sekejap. setengah tahun. putus.
 
pernah suatu masa aku agungkan lelaki pandai main gitar. dapat. bercinta. sekejap. empat bulan. putus.

hinggakan pernah suatu masa aku sudah tak tahu apa yang aku mahu. kerana setiap angan yang aku cipta berakhir dengan kecewa.

pernah suatu masa aku rasakan Tuhan terus bertanya, apa lagi yang kau mahu dan apa lagi yang aku tak tunaikan? katakan. 

ya. semua yang aku mahu aku pernah dapat. tapi ianya tidak kekal. cuma sekejap. singgah sebentar sahaja.

sampai masa aku lelah. menung sendiri. benar kata ayat ini. kadang kadang apa yang kita fikir bagus untuk kita tapi sebenarnya ia tidak. sesungguhnya Allah lebih tahu.



...


aku lupa
lupa untuk minta seorang yang baik hatinya

:)


hmmmm
sekali sekala bermonolog
soal jodoh itu rahsia Allah bukan?

pernah juga suatu masa seseorang pernah berkata,
'kalau ditakdirkan tak ada jodoh sampai ke tua pun tak apa
janji kau hepi ayen'

walaupun aku tak setuju tapi aku diam saja
setiap kita dilahirkan berpasang pasang
aku percaya itu


...


hey kamu yang membaca
aku tak punya banyak masa mahu balas komen
sabar ya?



jom!



.







Friday, June 3, 2011

SUKA CARI PASAL



.
.
.


cerita pasal kawan. banyak. tapi cerita pasal kawan yang pernah jadi musuh tu adalah lebih menarik bukan? heheh.

bukan musuh apa pun. tapi bermusuh la jugak 2-3 minggu. mari kita mulakan. ceritanya berbunyi begini.

masa zaman stadi dulu kami sebilik. bezanya aku budak architecture. dia budak planning. kami kawan rapat. baju pun main pinjam pinjam. baju saja. kasut tak boleh. dia saiz 3. gila.

al-kisah telah diadakan pertandingan bola jaring. aku wakil course aku. dia wakil course dia. bertemulah kami atas padang.

macam biasa aku memang suka kacau emosi pemain atas padang. yelah. nak lawan tenaga memang suma muda remaja dan gagah-gagah belaka ye dak? better tackle emosi.

pengadil tiup wisel denda aku berdiri sebelah tu adalah sangat biasa. pijak kaki dengan sengaja. tolak bola masa lawan tengah konfiden nak shoot. tendang betis. tarik baju. siku perut.

ok. nak tahu kenapa kami yang sebilik ni bermusuh sekejap? sebab aku tarik tudung dia dan rampas bola dalam tangan. kahkah. sadis bukan? kebetulan padang sebelah tu budak-budak laki tengah main bola. kesian dia. terus hilang fokus. dan team dia kalah. satu team kot benci kat aku masa tu. haha.

sampai sekarang aku ingat maki seranah dia. muka merah padam dia. memang betul betul marah tak ingat. kehkeh. tapi kami tetap kawan baik sampai hari ni. ya. hari ni. 3hb jun.

selamat hari lahir mastura zuber. ingat lagi tak kau pernah benci aku? benci yang sampai nak selisih dengan aku pun taknak?



...

















a simple friend thinks the friendship over when you have an argument 
a real friend knows that it's not a friendship until after you've had a fight