BERANI NAK IKUT??

Wednesday, December 28, 2011

LUKISAN DALAM HUJAN



.
.
.



waktu sudah menginjak petang. langit mula berona kemerahan. samar. aku masih di situ. melukis. seperti hari-hari sebelumnya. seperti berbelas tahun yang dulu. tidak pernah jemu. hairan.

berus dipegang kemas. diselit antara ibu jari dan telunjuk. sedikit genggam. warna-warna dipalit atas kanvas. kadang-kadang dilontar begitu saja. sesedap rasa. mengikut hati. menjiwai. tegar. ada warna riang. ada warna resah. jelas.

lukisan ini jiwa aku. mungkin pada zahirnya ia kelihatan seperti lukisan-lukisan yang lain. lukisan yang biasa-biasa. tapi ini lukisan aku. pastinya ia bukan yang biasa dilihat. paling tidak ia tentang aku. setiap titik punya cerita. cerita aku.

selama aku melukis. ramai yang bertanyakan tentang lukisan aku. datang dan pergi. ada yang sangat meminati gaya penyampaian. ada yang sangat gilakan figura objek yang dilakar. malah ada yang sukakan warnanya. macam-macam. 

melihat itu ada yang bersusah datang dari jauh. ada yang rela ikat perut untuk menabung. ada yang sanggup berenang lautan api. katanya. hanya kerna mahu mendapatkan karya-karya aku.

bukannya aku tak mahu jual. atau tidak membenarkan ia dimiliki orang. lukisan ini mungkin tidak ternilai harganya. mungkin juga tidak punya nilai langsung. terserah. bagi aku ia sangat mahal.

kesungguhan setiap mereka yang ingin memilikinya sangat aku hargai. tak mungkin aku lupa. ia kenangan buat aku. pahit atau manis. terima kaseh aku ucapkan. kerna sanggup melakukan itu demi lukisan aku. yang tidak seberapa.

pernah suatu masa. aku pasrah kerna waktu yang mendesak. aku sudah siap bungkus lukisan ini. sedia untuk jual. sedia untuk diserah. hari berganti hari. aku resah. berasakan ada yang tidak kena. langsung aku tewas. bungkusan itu aku koyak. lukisan itu aku dakap. erat-erat. aku belum sedia. maafkan aku.

ya. jujurnya mereka yang mahu memiliki lukisan ini tidak pernah cuba mengenali aku. mereka cuma tertarik dengan kecantikan lukisan. cuma teruja dengan lakaran figura yang tampak indah. bukan aku tak mahu jual. tapi aku mahu serahkan ia kepada orang yang mampu menjaganya dengan baik. kerna ia sangat istimewa. harap rasa ini dimengerti. 


' aku mahu kau ada disamping aku selamanya. untuk aku terus menikmati karya-karya kau. untuk aku terus memuja lukisan-lukisan kau. '


itu saja yang aku mahu. lukisan ini jiwa aku. lukisan itu aku.







...


hai readers! 
dah mula buat senarai azam tahun baru?




:)




.


Thursday, December 22, 2011

SEJARAH TANPA BUKTI

.
.
.



hari ni keputusan pmr diumumkan. ia adalah imbauan nostalgia. setiap exam pun mesti ada cerita. pmr meninggalkan kenangan pahit untuk aku. ya. sekurang-kurangnya dekat seminggu aku mogok. tak makan. 

harapan yang terlalu tinggi dan gagal memenuhi impian orang tua. adalah segala-galanya. keputusan yang dicetak atas sekeping kertas akhirnya hancur. dikoyak kecil-kecil. masuk bakul sampah.

umur 15 tahun. aku percaya. belum bijak kawal emosi. nasi sudah menjadi bubur. menyesal. sampai sekarang aku tak ada slip keputusan tersebut. pilu.






...


tahniah kepada yang berjaya!
harapnya  seawal usia 15,
generasi ini mampu mengeja dengan lawas


jangan nak kew,lew,skunk sangatlah kan?





andai gagal, jangan putus asa
belajar sampai habis tau

haip. jangan kawen dulu!


:)

.





Friday, December 9, 2011

SESUATU DALAM SESUATU

.
.
.





hidup ni tak perlu nak serius sangat tapi jangan pernah ambil mudah. dalam perjalanan, kita dah tau dah. pasti ada tawa. ada sendu. ada kecewa. ada gusar. ada marah. apa yang perlu ialah bertenang. tarik nafas. dalam dalam. lepas. fuh.

hey. belajarlah ketawa selepas duka. pelangi kan pasti ada selepas hujan. itu bukan janji aku. itu janji Tuhan. percaya itu. semat dalam hati. senyumlah. hidup pasti lebih manis. kan kawan?



...

berfikiran positif boleh jadikan kamu
awet muda!

jom?




:)




.

Thursday, December 8, 2011

SEKUPANG SEHARI

.

.
.



satu pagi. aku joging. setelah lama meninggalkan aktiviti ini. semput. dalam pada aku berlari-lari anak. sorang makcik potong. sorang uncle potong. sorang. demi sorang. banyak orang. peh. rasa tercabar. tapi kudrat tak mampu. tak mampu nak kejar. larian mula perlahan. peluh. menitik-nitik. lelah.


benda-benda macam ni. kalau dah lama tinggal. berkarat. oh ya. maksud aku. bukan joging saja. yang penting. kena mula.



sikit-sikit
lama-lama
jadi bukit















 minum dulu?



.