BERANI NAK IKUT??

Thursday, December 6, 2012

PERAHU KERTAS DAN CINTA (KAMI)


.
.

.


Maaf kalau aku begitu teruja dengan setiap chapter dalam novel Perahu Kertas. Sebabnya perjalanan hidup Keenan begitu dekat dengan aku. Bezanya dia diminta untuk menghabiskan sarjana ekonomi oleh ayahnya manakala aku menunaikan impian ayah untuk jadi seorang arkitek

Minat kami sama. Melukis. 

Sudahnya aku menghabiskan pagi ke petang ke pejabat menjadi seorang yang dicita-citakan ayah. Pulang kerja aku sambung melukis. Kerana minat. Dan aku tak pernah merasa penat. 

Ya. Melukis takkan bisa buatkan kau kaya. Banyak slot dalam filem yang menyampaikan mesej yang sama. Dalam filem Cinta misalnya. Bagaimana Dyan mengajak adiknya Dhani yang minat melukis untuk bekerja di firma akitek. Seolah-olah melukis di jalanan itu kerjaan yang tiada masa depan. Klise bukan?

Syukur. Aku ditemukan jodoh yang terbaik untuk diriku. Dulu pernah juga aku mencari calon yang punya minat lukis yang sama. Ya. Serupa Keenan dan Wanda. Minat yang sama tidak bermakna penyatuan hati yang sama.

Kugy dan Keenan umpama membawa aku ke dalam dunia cinta kami. Seorang penulis yang ditakdirkan berjumpa seorang pelukis. Sungguh sederhana. Cukup untuk saling melengkapi.

Kami juga membiarkan arus membawa kami hanyut dan berlabuh. 

Moga kami kuat hingga ke hujung nyawa.



...

Aku cuma ambil masa 10 minit untuk tulis entri ini
Aku sendiri taktahu apa sebenarnya yang aku nak sampaikan


"Karena hati tak perlu memilih
Ia selalu tahu kemana harus berlabuh"
- Dee, Perahu Kertas 







my artwork. love it!

xoxo



publish!


. 











Monday, December 3, 2012

PERAHU KERTAS DAN AKU



.
.
.


Kau suka art, dia suka art. Dia baca buku, kau tak suka buku. Kalau dua-dua kau suka atau salah satu dia suka kau tak suka, apa saja alasan, pokok pangkalnya hati.

Jadi tak perlulah kau setengah mati untuk cuba suka apa yang dia suka. Penting untuk jadi diri sendiri dalam setiap ikatan hubungan.
 

Dari situ kau akan belajar cara menerima.

Perlahan-lahan ikatan hubungan akan jadi kuat atas dasar memahami. Walaupun ada badai-badai menghambur yang cuba memisahkan ikatan kau.

Sebab? 

Kau tak akan pergi dari orang yang faham kau. 

Dan orang yang tak pernah faham 
akan terus mengadili diri kau.

Orang yang tak pernah faham ini
tak pernah cuba untuk faham.

Kerna dia cuma faham hati yang bersatu 
adalah hati-hati yang layak (di fikirannya) 
untuk bersatu.


Dia adalah manusia yang ketinggalan.


Dia bukan Tuhan.

...



Carilah orang yang tak perlu meminta apa-apa
tapi kamu mahu memberikan dia segala-galanya
- Dee, Perahu Kertas.

Dah tonton Perahu Kertas?
ehem! 


 

Wednesday, October 31, 2012

Monday, October 22, 2012

POPCORN PERISA WASABI



.
.

.

perihal adab. aku masih ingat sewaktu usiaku 7-8 tahun, mak pesan, 'kalau pergi rumah orang, sedap macamanapun makanan yang dihidang, makannya cuma sikit. jangan tambah.' tetapi pesan akan tetap tinggal pesan sebabnya tuan rumah akan paksa juga kita tambah. betul tak? kalau tak nanti tuan rumah ingat dia masak tak sedap pula. kan? kan? haha.

bila menginjak usia remaja, aku tanya semula kenapa mak pesan macam tu? mak cakap itu adab namanya. kalau kat rumah orang janganlah tunjuk yang kita ni kebulur macam lapar sangat. seganla mak. macam mak tak bagi makan je kat rumah. aku terus ketawa. sebabnya aku fikir mak cuma bergurau secara sinis.
 
sekarang. buat aku teringat semula pesanan itu. mak pernah cerita, waktu aku kecil, pergi rumah orang, kalau ada yang aku berkenan (selalunya makanan) aku akan puji dulu. contohnya, sedapnyaaaa bau kek niiiiii. pandainya acik masakkkkk. dan tuan rumah akan sendirinya pelawa. nak ke? mak cakap. yang ini dia tak ajar. kek mana ada bau kuat. kalau belacan yelah. ini politik. bodek. haha.ini iklan.

pokok pangkal di sini. perihal adab ni satu benda yang susah nak diajar. banyak lagi. adab bercakap dengan orang yang lebih tua. adab bertandang ke rumah orang. dan lain-lain adab lagi. disebabkan usiaku yang semakin senja, aku lihat ramai anak muda yang semakin kurang adab dan susila. nak salahkan siapa? 



.


ke, zaman whatsapp sekarang
adab-adab ni dah tak releven?
gitewwww

p/s: entri ini hanya general thoughts


:')



Friday, September 28, 2012

GEMBIRA TAK TERGAMBAR



.
.


.



beberapa minggu lepas mak datang kl. tidur di rumah. aku tunjuk kat mak zine yang aku tulis. baca saja tajuk, mak dah senyum-senyum. sepatah saja mak kata, amboi tajuk dia. lepas tu mak mintak nak simpan satu. mak cakap nak bawak balik jitra bagi adik kat rumah baca. aku pulak yang senyum-senyum. 

malam tu aku tengok lampu bilik mak masih menyala. mak mesti lupa tutup lampu, fikir aku sendiri. aku pusing tombol perlahan-lahan bimbang ganggu mak tidur. dari luar aku nampak dengan jelas. mak sedang membaca dengan tekun. aku capai kamera. klik klik. aku senyum meleret. 

esoknya mak tak komen apa-apa. lusanya mak pulang. 

2-3 hari lepas baru mak sms,


" mak tak pernah baca apa-apa buku cerita 
tapi buku arin mak baca abih "





comel kan?


:)




.

Monday, September 24, 2012

Review : ZINE EX-BOIFREN


.
.

.



Reviu dan komen zine Ex-Boifren dari pembaca. 

Qiez Medusa Ar :
Dear kakak chantek, content zine ExBF menarik tapi sikit sangat. Saya baca dalam setengah jam je dah abis. Mohon ditambah material untuk next edition. Pastu gambar2 yang kamu masukkan dalam zine ni better kamu edit in grayscale sebelum diprint supaya tak jadi hitam bila fotostat. And sebab kamu terer lukih & kekuatan karya kamu adalah pada sketches, why not letak grafik di setiap mukasurat atau tambahkan content bergrafik. it would be nicer! sekian reviu kontot ikhlas dari hati saya. hee :)


Diyana :
Timekasih! Teeheeee. EX-BOIFREN best! ^^



Airaz Zaria :
ayen! EX-BOIFREN II bila??????????????? x sabar nak suh Zakiah Ponrahono cepat2 beli utk koleksi kami. ahahha


Milo Ais : 
hoccay- sudah habis setengah - good one beb! ada yang boleh buat gelak guling-guling kekdahnya...love it!


Zuliana Rafar :
pecah kaca pecah gelas 
meh sini aku nk balas.

well, ini reviu sy: 

1) sy suka ex boifren ni sbb bila sy selak, ada smpul kecil terselit di dlmnya dgn nama ank sy tertera di atasnya. tq aunty ayen. :)

2) x payah ckp byk la. sy x puas. sy nk lg. ada ex boifren yg bru x? msukkn nm sy sbg senarai menunggu! sy sgup jemput ex boifren bru itu di rumah kamu. ;D


Aizaliana Adnan :
 Pn. Azreen...sy x nak komen byk2...sikit saja yer...sy rase awk ni mempunyai lebihan bakat semulajadi di puncak gunung tinggi...(ini pujian okay!!)....sy confirm nak langgan zine awk...walaupun x brapa nak tau 'ZINE' tu stands for what??..almaklum sy org straight fwd sajaa...walaubagaimanapun sy masih tertunggu2 kisah benar yg agak2 benar dr awk...(mcm byk jer lg yg x citer?!! hahahahah).... bleh dapatkan ISBN yer utk buku ni...(keterangan lanjut cara nak apply bleh hubungi Pn. Eiy =) "



Zakiah Ponrahono :
Zine: eX-boifren oleh azreen yusof. cerita cinta lama pelbagai. rahsia-rahsia biasa setiap insan putus cinta tapi diubah jadi cerita menghibur rasa. ada lucu-kekuatan-feminisme-motivasi hidup depan. ;) 


Aida Nesa :

saya amat gembira zine anda berdua laris. perasaan tu tak tahu nak gambarkan bagaimana. terima kasih belanja kepsi. pandai kak ayin beli air oren. macam tahu-tahu je. love you ♥




Ini semua aku kopipes direct dari fesbuk tanpa mengubah mana-mana ejaan atau segala shortform yang digunakan. Terima kaseh yang tak terhingga atas sokongan kamu-kamu semua. Zine ini banyak sangat kelemahan sebab ia merupakan zine grafik pertama aku. Mohon review, cadangan atau komen dapat diberi supaya isi kandungannya dapat diperbaiki. Nak kutuk pun boleh. Aku okay. Sekian dulu.

Aku akhiri dengan lukisan doodle yang bertajuk 'Syurga Di Bawah Tapak Kaki Suami'.





.

Sunday, September 9, 2012

Promosi : Zine OTHELLO & EX-BOIFREN




.
.
.






RM 5  *tidak termasuk postej


RM 5  *tidak termasuk postej


berminat? 

untuk membuat pesanan,
emel kepada ayinayusof@yahoo.com


EDISI TERHAD





...

hai.
ini adalah zine percubaan pertama aku.

penulis zine othello pula dah menulis 
sebanyak 6 buah buku (kompilasi).

bolehla cuba beli ye dak?



p/s: terima kaseh Hana Ahmad jadi pembeli pertama!

.


  

Tuesday, August 28, 2012

KEINGINAN ORANG LAIN




.
.
.




aku sering terbaca kisah-kisah kecewa. kisah-kisah manusia yang selalu merungut tentang kehidupan. rata-rata juga tak kurang membentengkan kekurangan diri dengan berkata dusta. sanggup mengadakan yang tiada. sembang hangit orang kedah kata. 

kerana apa?

kerana rasa inferior dalam diri. ya. perasaan kekurangan yang terlampau. tak seronok jadi diri sendiri. tetapi suka dengan kehidupan orang lain. 

'alangkah bagusnya kalau aku jadi macam si A. hidup senang. rumah besar. kereta mewah'.

'kan best kalau dapat kahwin lelaki hensem, kaya, kuat agama'

'si B dah buat masters. tak lama lagi nak sambung PHD. hebatnya. kan bagus kalau aku macam dia?'

kan? belajarlah bersyukur dengan pemberianNya. kerana setiap yang ditentukan untuk kita adalah yang terbaik seadanya. bayangkan kalau hidup ni kita boleh dapat dengan  mudah apa saja yang dicita? cakap saja, petik jari, dapat. sebut saja, tringgg..terus jadi. memang rasa macam best, tapi banyak momento berharga yang akan hilang. perasaan teruja untuk mendapatkan sesuatu akan terus lenyap. pastinya, sentimental value langsung padam. kelam. 

apa hidup ini masih memberi erti jika semua yang dihajat mudah didapati?


:)


...


" lebih baik tidur dengan perut yang lapar
daripada bangun dikelilingi hutang "





 Aidilfitri 1433H
Hari Raya pertama kami

Alhamdulillah

.





Saturday, August 18, 2012

AIDILFITRI 1433



.
.
.




ah. lamanya tak apdet blog ni. ada idea, tiada kelapangan masa. ada masa, tiada pula idea. begitulah. dari hari ke hari. 

menyelusuri hari-hari sebagai seorang isteri membuka lembaran baru dalam setiap helaian nota kehidupan. mudah tidak mudah. payah tidak juga payah. hadirnya ramadhan juga memberi pengalaman berbeza. semestinya. paling tidak, rutin acara berbuka puasa bersama rakan-rakan semasa hidup single dapat diteruskan pada tahun ini. malah lebih meriah. lebih istimewa. syukur.

dikesempatan yang masih bersisa ini, aku ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala silap kata sepanjang pertemuan kita di sini. semoga syawal tahun ini disambut gembira seisi keluarga. hoyeh!


oh ya. terima kaseh aku ucapkan kepada suami kerana bagi duit raya. yeay!


...




EID MUBARAK semua!



love,

.





Monday, June 25, 2012

ANGAN-ANGAN NIPIS



.
.
.

aku bercita-cita nak sambung cerita kat bawah ni dalam bentuk buku nipis grafik-novelet. semoga menjadi. kau orang wajib beli. sekian.



.

Tuesday, June 5, 2012

MAHU TAK MAHU (4)



.
.
.


Sebaik masuk ke biliknya punggung dilabuhkan atas kerusi kulit empuk berwarna hitam. Disandarkan tubuhnya ke kusyen sambil menghela nafas. Melepas lelah akibat terpaksa memanjat tangga ke tingkat 8 pejabatnya. Lif rosak. Ada 4 lif. Kesemuanya under maintenance. Babi! Penghawa dingin yang selalunya sejuk beku terasa seperti kipas yang diimport dari neraka.

Teringat masa mula-mula mahu beli pejabat, Arman berebut dengan seorang businessman cina kerana mahukan pejabat bernombor lapan di tingkat 8. Mereka bida-membida harga. Akhirnya lelaki cina itu tewas setelah Arman memberi wang kopi kepada agen pemilik bangunan dan menyogoknya servis from head to toe secara percuma dan first class. Lelaki mana yang tidak tewas dengan perempuan cantik?

‘Mimie! Masuk!’

Interkom ditekan selepas beberapa fail dibelek.

Tiada jawapan.

 Interkom ditekan lagi.

‘Pora, kau pergi check mana Mimie. Ada kat tandas ke mengular ke apa. I want to see her, NOW!’

Gagang diletak sebelum sempat Pora menjawab. Terkocoh-kocoh Pora menyembunyikan katalog Avon dalam laci. Tindakan refleks. Arman cuma interkom bukannya dia nampak pun. Seperti juga perbuatan mengangguk dan menggeleng kepala ketika ditanya ya atau tidak di talian. Ataupun tindakan menundukkan kepala ketika memandu masuk ke bawah jambatan yang rendah.

Pora, atau nama sebenarnya Wan Safura Wan Salleh telah lama bekerja di situ. Seorang yang cekap menjawab hampir setiap soalan di talian juga bijak menangkis panggilan dari orang-orang tertentu bagi pihak Arman. Kelebihan itu menjadikannya staf yang paling kurang mendapat maki dan sumpah seranah Arman. Paling kurang bukan tak pernah. Dia antara admin yang masih kekal berkhidmat berbanding staf-staf admin lain yang mudah-mudah saja dipecat oleh Arman. Lepas seorang, seorang. Tanpa belas. Ikut mood gila Arman. Kadang-kadang kesalahan yang dilakukan cuma kesalahan mengeja pada deraf surat.

‘Apa kau ingat aku kat sini nak tolong spell-check kau punya ejaan?? Berambus! Lepas lunch aku takmau tengok muka kau kat pejabat aku! Sia-sia aku bayar gaji. Sia-sia kau pergi sekolah. Elok kau mampus!’

Hambur Arman sebelum menghempaskan fail beserta deraf surat ke atas meja Wanda, kerani ke-empat yang dipecat dalam masa 2 bulan. Semua mata tertumpu ke arah Wanda yang terkebil-kebil berdiri tak tahu nak buat apa. Panik. Malu. Pasti itu yang dirasa kerana dimarah secara membuta-tuli di hadapan staf-staf yang lain. Walaupun itu fenomena biasa di situ, ia pasti meninggalkan calar bagi seorang staf yang baru berkhidmat selama 6 hari seperti Wanda.

Pora berbangga dengan imunitinya di situ. Dia bercerita dengan staf yang lain mengatakan Arman sering memuji kecekapannya bekerja. Nyata, Arman tidak pernah berbuat demikian. Nyata juga, tidak ada staf yang percayakan ceritanya. Tipikal. Admin yang baik dengan bos pasti merasakan seolah-olah sebahagian syer syarikat adalah miliknya.

Baru sahaja Pora berdiri di hadapan pintu bilik Arman untuk memberitahu perihal Mimie, kedengaran dengan jelas suara Arman dari dalam,

‘Tak payah. Aku dah baca surat dia. Kau kol dia sekarang!’

‘Tapi bos…’

‘Tapi-tapi apanya? I said, se-ka-rang!’

Pora bergegas kembali ke tempat duduk. Gagang diangkat dan nombor telefon bimbit Mimie didail. Jam di tangan menunjukkan pukul 4 petang. Panggilan tidak dijawab. Pora mencuba lagi. Juga tidak dijawab. Dia tahu ini akan berlaku. Mimie pasti tak akan jawab panggilan daripada pejabat memandangkan dia berhenti secara mengejut mengambil kesempatan semasa Arman berurusan di luar negara.


2 missed call.

Kamon, give me four, five, six! Mimie menekan butang silent dan membiarkan sahaja telefon bimbitnya terus-terusan bergetar. Tiba-tiba ada sms masuk. Dari nombor Arman.

‘ Berani kau berhenti masa aku tak ada? 

Kau ingat kau boleh blah macam tu saja?’



.