BERANI NAK IKUT??

Wednesday, January 25, 2012

SOALAN BUNUH DIRI



.
.
.


lelaki : awak. walaupun kita baru kenal, tapi saya sangat sukakan awak. awak baik hati. penyayang. layan saya dengan baik. kol saya hampir setiap hari. sms awak tak pernah putus bertanyakan tentang saya itu ini. awak sangat ambil berat tentang saya. saya suka. 

bukan saya saja suka. malah ibu saya juga suka awak. awak rajin. kalau datang rumah saya, awaklah manusia paling sibuk. masak. kemas. sapu sampah. cuci pinggan. haih. siapalah yang tak sayang. 

awak. boleh saya tanya. apa yang buat awak suka saya?

perempuan : err...

lelaki : awak? 

perempuan : susah juga nak jawab soalan awak ni. 

lelaki : ia tak susah mana. kenapa susah?

perempuan : soalan awak menyedarkan saya. kepada banyak benda. 

lelaki : apa awak?

perempuan berfikir. agak lama. seminit. dua minit. setengah jam. lama juga. hening. kedua-duanya senyap. perempuan merenung jauh. jauh-jauh. lelaki terpinga. menunggu jawapan perempuan. perempuan rasa berat. berat hati. susah mahu katakan apa yang terbuku. dan susah yang inilah telah mengheret dia dari satu babak ke satu babak yang seterusnya. ia perasaan tak sampai hati untuk menyinggung perasaan. ia perasaan kasihan. semua bercampur.

perempuan : awak. maafkan saya. saya baru sedar yang selama ni saya yang kol awak. saya yang sms awak. saya yang bertanya khabar awak. nak ke rumah awak pun saya yang pergi sendiri. sedangkan awak? awak tak pernah langsung ambil berat tentang saya. kan awak? saya terlalu positif tentang ini. saya menunggu awak berubah. awak minta saya terima awak seadanya. tapi saya merasakan yang saya dah terima awak bulat-bulat. 

sekarang. saya mahu tanya awak. apa yang awak buat, untuk saya sukakan awak? 

lelaki : err...




...


























it takes two to tango!




oh ya. 
ini adalah gabungan 2-3 cerita yang diekstrak
dan langsung dijadikan satu.
ya. sekadar makluman.



.

Thursday, January 19, 2012

KETAWA YANG MAHAL

.
.
.


kesinambungan dari entri ini : PENGEMIS KOTA, 2012.

seperti orang mengantuk disorongkan bantal. bos sms. ajak makan dulu sebelum pulang ke ofis. itu namanya rezeki. ia bukanlah hari-hari. dalam setahun mungkin dua atau tiga kali saja.

menapak kami ke secret recipe. dekat sogo. bos pantas terus order coffee latte. oh. taste yang sama. jadi aku mengambil keputusan untuk order ice blended saja. 

sementara order tiba kami sembang-sembang. ya. bukan hari-hari juga dapat duduk semeja begini. tambahan pula bos memang orang yang amat aku segani. agak garang juga di ofis. seorang yang serius. dan bercakap cuma bila perlu. 


' adik beradik i 11 orang semuanya.'

' puan anak yang ke berapa? '

' i sulung.'

' wow!'


kemudian bos mula bercerita dari satu kisah kepada kisah yang lain. kisah adik-adiknya yang bermacam ragam. semuanya lucu. dia ketawa. aku juga ketawa. setiap kali dia mulakan ayat, aku dah mula nak ketawa. dan setiap kali itu juga dia akan cakap,

' sabar. nanti dulu. tak abis lagi ni '


' u tau adik i? i suruh dia kopek kelapa dia jawab apa?'


' dia jawab, eh tokleh saye. nanti peluh. kita tender bulih?'


' omg. hillarious! kopek kelapa taknak sebab takut peluh! can u imagine that?'







sumpah. aku rasa sebak lihat perempuan di depanku ini ketawa terbahak-bahak sampai mengalirkan airmata. kerna kehidupannya yang terlalu sibuk mungkin tak beri dia ruang untuk melepak dan bersembang seperti ini. aku dapat rasakan ia seperti let's have a break yang sukses. 

setiap orang pasti punya cerita sendiri. siapa sangka bos yang kelihatan sangat elegan dengan beg bonia dan kasut jimmy choo juga shopping di kedai bundle? oh.


' tapi i bukan beli sehelai dua. i terus beli sekotak rm50 '


kahkah!

.


hey,
laughter is the best medicine!



:)



Thursday, January 5, 2012

SARKASTIK YANG CELAKA

.
.
.



perempuan 1 : eh untuk wedding aku, aku nak beli kain french-lace kat bandung. kat sana semua cantik-cantik dan murah-murah. beading pulak nanti aku nak topap batu yang mahal tu. apa tah nama dia, schwa..schwarozki? jadah tah. lebih kurangla bunyi dia. janji glemer. paling penting mewah. designer pulak aku nak cari yang ala-ala hatta dolmat. kelllasss!! tengokla cincin tunang aku ni. tak mainla yang nipis-nipis. kalau nak pakai, alang-alang nah! biar tebal. biar dari jauh orang dah nampak cincin kau. emas mahal tau sekarang. hikhik. oh ya. paling penting mekap. mestila aku nak cari make-up artist paling top! barula berseri aku nanti. mesti terpukau tetamu semua. ye dak? betul tak apa aku cakap ni?

perempuan 2 : aku rasa daripada kau berhabis ribu riban dok tepek kat badan, baik kau pegi buat plastic-surgery dulu.

...

kahkah! 





photo credit to : Umar Mita


Selamat Tahun Baru 2012 semua!



:)



.