BERANI NAK IKUT??

Thursday, February 16, 2012

SATU HITUNGAN RAPUH

.
.
.


julung kali aku berkongsi soal tugas di sini. mungkin tak ada yang menarik atau mungkin kebarangkalian soal lain yang lebih mendesak. 

setiap kali aku diberi tugasan untuk mengetuai suatu mesyuarat rasmi, aku akan berada dalam kelompok senior dan orang-orang yang lebih berusia. situasi yang awalannya amat aku dangkal. 

seperti hari ini. aku hampir tewas dengan emosi sendiri. suaraku tinggi sedikit getar. sukar untuk aku pertahankan sabar apabila isu kredibiliti dan ungkapan sambil lewa mencetus kontroversi. soalnya antara dua. mahu menjaga airmuka orang yang lebih berusia atau menegakkan polisi kondisi keberadaan jilid hitam dan putih.

nyata ia bukan soal hitungan usia.


...















sekurang-kurangnya 
lajak perahu boleh diundur


:)


.

Sunday, February 12, 2012

KAMI DAN TELE-PATI (1)

.
.
.



ariff dan rinie. keluar berdua. mahu tonton muvi. real steel. tayangan jam 3 petang. memutuskan untuk makan dulu. isi masa dan isi perut. 

ariff bawa rinie ke sebuah cafe thai. wah, ada som tam! teriak rinie dalam hati. menu ditangan diteliti. atas bawah. selak-selak. hmm. sedapnya teh o ais laici ni. tapi aku tak minum ais. dah lama. jadi mahu pesan barli suam saja. ya. ya. barli suam. argh! tapi teh o ais laici ni sangat menggoda. ais rinie, ais. ia akan buat kau batuk. ok. ok. barli suam. barli suam. muktamad.

seperti biasa ariff tak cerewet soal makan. jadi dia tidaklah mengkaji menu lama-lama seperti rinie. perempuan kan sangat kompliketed. mahu pesan air saja dekat 15 minit kena fikir. 

sudah?

rinie angguk. ariff melambai pelayan. 

minum apa cik?

barli suam.

makan?

som tam!

pelayan mula menulis sesuatu di kertas.

minum encik?

teh o ais laici.



rinie sentap. kemudian senyum sendiri.


ni kenapa senyum tiba-tiba? ariff berkerut.

cemana awak tau ni? awak dengar ke hati saya gaduh-gaduh tadi? er, share eh?

aik?



..






Thursday, February 9, 2012

HARGA AIR MUKA



.
.
.


pernah atau tidak kepada kalian. ia terjadi kepada aku. sewaktu di tempat kerja lama aku sering menjadi bahan tidak puas hati seorang kakak admin. ada saja yang mahu dijadikan isu olehnya. soal cuti. soal keluar masuk. soal travelling. segalanya. 

aku berkongsi hal ini dengan seorang rakan sekerja yang agak senior. nasihat oleh beliau sangat aku ingat. hingga hari ini.

" kau tak perlu ikut rentak dia. api jangan dibalas api. esok kau datang, kau bancuhkan dia secawan kopi. letak atas meja. jemput dia minum. kalau kau rasa dia dah jatuhkan air muka kau, kau beli lah air muka dia dengan secawan kopi. "







faham maksudnya?
orang lama cakapnya berkias 



:)



.