BERANI NAK IKUT??

Monday, June 25, 2012

ANGAN-ANGAN NIPIS



.
.
.

aku bercita-cita nak sambung cerita kat bawah ni dalam bentuk buku nipis grafik-novelet. semoga menjadi. kau orang wajib beli. sekian.



.

Tuesday, June 5, 2012

MAHU TAK MAHU (4)



.
.
.


Sebaik masuk ke biliknya punggung dilabuhkan atas kerusi kulit empuk berwarna hitam. Disandarkan tubuhnya ke kusyen sambil menghela nafas. Melepas lelah akibat terpaksa memanjat tangga ke tingkat 8 pejabatnya. Lif rosak. Ada 4 lif. Kesemuanya under maintenance. Babi! Penghawa dingin yang selalunya sejuk beku terasa seperti kipas yang diimport dari neraka.

Teringat masa mula-mula mahu beli pejabat, Arman berebut dengan seorang businessman cina kerana mahukan pejabat bernombor lapan di tingkat 8. Mereka bida-membida harga. Akhirnya lelaki cina itu tewas setelah Arman memberi wang kopi kepada agen pemilik bangunan dan menyogoknya servis from head to toe secara percuma dan first class. Lelaki mana yang tidak tewas dengan perempuan cantik?

‘Mimie! Masuk!’

Interkom ditekan selepas beberapa fail dibelek.

Tiada jawapan.

 Interkom ditekan lagi.

‘Pora, kau pergi check mana Mimie. Ada kat tandas ke mengular ke apa. I want to see her, NOW!’

Gagang diletak sebelum sempat Pora menjawab. Terkocoh-kocoh Pora menyembunyikan katalog Avon dalam laci. Tindakan refleks. Arman cuma interkom bukannya dia nampak pun. Seperti juga perbuatan mengangguk dan menggeleng kepala ketika ditanya ya atau tidak di talian. Ataupun tindakan menundukkan kepala ketika memandu masuk ke bawah jambatan yang rendah.

Pora, atau nama sebenarnya Wan Safura Wan Salleh telah lama bekerja di situ. Seorang yang cekap menjawab hampir setiap soalan di talian juga bijak menangkis panggilan dari orang-orang tertentu bagi pihak Arman. Kelebihan itu menjadikannya staf yang paling kurang mendapat maki dan sumpah seranah Arman. Paling kurang bukan tak pernah. Dia antara admin yang masih kekal berkhidmat berbanding staf-staf admin lain yang mudah-mudah saja dipecat oleh Arman. Lepas seorang, seorang. Tanpa belas. Ikut mood gila Arman. Kadang-kadang kesalahan yang dilakukan cuma kesalahan mengeja pada deraf surat.

‘Apa kau ingat aku kat sini nak tolong spell-check kau punya ejaan?? Berambus! Lepas lunch aku takmau tengok muka kau kat pejabat aku! Sia-sia aku bayar gaji. Sia-sia kau pergi sekolah. Elok kau mampus!’

Hambur Arman sebelum menghempaskan fail beserta deraf surat ke atas meja Wanda, kerani ke-empat yang dipecat dalam masa 2 bulan. Semua mata tertumpu ke arah Wanda yang terkebil-kebil berdiri tak tahu nak buat apa. Panik. Malu. Pasti itu yang dirasa kerana dimarah secara membuta-tuli di hadapan staf-staf yang lain. Walaupun itu fenomena biasa di situ, ia pasti meninggalkan calar bagi seorang staf yang baru berkhidmat selama 6 hari seperti Wanda.

Pora berbangga dengan imunitinya di situ. Dia bercerita dengan staf yang lain mengatakan Arman sering memuji kecekapannya bekerja. Nyata, Arman tidak pernah berbuat demikian. Nyata juga, tidak ada staf yang percayakan ceritanya. Tipikal. Admin yang baik dengan bos pasti merasakan seolah-olah sebahagian syer syarikat adalah miliknya.

Baru sahaja Pora berdiri di hadapan pintu bilik Arman untuk memberitahu perihal Mimie, kedengaran dengan jelas suara Arman dari dalam,

‘Tak payah. Aku dah baca surat dia. Kau kol dia sekarang!’

‘Tapi bos…’

‘Tapi-tapi apanya? I said, se-ka-rang!’

Pora bergegas kembali ke tempat duduk. Gagang diangkat dan nombor telefon bimbit Mimie didail. Jam di tangan menunjukkan pukul 4 petang. Panggilan tidak dijawab. Pora mencuba lagi. Juga tidak dijawab. Dia tahu ini akan berlaku. Mimie pasti tak akan jawab panggilan daripada pejabat memandangkan dia berhenti secara mengejut mengambil kesempatan semasa Arman berurusan di luar negara.


2 missed call.

Kamon, give me four, five, six! Mimie menekan butang silent dan membiarkan sahaja telefon bimbitnya terus-terusan bergetar. Tiba-tiba ada sms masuk. Dari nombor Arman.

‘ Berani kau berhenti masa aku tak ada? 

Kau ingat kau boleh blah macam tu saja?’



.