BERANI NAK IKUT??

Friday, September 20, 2013

STUDIO AZREEN

.


.


.


dalam hidup kita harus berani mencuba. always, push yourself to the limit. hidup juga perlu punya cita-cita. tapi tak semua cita-cita dapat dilaksana dengan jaya. 

aku juga suatu waktu dulu punya cita-cita. mahu jadi pelukis. bukan pelukis bangunan seperti permintaan ayah. itu cita-cita ayah. bukan aku. tetapi aku akur. kerna dalam hidup kita harus berani mencuba. maka, aku cuba. cuba menjadi pelukis bangunan. nyata, yang ada cuma tangan yang boleh melukis garisan-garisan lurus. tidak beserta hati. selama 10 tahun ia berlarutan terus.

hari ini aku sedar, jiwa aku rupanya ada di sini : Studio Azreen. syukur. akhirnya. moga ia mendapat sokongan kalian semua. 


...

hai. i'm back!

:)


.



Tuesday, June 11, 2013

JUDULNYA MALANG



.
.


.


setiap kali kita ditamu malang,
dunia seakan berakhir esok.




.


Tuesday, June 4, 2013

CERMIN CERMIN MELEKAT DI DINDING


.

.

.







“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling cantik di kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau, Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling kaya dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau lah orangnya Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling pandai dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau jugalah orangnya Marina.”

“ Jadi kenapa aku masih sendiri Cermin? Apa tak cukup cantik-kah aku? Tak cukup kaya-kah aku? Tak cukup pandai-kah aku?

Cermin diam.

“ Setiap kali aku ditemukan dengan seorang lelaki, semuanya serba tak kena. Aku dah letih berjumpa dengan lelaki yang salah!!”

Cermin lihat Marina menangis semahu-mahunya.

“ Kau tidak mencari lelaki yang melengkapkan hidup kau Marina. Kau mencari seorang yang sempurna. “

“Aku tak faham!”

“ Cukuplah hari-hari kau mengadap aku dan bertanyakan soalan yang sama. Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong“

Sebaik sahaja ayat yang terakhir dilafaz, Cermin terus pecah. Retak seribu. Marina terpinga.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Tapi aku hodoh.
Aku miskin.
Aku bodoh.

Tanpa kasih sayang.




“ Cermin!!! Kau pun tinggalkan aku!!”


” Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong.“



...

Petikan cerita yang bakal dimuatkan dalam Ex-Boifren II.


:)

Monday, April 15, 2013

BOHONGLAH KALAU TAK RINDU



.

.

.


manisnya sebuah perpisahan ialah tika kita mengenang kembali saat-saat bersama. bergurau. bertekak. merajuk. begitulah. 

waktu pulang kerja tadi, lewat senja, aku buat panggilan ke lahad datu. 2-3 kali panggilan tidak dijawab. hati berdebar. 

15 minit kemudian, panggilan berbalas.

sebaik mendengar suara suami di talian, nafasku hela lega. dalam ketika yang begini, dapat dengar suara saja sudah cukup buatkan semuanya terasa baik-baik saja. semuanya terasa lengkap.

apalagi ketika sama-sama ketawa di talian.

semuanya terasa dekat.

tak ada yang kurang.



...

bohonglah kalau tak rindu



:')




.

Monday, March 18, 2013

PEREMPUAN NAN SA-ORANG



.
.
.



kelmarin adalah merupakan hari-hari yang pinar. siapa yang sangka hari yang paling dinanti dalam sejarah hidup buat pertama kalinya disambut seorang diri. mungkin kelihatan enteng pada pemikiran orang lain tetapi tidak kepada perempuan itu.

terngiang-ngiang kata-kata ayahandanya ketika di bandara tempoh hari,

" kasihan aku dengan anak perempuanku yang seorang ini. sejak umur tiga belas sudah mula hidup sendiri. tanpa famili. dan ketika mencecah usia tiga puluh dua juga, masih sendiri. "

dalam genangan airmata, perempuan itu melirik. mengiringi ayahandanya pulang dengan ekor mata yang sayu. kabur.


...


selamat menyambut hari ulangtahun 32
13.3.13 dalam kenangan

salam ulangtahun pernikahan yang pertama
juga salam hari lahir buat suami tersayang

ya, coretan yang terlewat.




.



Friday, February 1, 2013

GULA-GULA GETAH


.

.

.


sedikit gula-gula buat santapan bersama. betullah orang kata adat suami isteri ni kalau tak gaduh memang tak sah. sedangkan lidah lagi tergigit kan. dugaan tu datang tak kira dari mana hala-nya. kadang elok je suami isteri takda isu, bertiup pula angin kus-kus tolong kuis-kuis. tolong carikan isu. tolong semarakkan api. syaitan menangis sewaktu kita diijab  kabul. tapi dia tak akan putus asa untuk kembali ketawa riang ria. *tarian beruang*

kan? perkara yang paling buatkan aku gembira to the max ialah sewaktu dugaan berjaya diharungi. yes!! terima kasih kau-kau yang tolong carikan isu. rajin sangat uols. terharu mak. haha.

...

kalau cerita kat nenek, nenek mesti kata, eleh, itu baru sikittttttttttt. nenek dulu sepatu pun pernah melayang depan panggung wayang. hahaha. deng!  kan kan kan? 

hmmm... sesekali aku up entri sedikit emosi. biasa lah. perempuannnnnn.



p/s: haaa kau orang yang belum kawin, bakal kawin semua. mental kena modified baik punya! bikin tembok besi. tau tau tau. okay. peace yo!






.

Thursday, January 31, 2013

MINIMALIS


.
.

.


ini adalah sedikit coretan mengenai perkahwinan. tercetus idea menulis ini daripada satu dialog yang aku dengar berbunyi,

' 40 ribu mana cukup kalau nak kahwin beb. kena topap lagi! '

aku senyum. aku mula menghitung berapa belanja yang aku keluarkan sewaktu majlisku dulu. tak ada pinjaman bank yang dilakukan. aku cuma meminjam sedikit wang dengan kawan-kawan dan simpanan sendiri. semua sekali jumlahnya cuma rm 9,500. 

dengan rm 9,500 aku bayar deposit pelamin, fotografer, tempah baju sanding, baju nikah, beli baju seragam untuk mak ayah dan adik beradik, beli goodies untuk 500 tetamu, tempah kad, poskad, bayar separuh kos homestay yang disediakan untuk kawan-kawan dan sedara jauh, juga beberapa aksesori ricik yang lain. 

untuk perbelanjaan kenduri, memang mak ayah yang taja. tak ada hiasan bilik pengantin beriya. semuanya sangat minimal. dan pada aku, ia cukup meriah. lauk kenduri habis ngam-ngam. goodies untuk tetamu habis awal, seawal jam 3 petang. mak dah mula gelisah. jadi, hadiah bunga pahar yang sepatutnya dijadikan hantaran buat aku dari pihak suami, dijadikan cenderahati kepada tetamu. apa saja. apa saja yang tinggal, semua dijadikan cenderahati. kenangan. ya. ia kenangan indah.

...

ehem. ketahuilah, dalam keghairahan kita meraikan hari istimewa, banyak pembaziran yang telah dilakukan. siapa yang boleh menjamin yang ianya bakal jadi sekali seumur hidup bukan? maka, bersederhanalah. 



:)

...


rindu oi kat suami! 

.



Thursday, January 24, 2013

ABSTRAK

.
.



.


2013 masih muda. kelihatan warna-warna pincang lebih mendominasi setakat ini. harap setiap cela bakal memberi kesan artistik yang hebat. artistik hebat harganya mahal. semahal pengalaman mencipta cela itu sendiri. harus tegar melakar impian. yang pipih tak datang melayang. 




salam maulidur rasul 1434.


:)


.



Wednesday, January 23, 2013

RABU 23.1.13


.

.

.





aku selalu bermula dengan tiga
dan sering berakhir dengan satu


titik

...


hidup ini antara pilihan
memilih untuk tidak memilih 

juga pilihan





.

Tuesday, January 22, 2013

AIRMATA TETAMU SENJA

.

.

.



setiap kali papan kekunci ditekan, setiap kali juga idea perihal hati dan perasaan yang ingin dikongsi. 

hari ini ada teman yang berkunjung ke rumah. mahu tumpang tidur. sehelai sepinggang. dibawa bersama anak perempuannya yang baru berusia lima. gara-gara suami punya hubungan di luar. rumahtangga berantakan. ahli keluarga yang tidak memahami situasi. salah menyalahkan sesama sendiri. 

menitis juga airmata melihatkan hal yang sebegini. peringatan untuk diri sendiri. sukar jumpa perempuan yang mahu berkongsi hati. 

okay. cerita salleh yaacob tak valid di sini. eceh!





p/s: kamu-kamu yang rajin membaca sini, terima kaseh. 
banyak-banyak.


.

Monday, January 14, 2013

13 DUA RIBU 13



.
.
.


entri flashback tahun lepas dan hari ini 13 haribulan januari.

punyalah bersemangat nak up entri pada hari ke-13 tahun baru 2013. sibuk sibuk sibuk. jumpa orang sana sini. lupa. terlepas sudah.

rata-rata orang dah bercerita perihal tahun baru. time flies so fast kan? tup tup dah masuk 2 minggu dah. phew!

lately aku sangat sibuk. sibuk dengan segala tempahan artwork. lukisan potret, hamper wrapping, kad-kad ucapan harijadi dan anniversary, juga masih dalam fasa pengumpulan material zine Ex-Boifren II.

2012 secara rumusannya adalah tahun yang memberikan banyak kenangan manis. paling bersejarah adalah perkahwinan sendiri. haha. banyak idea-idea ohsem yang terdetik dalam hati dapat direalisasi. jualan zine Ex-Boifren sangat memberansangkan. terima kaseh kepada yang menyokong. yay!

dan ya. harapan 2013, doaku untuk menimang junior dimakbulkan.

mari amin ramai-ramai.






AMIN.






teaser : slot Ali Anak Mak dalam Ex-Boifren II.


ehem!