BERANI NAK IKUT??

Friday, September 20, 2013

STUDIO AZREEN

.


.


.


dalam hidup kita harus berani mencuba. always, push yourself to the limit. hidup juga perlu punya cita-cita. tapi tak semua cita-cita dapat dilaksana dengan jaya. 

aku juga suatu waktu dulu punya cita-cita. mahu jadi pelukis. bukan pelukis bangunan seperti permintaan ayah. itu cita-cita ayah. bukan aku. tetapi aku akur. kerna dalam hidup kita harus berani mencuba. maka, aku cuba. cuba menjadi pelukis bangunan. nyata, yang ada cuma tangan yang boleh melukis garisan-garisan lurus. tidak beserta hati. selama 10 tahun ia berlarutan terus.

hari ini aku sedar, jiwa aku rupanya ada di sini : Studio Azreen. syukur. akhirnya. moga ia mendapat sokongan kalian semua. 


...

hai. i'm back!

:)


.



Tuesday, June 11, 2013

JUDULNYA MALANG



.
.


.


setiap kali kita ditamu malang,
dunia seakan berakhir esok.




.


Tuesday, June 4, 2013

CERMIN CERMIN MELEKAT DI DINDING


.

.

.







“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling cantik di kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau, Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling kaya dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau lah orangnya Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling pandai dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau jugalah orangnya Marina.”

“ Jadi kenapa aku masih sendiri Cermin? Apa tak cukup cantik-kah aku? Tak cukup kaya-kah aku? Tak cukup pandai-kah aku?

Cermin diam.

“ Setiap kali aku ditemukan dengan seorang lelaki, semuanya serba tak kena. Aku dah letih berjumpa dengan lelaki yang salah!!”

Cermin lihat Marina menangis semahu-mahunya.

“ Kau tidak mencari lelaki yang melengkapkan hidup kau Marina. Kau mencari seorang yang sempurna. “

“Aku tak faham!”

“ Cukuplah hari-hari kau mengadap aku dan bertanyakan soalan yang sama. Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong“

Sebaik sahaja ayat yang terakhir dilafaz, Cermin terus pecah. Retak seribu. Marina terpinga.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Tapi aku hodoh.
Aku miskin.
Aku bodoh.

Tanpa kasih sayang.




“ Cermin!!! Kau pun tinggalkan aku!!”


” Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong.“



...

Petikan cerita yang bakal dimuatkan dalam Ex-Boifren II.


:)

Monday, April 15, 2013

BOHONGLAH KALAU TAK RINDU



.

.

.


manisnya sebuah perpisahan ialah tika kita mengenang kembali saat-saat bersama. bergurau. bertekak. merajuk. begitulah. 

waktu pulang kerja tadi, lewat senja, aku buat panggilan ke lahad datu. 2-3 kali panggilan tidak dijawab. hati berdebar. 

15 minit kemudian, panggilan berbalas.

sebaik mendengar suara suami di talian, nafasku hela lega. dalam ketika yang begini, dapat dengar suara saja sudah cukup buatkan semuanya terasa baik-baik saja. semuanya terasa lengkap.

apalagi ketika sama-sama ketawa di talian.

semuanya terasa dekat.

tak ada yang kurang.



...

bohonglah kalau tak rindu



:')




.

Monday, March 18, 2013

PEREMPUAN NAN SA-ORANG



.
.
.



kelmarin adalah merupakan hari-hari yang pinar. siapa yang sangka hari yang paling dinanti dalam sejarah hidup buat pertama kalinya disambut seorang diri. mungkin kelihatan enteng pada pemikiran orang lain tetapi tidak kepada perempuan itu.

terngiang-ngiang kata-kata ayahandanya ketika di bandara tempoh hari,

" kasihan aku dengan anak perempuanku yang seorang ini. sejak umur tiga belas sudah mula hidup sendiri. tanpa famili. dan ketika mencecah usia tiga puluh dua juga, masih sendiri. "

dalam genangan airmata, perempuan itu melirik. mengiringi ayahandanya pulang dengan ekor mata yang sayu. kabur.


...


selamat menyambut hari ulangtahun 32
13.3.13 dalam kenangan

salam ulangtahun pernikahan yang pertama
juga salam hari lahir buat suami tersayang

ya, coretan yang terlewat.




.



Friday, February 1, 2013

GULA-GULA GETAH


.

.

.


sedikit gula-gula buat santapan bersama. betullah orang kata adat suami isteri ni kalau tak gaduh memang tak sah. sedangkan lidah lagi tergigit kan. dugaan tu datang tak kira dari mana hala-nya. kadang elok je suami isteri takda isu, bertiup pula angin kus-kus tolong kuis-kuis. tolong carikan isu. tolong semarakkan api. syaitan menangis sewaktu kita diijab  kabul. tapi dia tak akan putus asa untuk kembali ketawa riang ria. *tarian beruang*

kan? perkara yang paling buatkan aku gembira to the max ialah sewaktu dugaan berjaya diharungi. yes!! terima kasih kau-kau yang tolong carikan isu. rajin sangat uols. terharu mak. haha.

...

kalau cerita kat nenek, nenek mesti kata, eleh, itu baru sikittttttttttt. nenek dulu sepatu pun pernah melayang depan panggung wayang. hahaha. deng!  kan kan kan? 

hmmm... sesekali aku up entri sedikit emosi. biasa lah. perempuannnnnn.



p/s: haaa kau orang yang belum kawin, bakal kawin semua. mental kena modified baik punya! bikin tembok besi. tau tau tau. okay. peace yo!






.

Thursday, January 31, 2013

MINIMALIS


.
.

.


ini adalah sedikit coretan mengenai perkahwinan. tercetus idea menulis ini daripada satu dialog yang aku dengar berbunyi,

' 40 ribu mana cukup kalau nak kahwin beb. kena topap lagi! '

aku senyum. aku mula menghitung berapa belanja yang aku keluarkan sewaktu majlisku dulu. tak ada pinjaman bank yang dilakukan. aku cuma meminjam sedikit wang dengan kawan-kawan dan simpanan sendiri. semua sekali jumlahnya cuma rm 9,500. 

dengan rm 9,500 aku bayar deposit pelamin, fotografer, tempah baju sanding, baju nikah, beli baju seragam untuk mak ayah dan adik beradik, beli goodies untuk 500 tetamu, tempah kad, poskad, bayar separuh kos homestay yang disediakan untuk kawan-kawan dan sedara jauh, juga beberapa aksesori ricik yang lain. 

untuk perbelanjaan kenduri, memang mak ayah yang taja. tak ada hiasan bilik pengantin beriya. semuanya sangat minimal. dan pada aku, ia cukup meriah. lauk kenduri habis ngam-ngam. goodies untuk tetamu habis awal, seawal jam 3 petang. mak dah mula gelisah. jadi, hadiah bunga pahar yang sepatutnya dijadikan hantaran buat aku dari pihak suami, dijadikan cenderahati kepada tetamu. apa saja. apa saja yang tinggal, semua dijadikan cenderahati. kenangan. ya. ia kenangan indah.

...

ehem. ketahuilah, dalam keghairahan kita meraikan hari istimewa, banyak pembaziran yang telah dilakukan. siapa yang boleh menjamin yang ianya bakal jadi sekali seumur hidup bukan? maka, bersederhanalah. 



:)

...


rindu oi kat suami! 

.



Thursday, January 24, 2013

ABSTRAK

.
.



.


2013 masih muda. kelihatan warna-warna pincang lebih mendominasi setakat ini. harap setiap cela bakal memberi kesan artistik yang hebat. artistik hebat harganya mahal. semahal pengalaman mencipta cela itu sendiri. harus tegar melakar impian. yang pipih tak datang melayang. 




salam maulidur rasul 1434.


:)


.



Wednesday, January 23, 2013

RABU 23.1.13


.

.

.





aku selalu bermula dengan tiga
dan sering berakhir dengan satu


titik

...


hidup ini antara pilihan
memilih untuk tidak memilih 

juga pilihan





.

Tuesday, January 22, 2013

AIRMATA TETAMU SENJA

.

.

.



setiap kali papan kekunci ditekan, setiap kali juga idea perihal hati dan perasaan yang ingin dikongsi. 

hari ini ada teman yang berkunjung ke rumah. mahu tumpang tidur. sehelai sepinggang. dibawa bersama anak perempuannya yang baru berusia lima. gara-gara suami punya hubungan di luar. rumahtangga berantakan. ahli keluarga yang tidak memahami situasi. salah menyalahkan sesama sendiri. 

menitis juga airmata melihatkan hal yang sebegini. peringatan untuk diri sendiri. sukar jumpa perempuan yang mahu berkongsi hati. 

okay. cerita salleh yaacob tak valid di sini. eceh!





p/s: kamu-kamu yang rajin membaca sini, terima kaseh. 
banyak-banyak.


.

Monday, January 14, 2013

13 DUA RIBU 13



.
.
.


entri flashback tahun lepas dan hari ini 13 haribulan januari.

punyalah bersemangat nak up entri pada hari ke-13 tahun baru 2013. sibuk sibuk sibuk. jumpa orang sana sini. lupa. terlepas sudah.

rata-rata orang dah bercerita perihal tahun baru. time flies so fast kan? tup tup dah masuk 2 minggu dah. phew!

lately aku sangat sibuk. sibuk dengan segala tempahan artwork. lukisan potret, hamper wrapping, kad-kad ucapan harijadi dan anniversary, juga masih dalam fasa pengumpulan material zine Ex-Boifren II.

2012 secara rumusannya adalah tahun yang memberikan banyak kenangan manis. paling bersejarah adalah perkahwinan sendiri. haha. banyak idea-idea ohsem yang terdetik dalam hati dapat direalisasi. jualan zine Ex-Boifren sangat memberansangkan. terima kaseh kepada yang menyokong. yay!

dan ya. harapan 2013, doaku untuk menimang junior dimakbulkan.

mari amin ramai-ramai.






AMIN.






teaser : slot Ali Anak Mak dalam Ex-Boifren II.


ehem!



 

 



 

Thursday, December 6, 2012

PERAHU KERTAS DAN CINTA (KAMI)


.
.

.


Maaf kalau aku begitu teruja dengan setiap chapter dalam novel Perahu Kertas. Sebabnya perjalanan hidup Keenan begitu dekat dengan aku. Bezanya dia diminta untuk menghabiskan sarjana ekonomi oleh ayahnya manakala aku menunaikan impian ayah untuk jadi seorang arkitek

Minat kami sama. Melukis. 

Sudahnya aku menghabiskan pagi ke petang ke pejabat menjadi seorang yang dicita-citakan ayah. Pulang kerja aku sambung melukis. Kerana minat. Dan aku tak pernah merasa penat. 

Ya. Melukis takkan bisa buatkan kau kaya. Banyak slot dalam filem yang menyampaikan mesej yang sama. Dalam filem Cinta misalnya. Bagaimana Dyan mengajak adiknya Dhani yang minat melukis untuk bekerja di firma akitek. Seolah-olah melukis di jalanan itu kerjaan yang tiada masa depan. Klise bukan?

Syukur. Aku ditemukan jodoh yang terbaik untuk diriku. Dulu pernah juga aku mencari calon yang punya minat lukis yang sama. Ya. Serupa Keenan dan Wanda. Minat yang sama tidak bermakna penyatuan hati yang sama.

Kugy dan Keenan umpama membawa aku ke dalam dunia cinta kami. Seorang penulis yang ditakdirkan berjumpa seorang pelukis. Sungguh sederhana. Cukup untuk saling melengkapi.

Kami juga membiarkan arus membawa kami hanyut dan berlabuh. 

Moga kami kuat hingga ke hujung nyawa.



...

Aku cuma ambil masa 10 minit untuk tulis entri ini
Aku sendiri taktahu apa sebenarnya yang aku nak sampaikan


"Karena hati tak perlu memilih
Ia selalu tahu kemana harus berlabuh"
- Dee, Perahu Kertas 







my artwork. love it!

xoxo



publish!


. 











Monday, December 3, 2012

PERAHU KERTAS DAN AKU



.
.
.


Kau suka art, dia suka art. Dia baca buku, kau tak suka buku. Kalau dua-dua kau suka atau salah satu dia suka kau tak suka, apa saja alasan, pokok pangkalnya hati.

Jadi tak perlulah kau setengah mati untuk cuba suka apa yang dia suka. Penting untuk jadi diri sendiri dalam setiap ikatan hubungan.
 

Dari situ kau akan belajar cara menerima.

Perlahan-lahan ikatan hubungan akan jadi kuat atas dasar memahami. Walaupun ada badai-badai menghambur yang cuba memisahkan ikatan kau.

Sebab? 

Kau tak akan pergi dari orang yang faham kau. 

Dan orang yang tak pernah faham 
akan terus mengadili diri kau.

Orang yang tak pernah faham ini
tak pernah cuba untuk faham.

Kerna dia cuma faham hati yang bersatu 
adalah hati-hati yang layak (di fikirannya) 
untuk bersatu.


Dia adalah manusia yang ketinggalan.


Dia bukan Tuhan.

...



Carilah orang yang tak perlu meminta apa-apa
tapi kamu mahu memberikan dia segala-galanya
- Dee, Perahu Kertas.

Dah tonton Perahu Kertas?
ehem! 


 

Wednesday, October 31, 2012