BERANI NAK IKUT??

Monday, October 25, 2010

ESKREM? BUKAN.

.
.
.
petang. baru pulang dari kelas. lelah. mengantok amat. biasa. tak cukup tidur tiap kali design presentation itu biasa. lapar. tapi kudrat dah tak ada. dalam kepala cuma mahu tidur. jam di tangan menunjukkan angka 16:01. solat dulu. zuhur. solat kombo. asar awal sekarang. tunggu asar sekejap. bimbang terus pengsan. maklum saja mengantok amat.

' KTING! KTING! '

sayup-sayup kedengaran bunyi loceng. aku terjaga. oh, sudah dekat magrib. tidur sesudah asar tak elok sebenarnya. apakan daya. memang dah tak larat sangat. perut lapar.

' KTING! KTING! '

ah ni mesti tak lain tak bukan orang jual eskrem! aku bingkas bangun. dapat eskrem cornetto best jugak ni. hati kecil berangan sendiri. imaginasi sudah membayangkan eskrem vanila coklat yang atasnya mewah ditabur kacang. sedap. sedap. senyum. harapan dah menggunung. syaitan berbisik, beli saja dua. kata lapar sangat. ya. ya. aku terpengaruh. aku nak beli dua. satu vanilla. satu stroberi. bila lapar, jadi tamak. rasa nak makan semua. itu biasa. hahaha.

' KTING! KTING! '

pantas aku membuka pintu rumah. menjenguk keluar. aku lihat kanan, kosong. tak ada orang. sunyi. aku toleh kiri.

' hai akak! '

hah. dia lagi. siapa? siapa lagi kalau bukan budak pempuan india tu. aku pun bersuara.

' hai. buat apa? '

' semayangla akak. akak sudah? '
.
.
.
huh. loceng dia rupanya.
.
.
.

kechiwa.
kau memang mainkan perasaan aku la..
aaaaaaaa!!!..LAPAR GILA!




Saturday, October 23, 2010

MOOD TAK BAIK

.
.
.
tengahari. aku balek umah kejap. maklumla umah dekat dengan opis.masa park keta, borak dengan jiran. kereta aku kena ketuk pulak kali ni.jadi topik kami berkisar [ouh ayat aku..dem!] kepada isu semasa di tempat tinggal. kereta kena calar tanpa sebab. lif diconteng. haih.

tunggu lif nak naik. lama. resah. beberapa kali jam tangan dijeling. lambatnya lif. cepatlah!!. geram. makin lama, ramai yang datang. sesak. serabut. bau macam-macam. itu biasa. haih. mengeluh lagi.

mood aku dah mula berubah.

lif sampai. jumpa anak jiran dalam tu. budak pempuan. india. darjah tiga. dengan uniform sekolah pinafor warna biru tua. dia pandang aku. senyum. aku balas. tapi kelat.

' akak tadi borak dengan jiran melayu depan tu yer? '

aku angguk.

' akak tadi naik apa? tumpang kereta mereka yer? '

ah. banyak pulak kau nak tanya. selalu aku peramah je, tapi hari ni mood aku tak baik. sepatah je aku jawab,

' tak '

' jadi akak naik apa? kereta sendiri yer? '

aaaaaa!!! apa lagi kau nak tanya ni?? getus aku dalam hati. lif berhenti setiap tingkat disebabkan satu lif je berfungsi. maka terasa lama sangat nak sampai ke tingkat umah aku.

' ak ah. kereta sendiri '

ting! tingkat 13. aku happy! dah sampai. aku keluar. budak tu pun keluar sama.

' akak! '

aaaaa!!! apa lagi?? aku pun menoleh.

' akak ni chantekla. babai! '
.
.
.
huh? apesal kau tak cakap dari awal tadi?
.
.
.


[kalo tak konfem aku dah belanje kau seploh eskrem ni!]
huahahahaha!!
.
.
.
.
eh ye ke?



Friday, October 22, 2010

BILA?

.
.




' anak-anak sedara dah besar,
mak longnye bila nak kawen? '
.
.
.
benci ah soalan tu!
.
.
.
nak kawen esok, boley?



Thursday, October 21, 2010

BAYAR HUTANG!


'
'
aku nak tunai janji menjawab tag
che mastora PICC.
hahaha.
YO YO CEKIDAUT!
.
.
.
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?
1303, 0966, 7013, 1105, 1506, 0910, 1207, 2803, 2301
.
2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit sendiri?
karipap 3 singgit untuk breakfast
.
3. Dimanakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema idaman anda?
yang simple-simple saja, garden wedding maybe.

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
windows explorer temporarily disabled. ;p
.
5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
hingga hujung nyawa.
.
6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
digital camera.
.
7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
kedai makan.
.
8. Apakah nama penuh anda?
Cik Boneka Vogue.
.
 9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra?
samarata. FLAT RATE.
.
 jap. jap. uiii aiii banyaknye soalan. rehat jap. kringgg!!!!
MAKAN LAKSA dulu!
.
.
.
.




emmmm...sedap bukan? ok. jom sambung!
.
10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
soalan x lengkap. markah bonus!
.
11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
tidak. inchek mesin.
.
12. Di manakah tempat yang betul-betul anda mahu pergi?
studio jalan ampas.
.
13. Pilih satu, peluk atau cium?
x boleh satu, berat sebelah! mahu 2 2! 
.
14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
dia chomel, hati baik tapi GARANG! 
.
15. 5 benda yang anda sayang sangat dalam hidup anda?
benda? 1303, jam tangan baby G, seluar jeans padini, koleksi duit lama, d3000.
.
16. 5 lagu yang anda suka dengar?
0. lagu2 yuna, zee avi, norah jones, mocca.
1. when u say nothing at all
2. put your records on
3. but i do love u
4. more than words
5. any seasonal song- for now suka love the way u lie
.
17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
1303. yg lepas? fine. tgh x ingat. skip!
.
18. 5 orang blogger yang anda mahu tag ?
1.  aloy  *walaupun aku yakin dia xkan jawab segala benda ni. hahaha.
2. annural
3. che muna
4. qistina
5. patung
.
19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag
seksi. hahahaha!
.
.
.
jawapan2 adalah berkonsepkan JANJI JAWAB. 
sekian. 
.
.




ni aku snap atas kapal hari tu.
chantek kan? chantek kan? 
hahaha. pastu sampai umah je lemau. 
org len kali atas kapal tido! 
bukan amek gambau! 
;p

Monday, October 18, 2010

DIALOG 3

.
.
' i kan kawan dengan u kan memang sabar banyakkkkkk sangat tau.
 u faham tak perasaan i sekarang? u dahla jauh. pastu asek sibuk je
manjang. abis tu i nak borak dengan sape? u tell me now. dahla henfon
u kena bar, abis tu i nak mesej2 dengan sape? menyampahla camni.
u ada pun serupa macam xde. nak kata xde tapi ada. baik takyah ada!
eh apa ni? u ingat i suka ke macam ni? 
orang lain hujung minggu gi tengok muvi,
i ni nak cakap fon dengan u pun susah! 
mase i tido u jaga, 
masa i jaga u tido, 
bistu how? 
ok. sekarang i nak tanya u.
i nak putus, u setuju tak? '
.
.
.
.
.
.
.
' TAK SETUJU '
.
.
.
'.......!!!'
.
.
.



' ceklat ni i beli nak bagi u tau x? sweet kan i? 
pastu u buat hal, i makan terus suma.
ok. i nak tanya u sekarang. 
u marah tak i makan ceklat nak bagi u ni? '
.
.
.
.