BERANI NAK IKUT??

Wednesday, November 3, 2010

PERASAAN PERASAN

.
.
.

....kalaulah doraemon boleh bagi pinjam, ye tak?








baik pinjam pintu masa!!
sikit punya jauh ke nak terbang???


shadap.



TIADA KATA

.
.
.
jitra banjir lagi. kejadian tahun 2005 berulang. tapi kali ini lebih dahsyat dari 5 tahun lepas. semasa blog ini ditulis, air di kawasan rumah aku sudah mencecah paras pinggang. aku mahu pulang segera tetapi dinasihatkan menunggu keadaan terkawal dan air surut kerana banyak jalan yang telah ditutup. tiada akses ke sana. itu lebih tepat. hati ini tidak tenang. memikirkan nasib keluarga di sana. 


mengimbau semula. kejadian pada tahun 2005 sangat menyayat hati. ketika itu aku berada di kuala lumpur. menghadiri mesyuarat klien-konsultan di jalan ipoh. ayah berada di bangkok atas urusan rasmi kerja. ibu menghadapi banjir itu bersama 2 adik lelaki. ibu dan adik-adik turut terpisah. akibat henfon adik yang mati baterinya. cemas. aku dihubungi ibu setiap setengah jam dalam perjalanan pulang aku ke sana. hati ibu mana yang tidak gusar apabila anak-anak hilang entah ke mana. aku terpaksa akur pulang dengan keretapi. kerana perkhidmatan bas dan kapal terbang hanya mampu sampai ke pulau pinang. perjalanan yang lama. kasihan ibu. cemas sendiri. hanya mampu merintih. ketika itu aku terasa cacat. hanya mampu mendengar tanpa boleh berbuat apa-apa. T_T"


tidak disangka peristiwa terjadi lagi. dan aku pula sudah bekerja di kuala lumpur. hanya mampu berhubung dengan ibu di talian telefon.


' mak ok tak ni? mak kat mana? abah? mucid? yon? depa kat mana? '

' mak kat sekolah. tidoq sini malam ni. abah dengan adik tidoq dalam kereta. depa nak tunggu ayaq surut '

' ada selimut tak? bantai [bantal] ada? '
.
.
.
.
.
.
.
' semua ada. mak lapaq la. mandi pun dak lagi. baju pun tak berganti. umah kita abisla arin. '






aku terdiam.
sejurus selepas itu air mata laju mengalir di pipi.





















dalam banyak-banyak gambar yang kawan-kawan
uplod di fesbuk, tiba-tiba kelihatan  ibu dan keretanya,
dalam proses keluar dari kawasan perumahan

sayu melihat itu

maaf aku emosi
T___T"




Tuesday, November 2, 2010

!!!

.
.
.
.
.
.

.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



jiwa kacau. umah kat jitra dah tenggelam paras peha.
mak, ayah dan adik tidur dalam kereta. 
kerja? tesis? T_T'
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!




NAK BALEK!!!








terus online tengok mana flight yg evelebel
tapi epot kepala batas pun tenggelam
how?





Monday, November 1, 2010

10/25

.
.
.
tengahari. patutnya lunch tapi perut masih kenyang. sarapan 3 jenis kueh cukuplah untuk alas perut. kerja sangat banyak. tak sempat siap yang satu, datang lagi tiga. tak sempat nak angkat telefon, 4-5 sms masuk. kontraktor. konsultan. klien. bos. haih. tangan cuma ada dua. kadang-kadang aku belasah saja menulis dengan tangan kiri tatkala menerima panggilan yang menggesa memo diambil dengan segera. selepas itu mula lah terkulat-kulat cuba menelaah apa yang ditulis. tulisan tangan kiri. faham sajalah. 

draf report tesis perlu sampai di utmjb pada 3.11.10. sempat ke nak siap? bukan senang nak senang. ye tak? amek tesis kelas separuh masa memang menuntut separuh nyawa. T_T"

kerja. site inspection. design. kelas. tesis. assignment. serabut bukan?

berehat sekejap. sambung yang ini. kali ini YANG PERNAH pula ya?

 jom!

6. pernah masuk studio recording untuk rekod suara kaset lagu-lagu muzik sekolah rendah. ingat lagi tak lagu AIS KACANG? ' ais kacang...ais...ais kacang.,bila cuaca panas dan rasa dahaga..singgah di gerai ais kacang di minta...' ') masa ni dibayar rm80. tak ada royalti. dulu, jumlah ini sangat banyak ok? maklum saja masa tu baru darjah 5! komposer masa ni ialah eddie hamid.

7. pernah patah tangan kiri masa latihan lumba lari 4X100m darjah 6. masa tu tengah bawak baton. undur sambil berlari laju tanpa menoleh lalu langgar pokok renek. jatuh dengan tragis. tangan yang tampung badan dulu. maka patahla tulangnya. 

8. pernah ditangkap 'fly' masa tingkatan 5. keluar sekolah semata-mata mahu ke 7 Eleven. beli slurpee. ya. ditampar guru disiplin, dipukul dengan raket badminton, didenda, dilucut segala jawatan dan paling kecewa digantung segala aktiviti juga tournament sukan yang disertai. aaaaaaaa!! sangat kejam! sampai ke hari ini, aku tak minum slurpee. T_T"

9. pernah jual henfon dan jam tangan untuk bayar ansuran kereta akibat pejabat mengalami masalah kewangan kritikal. dikala ini terasa rugi pula kerana tidak menyukai emas. kalau tak, mesti senang. boleh pajak. T_T"

10. pernah mengalami kemalangan kereta yang agak ngeri dan hampir meragut nyawa pada hari raya haji tahun lepas, tanggal 27.11.09. kejadian berlaku di gurun, kedah. akibatnya, tulang belakang mengalami 'slipdisc' dan perlu menjalani rawatan fisioterapi. ya. efeknya masih lagi terasa. sampai ke hari ini. 
.
.
.


HARGAILAH KEHIDUPAN SEBAIK MUNGKIN SELAGI NYAWA MASIH ADA.


















inilah keadaan kereta ayah yang dipandu aku.
ngeri bukan? 








Sunday, October 31, 2010

MUAK

.
.
.
ayam. ayam. ayam. 
dekat site kelantan, sarapan pagi ayam. makan tengahari, ayam. 
balek kuala lumpur, nasi ayam. beriani ayam. ayam penyet. nasi ayam dara kukus. aaaaaaaaa!!!!

hari ini hari stadi. fateha text:

' i nak tapau nasi ayam. makan kat opis '

aaaaaa!!! aku balas:

' takpe. i beli sendiri. takmau ayam '

pagi. hmm. tipu la. tengahari aku keluar. mula-mula pegi jual segala kertas-kertas dan majalah lama dekat tempat barang-barang recycle. pikul 3 plastik hitam. timbang. terbaca notis tulisan tangan di situ:

CUTI. 4-11 NOV 2010.

oh ye. deepavali. mereka semua menyambut perayaan ini. lepas semua selesai. kira. dapatla rm7. bagus. lepas duit makan tengahari. siapa saja-saja nak bagi rm7, ye tak? 

teruskan perjalanan. mahu cari ikan untuk makan tengahari. 
ikan. bukan ayam.


...

oh ye.
semalam aku berada di solaris dutamas untuk MIMPilem [klik sini]
bersama rakan-rakan yang paling best dalam dunia, tina dan mas.
tak lupa inchek rakan sekolah rendah saya, hafdzi sofi lizard.
untuk cerita lanjut bolehla baca --->KLIK SINI 
cuma aku sikit ralat sebab tak sempat tengok short film cinTa. '(
anyway,
terima kaseh kepada penganjur inchek --->ALOY dan pakatan paradoks.
aloy juga melancarkan soundtrack teaternya. memang GEMPAKS!
walaupun cuma 4 lagu tapi melodi, gitar akustik dan suara penyanyinya,
memang betul-betul membuai perasaan. haha. over nye? siyes. best!
siapa yang tak beli, RUGI. tak mahal pun. betul ni.
siapa lagi nak sokong perjuangan seni anak melayu?
orang arab? orang sweden? ngeh! cd maher zain bleh beli. 
takkan ini takleh?
ye tak?

kepada aloy,
semoga aktiviti-aktiviti sosial seni sebegini dapat diteruskan.
jangan serik.
.
.
.
jom!



















ayam?? 
aaaaaaaaaaaaaa!!!!