.
.
.
ini cerita semalam. semalam yang hangat?
hahaha. bukan-bukan. itu blog pakcik jank.
malam sebelum semalam. aku sangat
beriya rendam crocs dengan dynamo. sental.
sandar kat dinding. toskan air. bersih. waw!
hmmm. chantek. nampak baru. macam baru beli.
senyum sendiri. esoknya. iaitu semalam. hujan.
jalan pergi ke kereta. sampai depan guard.
ngam-ngam. tanpa sedar. tau-tau aku dah landing.
betul-betul bawah gate otomatik. cissss!
benda pertama yang otak tangkap.
'tulang belakang!'
'tulang belakang!'
fuh. nasib baik. tangan sempat jejak tanah.
momentum jatuh tu dapat dikurangkan.
selamba aku bangun.kesat-kesat tangan.
senyum dekat guard. hehehe. malu.
pandang crocs kat kaki. sayang.
baru sedar. dah 3 tahun dah pakai.
dah haus tapak. patutla dah licin.
best crocs ni. sedap pakai.
.
.
.
tengahari tu. korbankan lunch hour. pegi cari cobbler.
.
.
.
:)
sayang...