BERANI NAK IKUT??

Wednesday, September 14, 2011

RABU TANPA KATA

.


.
.






 


... 







rabu 1:43 pagi
14 september 2011 
bersamaan dengan 16 syawal 1432

hari ni raya enam. heh. belum lagi siang hati dah berangan nak makan beriyani kambing esok. biasalah. nama pun raya.






.


Monday, September 12, 2011

BERLALULAH SUDAH RAMADHAN


.

.
.




salam bersiaran!

sejak dua menjak ni mood nak menulis tak berapa nak ada. mungkin masih lagi dalam mood raya. heheh. minggu ni minggu rumah terbuka dan kenduri kawen ye dak? so macamana raya anda-anda semua? 

sedikit cerita tentang raya. aku memang takada baju raya tahun ni. malah tahun-tahun yang lepas pun takada. selalunya akan recycle saja baju-baju lama. bukan tak feeling raya cuma dah tua-tua ni semangat berhari raya tu dah berkurang. 








selalunya yang hepi dan meriah ialah kanak-kanak macam depa ni. heheh. ok. sebelum syawal melabuhkan tirai, aku nak ucaplah SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. aku mohon ampun & maaf atas segala khilaf. 0-0 ye? :)







kome dah start puasa 6 ?










.



Friday, August 19, 2011

NOSTALGIA BISKUT SAMPAN



.


.
.





dulu zaman kecik-kecik aku suka makan biskut ni. mak yang buat. sekarang ni zaman dah berubah. mak suka makan. giliran aku pulak yang buat. mak dah pandai order. heheh.


hmmm...cepat betul masa berlalu ye dak? 






.


Thursday, August 4, 2011

DUNIA MAKCIK FATIMOH (part 2)

.
.

.

' terbang nak! terbang! '

belum sempat aku capai kad pengenalan yang diunjur, anak mata terus dipaksa menyorot ke arah lontaran suara makcik. oh ya. makcik fatimoh. sempat aku baca namanya tadi. 

sekeping kertas putih. terbang. melayang. kelihatan makcik fatimoh bergegas mahu ke arah itu.

' nak kemana tu makcik? '

' nak ambil kertas tu. makcik dah tandatangan situ. dah macam akujanji '

' oh. makcik duduk sini. saya ambil. panas terik ni. nanti orang curi masuk toilet pula. ' 

makcik akur. bingkas aku bangun ke arah kertas mendarat. ok masuk dalam longkang yang agak dalam. dekat 2 kaki juga. (2 kaki = 600mm) 

' ada air tak nak? baik-baik! '

' keringla makcik! sekejap! sekejap! ok dah dapat '




TANDAS AWAM MASUK 30SEN. itulah kata-kata yang tertera pada kertas yang terbang tadi. aku senyum sendiri. di satu sudut bawah sebelah kanan ada tandatangan di situ. makcik oh makcik. ngomelku sendiri.

sebaik saja aku hulur, makcik terus melekatkan semula kertas itu di tempat asalnya. di dinding bahagian hadapan toilet.




' gam sekarang ni susah betul. susah nak lekat. macam budak-budak sekarang juga. susah nak ajar '

' gam tu tak salah sangat makcik. angin ha yang kuat. '

makcik kembali duduk. nampak tenang saja. tak dibalasnya sangkalan aku. setuju mungkin. 

' ni ha. cuba kau tengok. makcik lahir tahun berapa? '

461124...peh. tahun 1946. lebih kurang umur nenek aku. tapi makcik kelihatan kuat. dan sihat. banyak minum milo mungkin.

' makcik dah 65 tahun ni. tak perlu la kau nak congak beriya '

kehkeh. boleh tahan juga makcik ni. macam tau-tau saja aku tengah kira umur dia. 

' kau tengok ni eh. makcik mula pakai tudung masa umur dah nak masuk 40. orang dulu walaupun pegi sekolah pakai pinafor, pakai seluar pendek macam seksi-seksi menjolok mata tapi susah nak jumpa kes buang anak macam sekarang. kau ingat senang nak keluar deting zaman dulu? sekali kena cekup malu sekampung kau tau '

ujar makcik fatimoh sambil menunjukkan sekeping demi sekeping salinan kad pengenalan lama beserta beberapa gambar berukuran paspot. 

' macam sekarang ni orang nak cakap isu agama, kau alim tak alim nak ukur kat tudung yang dipakai. lebai ketayap songkok. tak ada gunanya. pokok pangkal hati kau baik nak. alim tak alim amalan kau. tu semua cerita kau dengan Tuhan '

aku diam. tak ada modal nak mencelah. bercakap soal tuntutan agama dan ukuran hati budi seseorang itu adalah dua perkara berbeza. itu pendapat aku. 

' hmmm. anak makcik berapa orang semua? '

aku cuba ubah topik. 

' makcik ni divorce nak. janda. anak sorang saja. lelaki '

' oh. maafla ya.'

pendek saja dari aku. bimbang tersentuh isu sensitif. 

' nasib baik sorang saja nak. sorang pun perangai pesen macam sebelas orang. dah kawin pun tiap-tiap bulan mintak duit dari makcik lagi. tak cukup katanya. '

makcik sambung lagi.

' syukurlah tiap-tiap bulan makcik dapat duit sumbangan dari kerajaan. boleh juga makcik kumpul-kumpul beli cincin emas. nanti makcik mati ada juga barang yang boleh anak makcik gadai. buat beli kain kapan. '

peh. panjang lebar. luahan yang padat. dari seorang insan bergelar ibu. ditinggalkan suami. dan pada umur 65 tahun masih lagi bekerja untuk menyara diri. bukan setakat diri sendiri malah masih menyara seorang anak lelaki. 

dah. fikirlah sendiri. tamat.



...

nasib setiap individu tak sama
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya


SALAM RAMADHAN 1432H buat semua


:)




.


Wednesday, July 27, 2011

DUNIA MAKCIK FATIMOH

.
.


.

perasaan yang tidak menahan membuatkan aku laju saja meredah pintu tersebut. pintu yang ditampal simbol bayang wanita memakai skirt. dalam kalut sempat aku melirik makcik berbaju kurung yang sedang duduk di tepi dinding. 

selesai urusan aku keluar setelah membetulkan sedikit selendang yang ala-ala di hadapan cermin. makcik berbaju kurung masih di situ. 

' tunggu siapa makcik? '

aku menyapa. makcik menoleh melihat aku berdiri di situ. dia senyum.

' tak tunggu siapa-siapa. makcik jaga toilet ni nak '

peh. macamana pulak aku boleh tak perasan. pantas aku keluarkan syiling 30sen. bayar. makcik ni pulak selamba tak mintak aku duit masa aku masuk tadi. masalahnya masa aku keluar pun dia selamba juga. 

' tunggu siapa nak? '

giliran makcik bertanya. sambil tangan pantas menarik kerusi plastik. mempelawa aku duduk.



' tunggu kawan makcik '

aku jawab sambil perlahan duduk. makcik pandang aku. senyum lagi.

' anak ni nama siapa? '

ah. dah mula. dah mula. sesi bual bicara. belum sempat aku jawab, makcik sambung lagi.

' budak-budak sekarang ni makcik tengok dah mula macam-macam. dari kecik sampai besar mak bapak bagi makan dengan duit kerajaan. bila dah besar nak lawan kerajaan. bersih konon '

wah. senafas. takda ruang aku nak mencelah. makcik bercakap sambil tangan meraba sesuatu dalam beg tangan.

' cuba kau tengok makcik lahir tahun berapa? '

makcik tanya sambil hulur kad pengenalan dia kat aku.





bersambung...



.
.
.




terima kaseh yang tak terhingga atas pemberian ini
semoga murahlah rezeki pemberinya iaitu inchek BUJAL 




:)




jom? 



.