aku sering terbaca kisah-kisah kecewa. kisah-kisah manusia yang selalu merungut tentang kehidupan. rata-rata juga tak kurang membentengkan kekurangan diri dengan berkata dusta. sanggup mengadakan yang tiada. sembang hangit orang kedah kata.
kerana apa?
kerana rasa inferior dalam diri. ya. perasaan kekurangan yang terlampau. tak seronok jadi diri sendiri. tetapi suka dengan kehidupan orang lain.
'alangkah bagusnya kalau aku jadi macam si A. hidup senang. rumah besar. kereta mewah'.
'kan best kalau dapat kahwin lelaki hensem, kaya, kuat agama'
'si B dah buat masters. tak lama lagi nak sambung PHD. hebatnya. kan bagus kalau aku macam dia?'
kan? belajarlah bersyukur dengan pemberianNya. kerana setiap yang ditentukan untuk kita adalah yang terbaik seadanya. bayangkan kalau hidup ni kita boleh dapat dengan mudah apa saja yang dicita? cakap saja, petik jari, dapat. sebut saja, tringgg..terus jadi. memang rasa macam best, tapi banyak momento berharga yang akan hilang. perasaan teruja untuk mendapatkan sesuatu akan terus lenyap. pastinya, sentimental value langsung padam. kelam.
apa hidup ini masih memberi erti jika semua yang dihajat mudah didapati?
ah. lamanya tak apdet blog ni. ada idea, tiada kelapangan masa. ada masa, tiada pula idea. begitulah. dari hari ke hari.
menyelusuri hari-hari sebagai seorang isteri membuka lembaran baru dalam setiap helaian nota kehidupan. mudah tidak mudah. payah tidak juga payah. hadirnya ramadhan juga memberi pengalaman berbeza. semestinya. paling tidak, rutin acara berbuka puasa bersama rakan-rakan semasa hidup single dapat diteruskan pada tahun ini. malah lebih meriah. lebih istimewa. syukur.
dikesempatan yang masih bersisa ini, aku ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala silap kata sepanjang pertemuan kita di sini. semoga syawal tahun ini disambut gembira seisi keluarga. hoyeh! oh ya. terima kaseh aku ucapkan kepada suami kerana bagi duit raya. yeay!
Sebaik
masuk ke biliknya punggung dilabuhkan atas kerusi kulit empuk berwarna hitam. Disandarkan
tubuhnya ke kusyen sambil menghela nafas. Melepas lelah akibat terpaksa
memanjat tangga ke tingkat 8 pejabatnya. Lif rosak. Ada 4 lif. Kesemuanya under maintenance. Babi! Penghawa dingin yang selalunya sejuk beku
terasa seperti kipas yang diimport dari neraka.
Teringat
masa mula-mula mahu beli pejabat, Arman berebut dengan seorang businessman cina kerana mahukan pejabat
bernombor lapan di tingkat 8. Mereka bida-membida harga. Akhirnya lelaki cina
itu tewas setelah Arman memberi wang kopi kepada agen pemilik bangunan dan
menyogoknya servis from head to toe
secara percuma dan first class. Lelaki mana yang tidak tewas dengan
perempuan cantik?
‘Mimie! Masuk!’
Interkom
ditekan selepas beberapa fail dibelek.
Tiada
jawapan.
Interkom ditekan lagi.
‘Pora, kau
pergi check mana Mimie. Ada kat
tandas ke mengular ke apa. I want to see her, NOW!’
Gagang
diletak sebelum sempat Pora menjawab. Terkocoh-kocoh Pora menyembunyikan katalog
Avon dalam laci. Tindakan refleks. Arman
cuma interkom bukannya dia nampak pun. Seperti juga perbuatan mengangguk
dan menggeleng kepala ketika ditanya ya atau tidak di talian. Ataupun tindakan
menundukkan kepala ketika memandu masuk ke bawah jambatan yang rendah.
Pora, atau
nama sebenarnya Wan Safura Wan Salleh telah lama bekerja di situ. Seorang yang
cekap menjawab hampir setiap soalan di talian juga bijak menangkis panggilan
dari orang-orang tertentu bagi pihak Arman. Kelebihan itu menjadikannya staf
yang paling kurang mendapat maki dan sumpah seranah Arman. Paling kurang bukan tak pernah. Dia antara admin yang masih kekal
berkhidmat berbanding staf-staf admin lain yang mudah-mudah saja dipecat oleh
Arman. Lepas seorang, seorang. Tanpa belas. Ikut mood gila Arman. Kadang-kadang
kesalahan yang dilakukan cuma kesalahan mengeja pada deraf surat.
‘Apa kau
ingat aku kat sini nak tolong spell-check
kau punya ejaan?? Berambus! Lepas lunch
aku takmau tengok muka kau kat pejabat aku! Sia-sia aku bayar gaji. Sia-sia kau
pergi sekolah. Elok kau mampus!’
Hambur
Arman sebelum menghempaskan fail beserta deraf surat ke atas meja Wanda, kerani
ke-empat yang dipecat dalam masa 2 bulan. Semua mata tertumpu ke arah Wanda
yang terkebil-kebil berdiri tak tahu nak buat apa. Panik. Malu. Pasti itu yang
dirasa kerana dimarah secara membuta-tuli di hadapan staf-staf yang lain.
Walaupun itu fenomena biasa di situ, ia pasti meninggalkan calar bagi seorang
staf yang baru berkhidmat selama 6 hari seperti Wanda.
Pora
berbangga dengan imunitinya di situ. Dia bercerita dengan staf yang lain
mengatakan Arman sering memuji kecekapannya bekerja. Nyata, Arman tidak pernah
berbuat demikian. Nyata juga, tidak ada staf yang percayakan ceritanya. Tipikal.
Admin yang baik dengan bos pasti merasakan seolah-olah sebahagian syer syarikat
adalah miliknya.
Baru
sahaja Pora berdiri di hadapan pintu bilik Arman untuk memberitahu perihal
Mimie, kedengaran dengan jelas suara Arman dari dalam,
‘Tak payah.
Aku dah baca surat dia. Kau kol dia sekarang!’
‘Tapi
bos…’
‘Tapi-tapi
apanya? I said, se-ka-rang!’
Pora
bergegas kembali ke tempat duduk. Gagang diangkat dan nombor telefon bimbit
Mimie didail. Jam di tangan menunjukkan pukul 4 petang. Panggilan tidak
dijawab. Pora mencuba lagi. Juga tidak dijawab. Dia tahu ini akan berlaku.
Mimie pasti tak akan jawab panggilan daripada pejabat memandangkan dia berhenti
secara mengejut mengambil kesempatan semasa Arman berurusan di luar negara.
…
2 missed
call.
Kamon, give me four, five, six! Mimie menekan butang silent dan membiarkan sahaja telefon bimbitnya terus-terusan
bergetar. Tiba-tiba ada sms masuk. Dari nombor Arman.