BERANI NAK IKUT??

Friday, August 19, 2011

NOSTALGIA BISKUT SAMPAN



.


.
.





dulu zaman kecik-kecik aku suka makan biskut ni. mak yang buat. sekarang ni zaman dah berubah. mak suka makan. giliran aku pulak yang buat. mak dah pandai order. heheh.


hmmm...cepat betul masa berlalu ye dak? 






.


Thursday, August 4, 2011

DUNIA MAKCIK FATIMOH (part 2)

.
.

.

' terbang nak! terbang! '

belum sempat aku capai kad pengenalan yang diunjur, anak mata terus dipaksa menyorot ke arah lontaran suara makcik. oh ya. makcik fatimoh. sempat aku baca namanya tadi. 

sekeping kertas putih. terbang. melayang. kelihatan makcik fatimoh bergegas mahu ke arah itu.

' nak kemana tu makcik? '

' nak ambil kertas tu. makcik dah tandatangan situ. dah macam akujanji '

' oh. makcik duduk sini. saya ambil. panas terik ni. nanti orang curi masuk toilet pula. ' 

makcik akur. bingkas aku bangun ke arah kertas mendarat. ok masuk dalam longkang yang agak dalam. dekat 2 kaki juga. (2 kaki = 600mm) 

' ada air tak nak? baik-baik! '

' keringla makcik! sekejap! sekejap! ok dah dapat '




TANDAS AWAM MASUK 30SEN. itulah kata-kata yang tertera pada kertas yang terbang tadi. aku senyum sendiri. di satu sudut bawah sebelah kanan ada tandatangan di situ. makcik oh makcik. ngomelku sendiri.

sebaik saja aku hulur, makcik terus melekatkan semula kertas itu di tempat asalnya. di dinding bahagian hadapan toilet.




' gam sekarang ni susah betul. susah nak lekat. macam budak-budak sekarang juga. susah nak ajar '

' gam tu tak salah sangat makcik. angin ha yang kuat. '

makcik kembali duduk. nampak tenang saja. tak dibalasnya sangkalan aku. setuju mungkin. 

' ni ha. cuba kau tengok. makcik lahir tahun berapa? '

461124...peh. tahun 1946. lebih kurang umur nenek aku. tapi makcik kelihatan kuat. dan sihat. banyak minum milo mungkin.

' makcik dah 65 tahun ni. tak perlu la kau nak congak beriya '

kehkeh. boleh tahan juga makcik ni. macam tau-tau saja aku tengah kira umur dia. 

' kau tengok ni eh. makcik mula pakai tudung masa umur dah nak masuk 40. orang dulu walaupun pegi sekolah pakai pinafor, pakai seluar pendek macam seksi-seksi menjolok mata tapi susah nak jumpa kes buang anak macam sekarang. kau ingat senang nak keluar deting zaman dulu? sekali kena cekup malu sekampung kau tau '

ujar makcik fatimoh sambil menunjukkan sekeping demi sekeping salinan kad pengenalan lama beserta beberapa gambar berukuran paspot. 

' macam sekarang ni orang nak cakap isu agama, kau alim tak alim nak ukur kat tudung yang dipakai. lebai ketayap songkok. tak ada gunanya. pokok pangkal hati kau baik nak. alim tak alim amalan kau. tu semua cerita kau dengan Tuhan '

aku diam. tak ada modal nak mencelah. bercakap soal tuntutan agama dan ukuran hati budi seseorang itu adalah dua perkara berbeza. itu pendapat aku. 

' hmmm. anak makcik berapa orang semua? '

aku cuba ubah topik. 

' makcik ni divorce nak. janda. anak sorang saja. lelaki '

' oh. maafla ya.'

pendek saja dari aku. bimbang tersentuh isu sensitif. 

' nasib baik sorang saja nak. sorang pun perangai pesen macam sebelas orang. dah kawin pun tiap-tiap bulan mintak duit dari makcik lagi. tak cukup katanya. '

makcik sambung lagi.

' syukurlah tiap-tiap bulan makcik dapat duit sumbangan dari kerajaan. boleh juga makcik kumpul-kumpul beli cincin emas. nanti makcik mati ada juga barang yang boleh anak makcik gadai. buat beli kain kapan. '

peh. panjang lebar. luahan yang padat. dari seorang insan bergelar ibu. ditinggalkan suami. dan pada umur 65 tahun masih lagi bekerja untuk menyara diri. bukan setakat diri sendiri malah masih menyara seorang anak lelaki. 

dah. fikirlah sendiri. tamat.



...

nasib setiap individu tak sama
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya


SALAM RAMADHAN 1432H buat semua


:)




.


Wednesday, July 27, 2011

DUNIA MAKCIK FATIMOH

.
.


.

perasaan yang tidak menahan membuatkan aku laju saja meredah pintu tersebut. pintu yang ditampal simbol bayang wanita memakai skirt. dalam kalut sempat aku melirik makcik berbaju kurung yang sedang duduk di tepi dinding. 

selesai urusan aku keluar setelah membetulkan sedikit selendang yang ala-ala di hadapan cermin. makcik berbaju kurung masih di situ. 

' tunggu siapa makcik? '

aku menyapa. makcik menoleh melihat aku berdiri di situ. dia senyum.

' tak tunggu siapa-siapa. makcik jaga toilet ni nak '

peh. macamana pulak aku boleh tak perasan. pantas aku keluarkan syiling 30sen. bayar. makcik ni pulak selamba tak mintak aku duit masa aku masuk tadi. masalahnya masa aku keluar pun dia selamba juga. 

' tunggu siapa nak? '

giliran makcik bertanya. sambil tangan pantas menarik kerusi plastik. mempelawa aku duduk.



' tunggu kawan makcik '

aku jawab sambil perlahan duduk. makcik pandang aku. senyum lagi.

' anak ni nama siapa? '

ah. dah mula. dah mula. sesi bual bicara. belum sempat aku jawab, makcik sambung lagi.

' budak-budak sekarang ni makcik tengok dah mula macam-macam. dari kecik sampai besar mak bapak bagi makan dengan duit kerajaan. bila dah besar nak lawan kerajaan. bersih konon '

wah. senafas. takda ruang aku nak mencelah. makcik bercakap sambil tangan meraba sesuatu dalam beg tangan.

' cuba kau tengok makcik lahir tahun berapa? '

makcik tanya sambil hulur kad pengenalan dia kat aku.





bersambung...



.
.
.




terima kaseh yang tak terhingga atas pemberian ini
semoga murahlah rezeki pemberinya iaitu inchek BUJAL 




:)




jom? 



. 

 

Thursday, June 16, 2011

GARANG TAPI GOYANG

.
.
.


hai. sedikit cerita yang tak ada motif ingin dikongsi. heh. cerita kerja. dunia pekerjaan aku dikelilingi lelaki. pergi meeting. mesyuarat tapak. inspection bangunan. rata-rata manusia keliling semuanya lelaki. ok. intro yang bosan.

untuk itu aku perlu menjadi wanita yang garang. walaupun aku tahu jiwa aku bukanlah seperti itu. baiklah. cukup. ceritanya bermula begini.

aku sedang handle 2 projek fast-track. sebut saja fast, semua benda mesti nak kena fast. decision making kena cepat. satu di johor. satu di pahang nun. 

pada suatu hari aku telah menerima satu panggilan telefon. dari seorang kontraktor di johor yang telah gagal meet dateline. ah. bahasa rojak. sori. 

tutttt...tuttttt...telefon bimbitku berbunyi. kehkeh. aku pun angkat.

aku: helo. assalamualaikum.

mus: helo rin. waalaikumsalam. aku tak sempatla nak hantar sample tu hari ni. aku demam ni. 2-3 hari lagi boleh tak?

aku: kau ni mus. asal dateline je kau demamla. nenek kawen la. bini mengandung la. mende? dari last week delay ni. (suara tegas)

mus: seriyes aku demam ni. 

aku: mintak sesapa yang boleh hantar, hantar segera. kalau tak aku akan isu surat komplen. kontraktor tak perform, cc kat client. 

mus: yelah. aku try. (suara down)

seminggu berlalu. wakil kontraktor datang opis. hantar sample tu. din yang datang. bukan mus. aku pun tanya.

aku: eh, kau yang datang din? mana mus?

din: mus masuk wad. dekat 4-5 hari jugak. saspek virus dalam darah. hari ni pun dia tak masuk keja lagi.

peh. dengan segera aku rasa bersalah. bersalah marah dia tuhari. lepas din balik, aku kol mus.

aku: weh mus. ko ok tak ni? sampai masuk wad ke?? ingatkan kau demam sikit-sikit. rupanya banyak-banyak?

mus: aku tau kau sayang kat aku rin. cuba kau terus terang je.

ceh. dengan segera juga aku menyesal kol dia. sekian. tamat.




...














sibuk sebenarnya dok kelepet bunga ni hari-hari
nampak macam senang tapi tak senang tahu?

*err, cik rahimah oi
ini lew bunga nyeeee!!





.

Thursday, June 9, 2011

Edisi Monolog: PERNAH SUATU MASA


.
.
.


pernah suatu masa aku agungkan lelaki putih dan tinggi. dapat. bercinta. sekejap. 7 tahun. putus.
 
pernah suatu masa aku agungkan lelaki hensem dan gagah. dapat. bercinta. sekejap. 5 tahun. putus.

pernah suatu masa aku agungkan lelaki pandai masak. dapat. bercinta. sekejap. setengah tahun. putus.
 
pernah suatu masa aku agungkan lelaki pandai main gitar. dapat. bercinta. sekejap. empat bulan. putus.

hinggakan pernah suatu masa aku sudah tak tahu apa yang aku mahu. kerana setiap angan yang aku cipta berakhir dengan kecewa.

pernah suatu masa aku rasakan Tuhan terus bertanya, apa lagi yang kau mahu dan apa lagi yang aku tak tunaikan? katakan. 

ya. semua yang aku mahu aku pernah dapat. tapi ianya tidak kekal. cuma sekejap. singgah sebentar sahaja.

sampai masa aku lelah. menung sendiri. benar kata ayat ini. kadang kadang apa yang kita fikir bagus untuk kita tapi sebenarnya ia tidak. sesungguhnya Allah lebih tahu.



...


aku lupa
lupa untuk minta seorang yang baik hatinya

:)


hmmmm
sekali sekala bermonolog
soal jodoh itu rahsia Allah bukan?

pernah juga suatu masa seseorang pernah berkata,
'kalau ditakdirkan tak ada jodoh sampai ke tua pun tak apa
janji kau hepi ayen'

walaupun aku tak setuju tapi aku diam saja
setiap kita dilahirkan berpasang pasang
aku percaya itu


...


hey kamu yang membaca
aku tak punya banyak masa mahu balas komen
sabar ya?



jom!



.