BUZZ!!!
' fateh hari ni tak payah stay up la eh..jom temankan kite
pegi shopping barang dapur kat carrefour !
shopping-theraphy!! '
fateh pun BUZZ!!
' ok. lepas keje kite gerak lor..kite nak beli ikan '
ikan??
haih..pelik juge minah ni nak beli ikan kan..tapi aku nye
perangai, curious cemanapun jarang aku nak bertanya..
( ini kes-kes yang tidak penting la ) unless dia yang cerita..
malas aku nak kepoh..suke dia la nak beli ape..janji dia
temankan aku..sudeh..itu yang penting..gheee~~ =)
hari ni aku memang sangat tak larat..badan rasa tak sedap..
pagi tadi bangun pun asek dok pikir..nak keja ke, nak mc..
tapi bila pikir hari ni hari isnin..pastu kerja pun macam banyak
je nak kena settle..nak tak nak..pegi jugela..tapi dengan keadaan
yang sangat lemau..wuwuwu... T__________T "
( perghhh..ni flash back ke ape ni? bukan tengah citer pasal ikan ke? )
ok dah..sambong..(iklan rupanya tadi tu)..janji nak jumpa fateh stret
dekat carrefour..ha..nak beli apa? tatau! ahaha..selalunya aku akan
buat list..tapi kali ni macam malas..(lemau kan? so sangat malas!!)
sudahnya..GRAB AND GO! haih..naseb baik belom gaji..kalau tak,
mau satu carrefour tu rase nak beli..ouh no..i sangat kedekut plis!
ha..aku suke pegi beli ikan dekat sini sebab
ikan-ikan dia ada 'nametag' ! kat sini la aku belajar
nama-nama ikan..ahaha..jangan kau tatau..dulu aku
cuma kenal ikan kembong, ikan keli, ikan jaket, ikan jaws..
eheh..sekarang dah up sket..ikan talapia merah (L) dan
juge ikan talapia hitam pun dah tau dah..ha..nak gelak la tu..
helo? (L) tu aku tau la saiz dia ok?? ahaha..gotcha! =P
tau tak ape nama ikan ni? sumpah aku tatau..ha..
yang ni takde nametag plis! not my fault..gheeee~
fateh cakap ni ikan sebelah..ouh aku dengan selambe
cakap..eh bukan kot..ikan sebelah kite kenal! boleh plak
men teka nama ikan kat situ kan? pastu fateh cakap,
' yela..ikan sebelah la ni..cuba tengok mata dia dua-dua sini! '
eh yeke? ahaha..aku ingat ikan ni juling! ahaha..dem!
hehe..snap yang tak berjaya..mata yang lebam je nampak!
fateh happy dengan ketam-ketamnye..hmmm...
ketam ialah sejenis haiwan yang aku tak makan..
bukan tak suke..bukan alergi..tapi rasa tak berbaloi..
pulak? yela..kulit kemain tebal..beli mahal..isi ciput!!
( ha..kan betol aku ni kedekut?? ) sebenarnya malas..tuje.. =)
ha..yang ni sangat seprais ok?? aku pun tak sangka..
aku amek sotong dekat 5-6 ekor camtu..pastu pegila
timbang..eh? 0.06 sen?? biar betol! equal to sekor = 1sen!!
haih..seronok giller!! orang yang kedekot pastinya sangat suka!
hmm..dipendekkan cerite..aku membeli 11 barang dengan harga
semua sekali ialah RM 32.44 sen..murah tak? murah tak? nak tau
apa yang aku beli? aku beli ikan merah sepotong, ikan jenahak,
sotong, halia, bawang besar, bawang puteh, sos cili, sosej ayamas,
kitkat (ini wajib!), roti gardenia (dekat semenanjung je ada ni) dan telur.
so esok pagi nak buat omellette (macam salah je eja ni) dan
nak goreng sosej makan dengan roti..bersemangat ni!
dah muak pulak makan breakfast yang sama tiap-tiap pagi..
asek kuih, bihun goreng, kuih, bihun goreng..rotate..itu je la..
nak goreng sosej makan dengan roti..bersemangat ni!
dah muak pulak makan breakfast yang sama tiap-tiap pagi..
asek kuih, bihun goreng, kuih, bihun goreng..rotate..itu je la..
kena tido sekarang..esok nak bangun super-awal..nak masak! gheeee~
eh jap..nak promote..
oleh itu anda semua sila lah berkunjung ke mana-mana cawangan
carrefour yang berdekatan kerana harga yang ditawarkan adalah
sangat berpatutan..pasti memenuhi citarasa anda sekeluarga! =)
eheh..boleh? manager carrefour sila bayar i plis ! i promote ni..
ok..boleh saya tido sekarang?
' DON'T CRY BECAUSE IT'S OVER
SMILE BECAUSE IT HAPPENED '
=)
' DON'T CRY BECAUSE IT'S OVER
SMILE BECAUSE IT HAPPENED '
=)