.
.
'nakal jugak awak ni'
...
1998
tingkatan 5. zaman senior. biasalah rules ni dah tak berapa nak follow dah. ponteng kelas prep petang tu dah jadi biasa. bukan apa pun. malas nak pi kelas je. nak kena pakai baju kurung bagai. padahal suruh stadi. kenapa nak kena pakai pakaian lengkap? baju kurung pulak tu. leceh betei.
dekat dorm pun boleh stadi. lagi rileks pakai tshirt dengan seluar track je ye dak? nak dijadikan cerita pada suatu hari aku ponteng prep. lepak dalam dorm. baring baring atas katil. nak kata stadi tu tak juga. tah apa yang aku buat pun taktahu asalkan seronok dapat ponteng. rebel. biasalah. remaja.
dalam dok sedap berangan tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki dari jauh. haih. kalau dah buat salah, cepat je melompat! berderau juga darah. intai kat tingkap nampak segerombolan pengawas. spot-check!
ah. bukan tak pernah kena tangkap. banyak kali kot. tapi takkan nak serah diri kan? alang alang menyeluk pekasam kata orang. maka dengan itu aku terus masuk sembunyi dalam loker besi. loker baju. baik punya port. panas dan gelap. kedap udara. berpeluh-peluh tunggu pengawas habis ronda.
tapak kaki kedengaran makin jelas. jantung berdebar. dupdapdupdap. dalam hati berdoa. janganla kena. janganla kena. ya Allah ya Tuhanku, bagila aku lepas kali ni. tobat, lain kali aku tak buat lagi dah. macam tula selalu.
tiba tiba dengar tapak kaki betul betul berhenti depan loker aku. habis! rasa macam darah berhenti mengalir pun ada. gedegung gedegang pintu loker cuba dibuka. oh. tidak!!
krekkkkk. aku pasrah. sebaik pintu dibuka aku pun pandang. mata bertentang mata. pengawas tingkatan 4. junior aku. yazmin nama dia. bila dia tengok aku, dia terperanjat. tapi lepas tu dia tutup balik loker. aku dengar tapak kaki makin jauh. aik? apsal tak tangkap? aku pulak yang musykil.
tak lama lepas tu aku keluar. yakin semua dah beredar. jumpa nota atas katil.
'k azreen, lain kali jangan ponteng prep'.
hahaha. aku rasa aku tahu kenapa dia tak tangkap aku. sebab aku senior kadet. dan dia junior kadet. tak sampai hati agaknya. kalau aku kena hadap warden, lepas tu dia pulak kena hadap aku. mana satu kau nak?
...
2010
cikgu disiplin ada add aku kat fesbuk
dia tinggalkan nota kat inbox
aku tanya dia ingat aku lagi ke?
'kalau hok yang nakal-nakal insyaAllah semua saya ingat'
HAHAHA
.
61 comments:
takde sorang pun cikgu yang tau nama aku (tapi tau nama bapak pulak!), jadi tak payah sibuk2 cari cikgu2 dalam fesbuk ni. nasib baik aku pelajar pasif dalam kelas, tunggu time sejarah semata2 nak tido, kecuali LK. lu orang jangan nak try gua dengan itu subjek, buruk padahnya. sekian.
bila dapat ponteng memang macam heaven.tapi bila kantoi terus menikus.tapi nasib baik aku selalu terselamat.
cilakak, kau mengingatkan aku pasal bibir aku yang pernah berdarah dulu kena tempeleng dengan warden cibai sebab ponteng aktiviti surau.
dulu hok nakal cikgu ingat .....
hahaha lucu je kn..kihkihkih.. xde pengalaman prep ke prop ke sbb x duk skolah asrama ahaks
ekhem..
dannn..nakalnya sampai ke hari ini bukan.haha!
yang hok nakal-nakal nih yang bez nak ingat pun.. :)
hahhaha
sanggup tu dok dlm loker!
tapi, apa yg buat dia tarik jugak pintu loker tu ek? semua loker dia bukak ker?
awak!!!!!!
hehehe.....
notty ye.....
^ ^
aku jarang diingati oleh cikgu-cikgu.
*depressed
mungkin aku kena jadi rebel juga.
okay aku akan mula dengan pakai singlet jaring-jaring ke kelas.
tak pe.
nakal je.
bukan jahat.
ye dak?
:)
.
cikgu2 sekolah iols tak ingat iols pun :nangis:
mesti iols student yg baik kan???
hak hak hak
macam saya.
muka innocent.
tapi nakal masyaAllah!
hehee..nostalgia bace..
ambo x yah gi prep, sebab ambo penghuluwati kat aspuri.. =)
hahaha!
salam perkenalan dari blog uncle gedek!
amboi nakalnya dia..heheee
gile nakal gile ko..? terbaik.. senakal2 aku pun, xde r buat sampai macam tu skali.. hehe..
Yazmin tu serba salah...kalau kantoikan, memang nahas kena masa kadet kan...hahahhaa
Cool gila cikgu displin nak add kat FB !! :P
hihhi. dulu kat skola kami ada ampaian berhantu. lari dari warden punya pasai, kat ampaian berhantu pun jadi..... mampuih pi hantu ka apa.
janji pungkoq selamat tak kena sebat. haha
kalau jumpa balik cikgu2 sekolah, ramai budak2 akan cari ketuawarden/cikgu disiplin dulu dari pengetua kan...cikgu kelas orang nombor dua..
sketch keratan rentas tu ohsem!
(kamu klakar, siot)
banyak yang nakal ya
cikgu senang kenal ahkak, sebab nama ahkak wanita. ngeeeee :)
salam kenal dik!! :)
testing testing unnek lennek
hahahha..mmg nakal!
Pandaila azreen melukis...cemburu ah.sbb sy minat lukis tp xpandai lukis. :(
bile baca entry ni teringt zaman skolah dlu ponteng prep jugak. nyorok dlm locker. kehkeh :p same la kite
saya dulu pon selalu ponteng prep.. tapi menyorok bawah katil
azreen...kelakar la akak baca cite kamu ni dek, mmg kamu nakal dek, heeee~
haha. aku mula wonder kenapa cikgu ingat aku. sebab nakal jugak ke??? oh no!!!
naughty tapi pandai takpa! :-)
SM,
aku pun x cari cikgu2 kat fesbuk
oh. pembetulan ayat.
cikgu yg aku cari x ada fesbuk
kalau nak tido, aku prefer terus balek tido kat dorm.
kahkah!
BEAUTIFUL ROSE,
bagus.
sentiasa terselamat maksudnya kau licik!
(tp sesekali kena tangkap pun kewl juge. :D)
SM,
peh. bibir berdarah! style~
qiamullail pukul 4pg paling liat utk aku hadiri. dulu la. DULU.
CHIK ATT,
kan? terharu juga sbb diingati!
:D
CIK CAMMY LIA,
ah. rugi. rugi.
GHOST,
sebenarnya bukan nak ingat sgt
cuma mungkin PAYAH NAK LUPA!
ekhem!
:)
Dr HANIE,
haaa. tau xpe!
dia bukak satu-satu
dan loker saya 2nd last dia bukak
(nmpk sgt tmpt persembunyian adalah boleh dikesan!)
Cik RAHIMAH,
hai awak!!
:D
sikit sikit takpe
saja nak bagi cikgu ingat
hahaha
JUNO,
kahkah
tak perlu nak depressed sgtlah
pakai singlet jaring jaring tu
dah rupe salman khan la pulak!
LOL~
TASEK M,
nakal mungkin disebabkan haiper.
mungkinla.
saja nak cari alasan!
:D
MILO AIS,
hakhakhak
takpe!! takde maknenye pun kalau ingat sebab nakal niiiiiiiiiii!!
TUPAIMERAH,
gua teringin nak tengok muka lu
uploadla gambar, amacam?
berani?
FATINMRAZ,
peh
aku paling anti pengawas sekolah!
hahaha
MAS SAARI,
hai!
salam kenal
*peluk cium*
terima kaseh ye dtg sini
:)
ZUL FATTAH,
hai zul.
kan? nakal betei.
pi rotan dia pi.
haha
DADDY ZIYYAD,
tula. sbb masa dia bukak loker,
dgn muka terkejut, lama juga dia tgk sy. mgkin tgh fikir. HAHA.
p/s: cikgu disiplin tu ialah coach bola tampar sy! :D
NUB,
peh. ampaian berhantu menda kalau korang lagi hantu dari hantu ye dak?
hahaha
PEMBARIS,
mcmana cikgu ingt murid yg nakal
mcm tu jugakla murid2 pun
aku ingat cikgu yg paling aku benci je
HAHAHA
UNCLE GEDEK,
wah. dah terel pakai ayat ohsem skrg!
haha
(kawan-kawan sy suma ckp uncle yg kelakar. ke diorg yg lgsg xde sense of humor? eh.)
DELAROCHA,
kan dh ckp x banyak
SIKIT-SIKIT je!
WANITA,
peh. style nama ahkak!
ye betol. kdg2 nama-nama special pun chegu akan ingat!
hai ahkak. tima kaseh dtg sini ya!
NUB,
waklu. komen kau suma masuk SPAM la der!
hahaha
kak AZIRA,
inila kenangan namenya kak!
:D
seni ni luas kak
x semua perlu yg cantik
akak lukisss je!! jadikan masterpiece!
EZAN IDMA,
hai ezan.
yay! ada geng!!
hahaha
ARAI LEKIR,
nyorok bawah katil tu agak kewl juge tu
aku baru terpikir napa dulu x nyorok atas pokok dpn dorm
HAHA
EMME,
itula pasal
apa nak buat dah TERjadi nakal cegitu!
HAHA
GADISBUNGA,
aku syak cikgu ingat kau sbb student paling SOPAN SANTUN?
bley?
MASTORA,
kahkah!
pandai waklu!
adoyaii...*speechless*
sekurang2nya dia buat jg tugas dia walau sekadar bg nasihat..ye tak
THE DREAMER,
tang speechless tu paling x ble blah!
ahahaha
susah juga nak tangkap org ni
banyak nak kena piker
:p
pernah ponteng prep gak tapi buat2 tido..pastu kena siram air dgn cikgu. padan muka saya. huhu.
p/s: kakak sekolah mana ek? pengawas berbaju oren bernama yazmin tu macam ku kenal.hehe.
authentic jordans
golden goose francy
adidas nmd r1
golden goose slide
fenty puma
kobe basketball shoes
balenciaga trainers
michael kors outlet
adidas stan smith
air jordan
read this click this site go to website over at this website anonymous his response
Post a Comment