BERANI NAK IKUT??

Wednesday, December 28, 2011

LUKISAN DALAM HUJAN



.
.
.



waktu sudah menginjak petang. langit mula berona kemerahan. samar. aku masih di situ. melukis. seperti hari-hari sebelumnya. seperti berbelas tahun yang dulu. tidak pernah jemu. hairan.

berus dipegang kemas. diselit antara ibu jari dan telunjuk. sedikit genggam. warna-warna dipalit atas kanvas. kadang-kadang dilontar begitu saja. sesedap rasa. mengikut hati. menjiwai. tegar. ada warna riang. ada warna resah. jelas.

lukisan ini jiwa aku. mungkin pada zahirnya ia kelihatan seperti lukisan-lukisan yang lain. lukisan yang biasa-biasa. tapi ini lukisan aku. pastinya ia bukan yang biasa dilihat. paling tidak ia tentang aku. setiap titik punya cerita. cerita aku.

selama aku melukis. ramai yang bertanyakan tentang lukisan aku. datang dan pergi. ada yang sangat meminati gaya penyampaian. ada yang sangat gilakan figura objek yang dilakar. malah ada yang sukakan warnanya. macam-macam. 

melihat itu ada yang bersusah datang dari jauh. ada yang rela ikat perut untuk menabung. ada yang sanggup berenang lautan api. katanya. hanya kerna mahu mendapatkan karya-karya aku.

bukannya aku tak mahu jual. atau tidak membenarkan ia dimiliki orang. lukisan ini mungkin tidak ternilai harganya. mungkin juga tidak punya nilai langsung. terserah. bagi aku ia sangat mahal.

kesungguhan setiap mereka yang ingin memilikinya sangat aku hargai. tak mungkin aku lupa. ia kenangan buat aku. pahit atau manis. terima kaseh aku ucapkan. kerna sanggup melakukan itu demi lukisan aku. yang tidak seberapa.

pernah suatu masa. aku pasrah kerna waktu yang mendesak. aku sudah siap bungkus lukisan ini. sedia untuk jual. sedia untuk diserah. hari berganti hari. aku resah. berasakan ada yang tidak kena. langsung aku tewas. bungkusan itu aku koyak. lukisan itu aku dakap. erat-erat. aku belum sedia. maafkan aku.

ya. jujurnya mereka yang mahu memiliki lukisan ini tidak pernah cuba mengenali aku. mereka cuma tertarik dengan kecantikan lukisan. cuma teruja dengan lakaran figura yang tampak indah. bukan aku tak mahu jual. tapi aku mahu serahkan ia kepada orang yang mampu menjaganya dengan baik. kerna ia sangat istimewa. harap rasa ini dimengerti. 


' aku mahu kau ada disamping aku selamanya. untuk aku terus menikmati karya-karya kau. untuk aku terus memuja lukisan-lukisan kau. '


itu saja yang aku mahu. lukisan ini jiwa aku. lukisan itu aku.







...


hai readers! 
dah mula buat senarai azam tahun baru?




:)




.


31 comments:

uncle gedek said...

lukisan tu....

medium apa? saiz?

(uncle faham...)

BonekadalamChermin said...

medium : water colour
saiz : A3


halus jiwa uncle!
i like!


:)

Aleen Aiden said...

yelah2..sebab tulah gh**t dapat..aku takdak...
hmm..yelah...

eh?!

nyahaha :P

BonekadalamChermin said...

ALEEN,

GHT tu kalau diubah sikit
boleh jadi GO TO HELL tahu?

kahkah!

Dr K said...

saya nak lukis gajah pun jadi zirafah! ~haha

tupaimerah said...

azam tahun baru?
errr............

gadisbunga said...

aku juga faham.

dah ada yang boleh diserahkankah lukisan itu? :)

Anonymous said...

senarai azam tahun baru? ceh, apa jadah! azam masa sekolah menengah dulu pun tak setel lagi!

BonekadalamChermin said...

doc DADDY,

alaaaa
dah jadi dokter dah!!
takyahla lukis-lukis!


:p

BonekadalamChermin said...

TUPAIMERAH,

nak kena stock sun block byk2?

kahkah!

BonekadalamChermin said...

GADISBUNGA,

*terharu*

terima kaseh sbb faham

:)

BonekadalamChermin said...

SM,

kahkah!
terukla kau ni. debik kang!

Anonymous said...

takde bakat la yayang...

oh azam saya mahu tunaikan azam tahun lepas. hehe

Azira Mohamad said...

artistic..
Sy xpandai melukis.. bljr folkart pun tgn masih lg keras :(

MasZuber said...

aku suka sgt skill water calor ko ayen!!!!

teringat mase blajo ko kaler guna watercolor..nampak so effortless, but outcome dia hmm maveles!

fatin said...

kecantikannya menarik mata si pemandang...

tinggal lagi, untuk menjaganya dengan baik..perlukan suatu proses..

Unknown said...

sungguh beruntung kamu dikurniakan bakat melukis. stiap lukisan ada jalan ceritanya. ya aku terhibur melihat lukisan kamu. keana kadangnya aku rasa seperti aku disana :)

patungcendana said...

mengerti. :-)

azam...tidak mahu mengejar mimpi...huhu

pembaris said...

masa ke bali tahun lepas..tiba2 saja teringin nak beli lukisan

hanaahmad said...

mengerti.

cantik!

BonekadalamChermin said...

MACY,

bakat kamu sangat besar
bahasa kamu sgt cantik


:)

BonekadalamChermin said...

k AZIRA,

mungkin berbakat di bidang yg lain
menjahit? memasak?


hehehe

BonekadalamChermin said...

MASZUBER,

kahkah!

mmg paling effortless
paling penting tang touch up tu


terima kaseh sbb suka seni aku


:)

BonekadalamChermin said...

FATIN,

perlukan satu proses
perlukan kegigihan yg jitu juga



ehem!

BonekadalamChermin said...

EZAN,

setiap insan pun ada kelebihannya!
aku juga lukis seolah aku berada dalamnya, Ezan.


:)

BonekadalamChermin said...

PATUNG CENDANA,

terima kaseh kerna mengerti


:)

BonekadalamChermin said...

PEMBARIS,

di bali ramai pelukis-pelukis cilik!
harus beli.

BonekadalamChermin said...

HANA,

ya. aku harap kau mengerti.



terima kaseh, Hana!

dalam bahasa jepun,
Hana maksudnya bunga.


:)

yanmaneee said...

christian louboutin outlet
nike air max
adidas stan smith men
kyrie 6
kyrie 5
michael kors
golden goose
louboutin outlet
jordan retro
fila

teautheauth said...

go d3b10p3u43 high quality designer replica replica bags online uae replica bags philippines this article b3e41t1i19 replica bags 168 mall replica bags korea fake gucci w2n36h9x50 replica bags from turkey

Anonymous said...

golden goose
a bathing ape
birkin bag
golden goose
yeezy