.
.
ariff dan rinie. keluar berdua. mahu tonton muvi. real steel. tayangan jam 3 petang. memutuskan untuk makan dulu. isi masa dan isi perut.
ariff bawa rinie ke sebuah cafe thai. wah, ada som tam! teriak rinie dalam hati. menu ditangan diteliti. atas bawah. selak-selak. hmm. sedapnya teh o ais laici ni. tapi aku tak minum ais. dah lama. jadi mahu pesan barli suam saja. ya. ya. barli suam. argh! tapi teh o ais laici ni sangat menggoda. ais rinie, ais. ia akan buat kau batuk. ok. ok. barli suam. barli suam. muktamad.
seperti biasa ariff tak cerewet soal makan. jadi dia tidaklah mengkaji menu lama-lama seperti rinie. perempuan kan sangat kompliketed. mahu pesan air saja dekat 15 minit kena fikir.
sudah?
rinie angguk. ariff melambai pelayan.
minum apa cik?
barli suam.
makan?
som tam!
pelayan mula menulis sesuatu di kertas.
minum encik?
teh o ais laici.
rinie sentap. kemudian senyum sendiri.
ni kenapa senyum tiba-tiba? ariff berkerut.
cemana awak tau ni? awak dengar ke hati saya gaduh-gaduh tadi? er, share eh?
aik?
..
22 comments:
untung laaa, barli suam dapat, teh ais laici pun dapat.
Invisible cable. :3 (Luc)
DELAROCHA,
share, share.
:D
LUC,
ya. haha!
time bayar ada TELE-PATI, tak..?
uncle GEDEK,
dalam kurungan (u bayar)
dialog, I KNOW.
haha!
dem. aku baca ni pun rasa nak nangis terharu.
hahaha!
Sehati sejiwa. Sepinggan secawan...
selalu order barli suam...
truuut...truuut...truuuuttt...
connected!
(:
ehem..
ehem..
ehem..
sejak akhir2 nih selalu sangat berdehem sorang2.haha!
macam saya dan abang. selalunya dia tahu saya berbaju atau telanjang. ahahahaha!
hati berkata2 guna microphone kan???
hak hak hak
kalau tetiba arif kata " awak nak berak eh?"
~hahahaha
kemistri.
sedap ke teh ais laici?
sy slalu cam ni...
Bila sy ingt kt seseorg..contohnya kwn sy. Dan..tiba2, ms tgh teringt tuh..dia call sy..
Telepati jugakkah ini????
Atau biasanya bila kuar mkn dgn hubby..kt dlm hati dh trasa nk mkn Pizza tp xckp pun kt hubby. tetiba hubby bwk p mkn pizza..ini?? cmner???
Ke-2 situasi kt atas sy sering alami..selalu sgt lah.
hek3... psgn bahagia.
fitflop sale
nike air max 2019
paul george shoes
supreme clothing
kobe 9
michael kors handbags
valentino
supreme clothing
nike epic react flyknit
nike air max 97
yeezy sneakers
longchamp
pandora bracelet
lebron shoes
lebron 15 shoes
pandora
golden goose
yeezy boost
kd13
stone island outlet
have a peek herehis explanation have a peek at this web-siteclick here for info my review herelook at here now
Home Page replica dolabuy go to my blog bag replica high quality check it out good quality replica bags
Post a Comment