BERANI NAK IKUT??

Wednesday, January 12, 2011

TAG DADDY ZIYYAD

.
.
.





klik untuk baca

.
.
.

err,






...


[1] untuk perhatian gadis bunga,
hari ni saya beli air kelapa sebijik! 


[2] untuk perhatian abang jonni,
awak bolehla klik sini..heh. selesai?


[3] untuk perhatian bujal,
saya dah cuba cari soalan tag awak dulu
tapi banyak sangat entri awak, penatla. 
tak jumpa! hahaha.



.




...


hari ni aku berhutang rm1
beli popia pagi tadi
lepas tu berhutang lagi
rm5 beli air kelapa
dengan goreng pisang


memangla aku ada rm50
tak ada pecah

takkan hari hari nak makan mekdi

agak agak la


jom?


.

Tuesday, January 11, 2011

ANGIN KUS-KUS

.
.
.


bangun tidur pagi tadi. macam biasa. maksud aku biasa tu solat subuh gajah. pastu sambung tidur balik. ya aku tahu. tak bagus. tapi ngantuk. semalam aku lihat rakan serumah gigih gosok baju untuk stok seminggu. aku? tudung hitam yang gosok malam tadi terbiar sepi. sebab hari ni aku rasa nak pakai tudung warna grey. selalu macam tu. jadi aku tak boleh gosok baju untuk seminggu. rugi elektrik.


perut rasa tak bagus. angin-angin gastrik tu dah bertiup. cuba berlagak kewl. macam tak ada apa-apa. menjadi antara yang menghidap penyakit ini memang agak leceh. sebab kena makan on time. dan kena ambil solid food. ini berlaku gara-gara tak sempat sarapan semalam. jadi semua jadual ambilan makanan dah tersasar dari waktunya. dinner malam tadi pun dah pukul 1 pagi. sebab pegi tengok konsert jamal di istana budaya. gigih. 


idea penulisan juga terganggu kerana ini. siapa yang pernah merasa kehadiran penyakit ini pasti tahu saat usus perut ditarik kuat. pedih. air soya dah berjaya dihabiskan 1 liter. tapi masih sakit. sarapan sudah. lunch pun sudah. paksa makan agar perut tak kosong. malas ke klinik. sebab rasa boleh handle. ok dahla. jangan degil. aku nak cari actal. harap ada.








....


semalam meeting di kpm
ada jamu sandwich dengan cekodok pisang
yang rasa soda bikarbonat lebih dari pisang
taktahu catering mana
memang tak kena dengan tekak
jamu pulak teh sejuk


memang ngam


hari ni sakit sebab salah sendiri
bukan salah sandwich yang tak sedap



ada petua nak elak handle gastrik?



:)



.


Monday, January 10, 2011

TOLONG INGATKAN AKU

.
.
.


jam di tangan 12.30 tengahari. tak sempat sarapan lagi pagi ni. petang ni meeting. emel yang berderet nak kena jawab. panggilan telefon. kontraktor yang matikan henfon. pejabat tapak yang tak dapat dihubungi. status fesbuk lagi nak kena updet. fesbuk nak shut down 15 mac ni. haduih. keluar masuk bilik bos. banyak kali. sibuk aku hari ni. masa kat pintu, bos tegur,


' tingginya awak hari ni. pakai apa? '


' ouh. hari ni i pakai 'tapak'. kalau tak skirt i sapu lantai ' , laju ja aku jawab.


' kewl '



bos cakap kewl?? hahaha. memang kewl lah! macam biasa la. meeting kat kpm. hari ni sengaja tak pakai kebaya or baju kurung. sebab? sebab ana rafali menang malam tadi. kahkahkah. ok. tak lawak.


.



...


terima kaseh yer
komen-komen kat bawah
nanti aku balas tau
aku dah baca semua


aku tulis ni
sambil makan
roti kelapa hi-5
dan minum
air mineral spritzer
huhuhuhuhuhu



JOM PI MESORAT?


.

p/s: abang jonni, malam tadi
julung kali aku tengok tv
semata-mata nak tengok
 gimik kretip faizal tahir

tiba-tiba

keluar iklan superpowerrrr
terus teringat kat hang!

kahkahkah

.

Friday, January 7, 2011

PAK MAT TEMPE

.
.
.


mata memberat. bekalan kafein diperlukan segera. balang nescafe dibuka. sesudu kecil serbuk berwarna perang kehitaman dimasukkan ke dalam mug. lalu mug dirapatkan ke termos elektrik. setitik. dua titik. arghhhhh. air panas habis. kecewa. jag dicapai. air ditadah. tuang dalam termos. tekan butang boil. tunggu. lima minit. bancuh. siap. 

tiba-tiba interkom berbunyi,


' STAFF MEETING KAT BILIK MESYUARAT BAWAH '


sepuluh minit. dua puluh minit. setengah jam. sejam. tamat mesyuarat.


' BANYAK JUGA JOB OFIS THIS YEAR. HARAP-HARAP BOS MURAH HATI NAIKKAN GAJI '


ujar aku kepada rakan sekerja. sambil meneguk nescafe sejuk. nasib...




...


kadang-kadang
apa yang kita harapkan
tak berlaku seperti yang dirancang
sebab hanya Allah tahu apa yang terbaik
setiap yang kita berani mulakan
kena berani hadap kesudahan

barula style~


jumaat pertama 2011
good day everybody!

err,

p/s: abang jonni, kalau datang dari jauh
nak jumpa pak mat tempe,
dia takda kat umah
dari pagi dia keluar
pegi mintak hutang!


:)


.