BERANI NAK IKUT??

Wednesday, March 31, 2010

0.06 SEN!



 BUZZ!!! 

' fateh hari ni tak payah stay up la eh..jom temankan kite
pegi shopping barang dapur kat carrefour !
shopping-theraphy!! '

fateh pun BUZZ!! 

' ok. lepas keje kite gerak lor..kite nak beli ikan '

ikan?? 
haih..pelik juge minah ni nak beli ikan kan..tapi aku nye
perangai, curious cemanapun jarang aku nak bertanya..
( ini kes-kes yang tidak penting la ) unless dia yang cerita..
malas aku nak kepoh..suke dia la nak beli ape..janji dia 
temankan aku..sudeh..itu yang penting..gheee~~  =)

hari ni aku memang sangat tak larat..badan rasa tak sedap..
pagi tadi bangun pun asek dok pikir..nak keja ke, nak mc..
tapi bila pikir hari ni hari isnin..pastu kerja pun macam banyak
je nak kena settle..nak tak nak..pegi jugela..tapi dengan keadaan
yang sangat lemau..wuwuwu... T__________T "
( perghhh..ni flash back ke ape ni? bukan tengah citer pasal ikan ke? )

ok dah..sambong..(iklan rupanya tadi tu)..janji nak jumpa fateh stret
dekat carrefour..ha..nak beli apa? tatau! ahaha..selalunya aku akan
buat list..tapi kali ni macam malas..(lemau kan? so sangat malas!!)
sudahnya..GRAB AND GO! haih..naseb baik belom gaji..kalau tak,
mau satu carrefour tu rase nak beli..ouh no..i sangat kedekut plis!



ha..aku suke pegi beli ikan dekat sini sebab
ikan-ikan dia ada 'nametag' ! kat sini la aku belajar
nama-nama ikan..ahaha..jangan kau tatau..dulu aku
cuma kenal ikan kembong, ikan keli, ikan jaket, ikan jaws..
eheh..sekarang dah up sket..ikan talapia merah (L) dan
juge ikan talapia hitam pun dah tau dah..ha..nak gelak la tu..
helo? (L) tu aku tau la saiz dia ok?? ahaha..gotcha! =P



tau tak ape nama ikan ni? sumpah aku tatau..ha..
yang ni takde nametag plis! not my fault..gheeee~
fateh cakap ni ikan sebelah..ouh aku dengan selambe
cakap..eh bukan kot..ikan sebelah kite kenal! boleh plak
men teka nama ikan kat situ kan? pastu fateh cakap,
' yela..ikan sebelah la ni..cuba tengok mata dia dua-dua sini! '
eh yeke? ahaha..aku ingat ikan ni juling! ahaha..dem!


hehe..snap yang tak berjaya..mata yang lebam je nampak!


fateh happy dengan ketam-ketamnye..hmmm...
ketam ialah sejenis haiwan yang aku tak makan..
bukan tak suke..bukan alergi..tapi rasa tak berbaloi..
pulak? yela..kulit kemain tebal..beli mahal..isi ciput!!
( ha..kan betol aku ni kedekut?? ) sebenarnya malas..tuje.. =)


ha..yang ni sangat seprais ok?? aku pun tak sangka..
aku amek sotong dekat 5-6 ekor camtu..pastu pegila
timbang..eh? 0.06 sen?? biar betol! equal to sekor = 1sen!!
haih..seronok giller!! orang yang kedekot pastinya sangat suka!
hmm..dipendekkan cerite..aku membeli 11 barang dengan harga
semua sekali ialah RM 32.44 sen..murah tak? murah tak? nak tau
apa yang aku beli? aku beli ikan merah sepotong, ikan jenahak,
sotong, halia, bawang besar, bawang puteh, sos cili, sosej ayamas,
kitkat (ini wajib!), roti gardenia (dekat semenanjung je ada ni) dan telur.

so esok pagi nak buat omellette (macam salah je eja ni) dan
nak goreng sosej makan dengan roti..bersemangat ni!
dah muak pulak makan breakfast yang sama tiap-tiap pagi..
asek kuih, bihun goreng, kuih, bihun goreng..rotate..itu je la..

kena tido sekarang..esok nak bangun super-awal..nak masak! gheeee~

eh jap..nak promote..
oleh itu anda semua sila lah berkunjung ke mana-mana cawangan
carrefour yang berdekatan kerana harga yang ditawarkan adalah
sangat berpatutan..pasti memenuhi citarasa anda sekeluarga! =)

eheh..boleh? manager carrefour sila bayar i plis ! i promote ni..

ok..boleh saya tido sekarang?


' DON'T CRY BECAUSE IT'S OVER
SMILE BECAUSE IT HAPPENED '


=)

Tuesday, March 30, 2010

NO TITLE


ah hah!
let's share this one... 

' YOU ALWAYS LOVE THE ONES YOU HURT '

or in a way it might turned to be

' YOU ALWAYS HURT THE ONES YOU LOVE '

heh? which one? from my previous experience,
the one that you love always be the one that is very close
to you ait? so whenever you get angry or you feel uneasy
with others or even you get yourself bored...the one that is
closest to you will absorb the heat! ahaha..
tak percaye??


ouh ok..shut up please!  T__________________T"

i'm not talking craps ok..hey i got brain! eheh..tibe-tibe..
i just couldn't sleep like always...and tomorrow my eyes will
be burnt-like-a-charcoal! walking like a zombie in the office..
have to pause 2-3 minutes thinking what am i doing like
clicking mouse-on-pc-screen-only-for-zoom-in-zoom-out..
nah~~ always the case when i didn't get enough rest say
spending-the-nite-til-early-morning-for-a-week completing
piles of assignmentssss!! feeling weak and tired..
really need to rely on cafein to ensure my eyes wide open..

@__________@"

another 2 semester..KAMON!!!! 
doakan saya lulus semua subjek ya..
if repeat means=added another year=lambat la kawen!!
waaaaaaaa...! omaigod..wth..nope..nothing to do with
marriage thingy..still searching for one..eheh..syhhhhh...

let's dream tonite!

SELAMAT MALAM

notes: am i crapping? don't ya think so? gheeee~


Sunday, March 28, 2010

SEXY!



' BRAINS EQUAL SEXY WHEN IT COMES TO MEN '

yap! i am totally agree!!!

brainless men will only talk craps.
they don't know what they are saying.
they don't know what they are doing.
they don't know where they are heading.

hmmm..so don't be brainless ok?

be bold.
be sexxayyy...!

=)

nite!


notakaki : saje nak tayang kasut..red is sexy! eheh..

      ^^' v



Friday, March 26, 2010

SRI MERSING!


HUARGGHHHH!!!

aku tengah stay up ni sebenarnye..dan tengah jem buat assignment
sekerat..adeh..bila la nak ubah attitude yang kiut ni kan? dahla buat
keja suka suki je last minit..pastu ada masa la pulak nak jem la..itula..
inila..huhu..bila membaca=mengantok..mengantok=minum nescafe..
bila minum nescafe=pengambilan kafein..bila pengambilan kafein=?..
bolehla refer entry KAFEIN..tetttt!!! ahaha..pop kuiz sekarang! weeee~
eh jap..nak tau? aku dapat mesej di fesbuk dari kawan lama sekolah
rendah..can u imagine that?? kawan lama dari sekolah rendah ok??
lama sudah..dekat 17 tahun dah..dia bukak blog aku yang merapu ni
lalu mengatakan :

INTERESTING BLOG. u certainly can paint a happy picture
even in simple daily routine. Hebat.

hmm..
i am so speechless..kat mana la yang dia nampak happy itu yer?
haih..aku menulis bukan kerna nama..eheh..tibe-tibe! gheee~~
terime kasehla..bukan untuk dia saja malah untuk semua juga yang
rajin nak baca apa yang aku tulis kat sini..this is where i jot my honest
opinion..itu sajelah..ewah..emosi pulak la kan..ha..meh sini jap..
aku nak story telling pasal teater sri mersing yang aku dah tengok ni.
memang aku pegi tak plan..tup..tup..jadi je! thanx a lot to kak zakiah
kerana sudi membelanja tiket teater tersebut walaupun seat aku
agak berjauhanla dari dia dan tina..huhu..takpe..janji tiket free!! =]

teater sri mersing ni sangat simple tapi menarik! ahah..aku suka!
kenapa suka? bukan sebab pelakon-pelakon tapi sebab plot cerita
dan juga sinematografi (boleh pakai ke istilah ni dalam teater?)
maksud aku, lighting effect..scene transition..props..stage flow..
almost perfect! kalau nak tau, sebut sri mersing..sumpah aku tak tau
pun yang dia ada kena mengena dengan ' kajang pak malau...'
boleh? nampak sangat pegi tengok sebab tiket free! tapi..chop!
walaupun begitu..jalan cerita dari satu babak ke satu babak sangat
tidak menghampakan..especially tarian zapin, gesekan biola dan
paling best gurindam jiwa..ouh..sangat indah! sinopsis cerita? hmm..
it's just a flashback zaman damak (adi putra) yang dikeji, dihina
oleh orang kampung sebab dia pendatang..itu yang kua ayat..

' dagang pak malau dagang bertempat
dagang hamba musafir lalu '

sri mersing (elly mazlein) sangat cintakan damak tapi dipaksa
kawen dengan anak tok penghulu..kesahnya ni chenta tak
kesampaian la..sampaila ke zaman anak damak, merah..
pun sama..chenta tak kesampaian jugak..kalau nak tau
cerita lanjut..silelah google sinopsis..ahaha..suara elly mazlein
memang power la kan..semua orang pun bersorak bila dia nyanyi!
hebatlah! ha..dalam kemelut cerita chenta yang tragis ni..
maseh ada unsur-unsur kelakar yang diselit..ha..itu yang best!
apa yang aku ingat..tiba-tiba boleh bagi teka-teki la pulak..

' antara perempuan mengandung dengan janda
pegi mintak keja dekat tok penghulu..
agak-agak siapa yang dapat keja tu? '

heeee~~jawab! jawab!
memang rata-rata akan jawab janda la kan..sebab logiknya,
janda ni memang hot stuff (ahaha..) dan lebeh berkemampuan
dari perempuan mengandung..haaa..tapi itu salah ok?
jawapannya ialah..PEREMPUAN MENGANDUNG!!
sebab apa? ulang plis..sebab apa?? hehe...teka cepat!
sebabnya ialah perempuan mengandung ada ORANG DALAM!
ahaha..adeh..tak pernah dengar lagi lawak ni ok? dem!

baiklah..marilah kita sama-sama menyokong perjuangan
orang seni dalam memartabatkan kesah sejarah lama yang mana
setiap kesah sejarah pasti ada tinggalan berharga yang tersendiri
yang boleh sama-sama diambil iktibar dan pengajaran daripadanya
seperti mahsuri, natrah, dang anum, tun teja, puteri gunung ledang
dan lain-lain..aku bangga dengan sejarah kita!

=)

inilah dia teraju utama teater sri mersing..
adi putra, elly mazlein dan melissa saila..
dato' shah reza ialah salah sorang penonton yang datang..

hmm..aku nak share GURINDAM JIWA ni..
aku sangat suka!

tuailah padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intailah kami antara nampak
esok jangan layu-layuan

anak cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
di dalam hati tidakku lupa
sebagai rambut bersimpul mati

batang selasih permainan budak
daun sehelai dimakan kuda
bercerai kasih bertalak tidak
seribu tahun kembali juga

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan

kalau tuan mudik ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga

sedap kan? hehe..aku memang berjiwa klasik nasional sket..
gheee~~ panjang berjela sudah..mesti tak larat nak baca kan?
haha..ok..berhenti dulu di sini.

jumpa esok?



Thursday, March 25, 2010

MISTERI MIMPI


heeee~ bunyi tajok entry macam siyes je kan?
eh..memang pun..ahah..aku mendapat mimpi yang
sama apabila tido selepas membaca surah Yaassin..
last week..sekali..dan this week juge sekali..misteri kan?
mimpi apa? hmmm..saya bermimpi didatangi oleh orang
yang sama..pada waktu yang sama..dan tempat yang sama..
eh helo? bukan mimpi bukan-bukan ok? sila bersihkan minda!
eheh..tibe-tibe emosi..masa mula-mula mimpi tu memang ingat
sekadar mainan tidur..( sebenarnya aku jarang gile mimpi! )
tapi bila mimpi ni ada siaran ulangan..haih..muskil la pulak..
ok..divert jap..cerite pasal mimpi..abah aku penah cerite..
dia kan askar? ha..mase masok hutan kan..ada satu pokok ni..
sape saje yang tido sandar kat pokok tu akan mendapat mimpi
yang sama..haaa!! happening!! abah aku cakap..mula-mula 
suma orang pun tak pecaya..yela..askar la katakan..eheh..
pastu diorang buat eksperimen..tido ramai-ramai kat pokok tu!
perghhh..ramai sangat tu tak la..tiga orang je..ni kira otai la neh,,
ha..kau..tepat pukol tiga pagi..tiga-tiga orang menjerit serentak!
kenapa?? sebab mimpi tu kan...

' siapa yang bunuh aku?? '

amik!!! suma mimpi yang sama! sorang pompuan pakai
baju puteh turun dari atas pokok tu cekik sorang-sorang! 
ha..ini cerite benar ok..tak pecaye? pegi tido kat bawah pokok 
tu sekarang! ahaha..len kali sebelum tido baca doa ok? 

nota: seb baek dia tanya siapa yang bunuh kan?
kalau dia tanya siapa yang mati dulu?? do ke minah?
eheh..

=)

' jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri '

Tuesday, March 23, 2010

SANTAP!



HAI! HAI! BYE! BYE!

gheee~~ suma dah dinner?? ahah..
aku stay up dengan fateh hari ni..buat keja sekolah..
macam biase kat opis dia..hehe..pastu sok pagi dia
akan transit kat umah aku..mandi dan bersiap pegi keje..
jangan tatau perkara ini akan berlangsung selama seminggu
ok..dia pun dah gitau mak dia..' see u on saturday! ' perghhh..
anak sapa ni?? ahaha..umah aku menjadi transit kawan-kawan
adalah perkara biasa..saya sedia berkhidmat tuan! eheh.. =)
hmm..dipendekkan cerite..tadi kitorang pegi membeli-belah
bahan-bahan yang nak belasah untuk santapan malam di
carrefour wangsa maju..maka, inilah semua hasilnya!! tadaa!!
( ha cepat sket skrol ke bawah!! )
best tak? best tak? makanan jepun, us dan juge thailand..
heeeee~~ sushi, pizza dan thai pineapple biscuits! sedap!!!







ok dah..taboleh membebel banyak sebab nak kena buat
assignment yang berlambak neh..so..silelah lapar tengok
gambar-gambar ni ok? hehe..doakan aku berjaya stay up
dengan cemerlang malam ni..esok konfem lemau kat opis..
stendet la student part time..dah hujung-hujung semester
nak final exam ni kan..baru nak buat segala assignment
yang tertunggak..jangan suke buat keje last minit macam
aku plis! korang kena rajin tau! i kno u ols better than me!
orait..saye ingin meninggalkan anda dengan kata-kata
yang dipetik dari status salah sorang kawan saye di fesbuk..


' orang yang tidak pernah merasai teriknya mentari
manakan mungkin menghargai teduhnya pohon '


best en? silelah renung-renungkan..


GUDNITE !

CHE ALICE!



aha..ini cerite jumaat malam tuhari yeh..
ampunkanlah saye kerane memang tak sempat nak update..
gheeee~~ aku balek keja hari jumaat tu teros ajak zuli
pegi tengok wayang..boleh? zuli siap muskil dan tanye,
' weh kau ni tak reti penat ke?? '
penat keje lain..balek keje dah tak rase penat dah kan?
aku pun pantas online..ingat nak beli tiket online je..
hmm..ape saje cite yang ade kecuali Alice in Wonderland an?
feveret muvi port aku ialah GSC Pavi..walaupon parking agak mahal,
tapi less hassle..aku tak suke tempat yang kena pusing cari parking
dekat setengah jam! ah..buang mase! ok dah..bebel lak..bila online,
tiket che alice kat pavi sume dah full booked! dem! T_T" 
lantas teros mengambil keputusan untuk walk in di MBO Ampang saje..
kitorang sampai 10.30pm dan berjaye membeli tiket 10.45pm!
bagus..bagus..sangat tidak mensia-siakan waktu..berator sekejap
beli air, popcorn dan cheezels (ini feveret zuli) dan teros masok!! yeay!

ramai yang cakap cerite ni so-so..tak berape best..dan sebagainyalah..
johnny depp paling memainkan peranan dalam cerite ni..dia best!!!
hmm..bagi aku..cerite ni ok..elemen-elemen yang menarik..cume plot
agak lambat..budak-budak mungkin akan cepat bosan kot..aku suke
karakter red queen!! sikit-sikit nak pancung kepale orang la kan..
mentang-mentang kepale dia besar! adeh..haha..
pastu 'orang-orang kanan' dia sume fake! SEBAB?? 
sebab nak pleased kan si red queen..maka,
ada yang tampal hidung bagi panjang, tampal telinga, tambah perot..
janji nampak LEBIH! gheee~~ can u read between the lines?
we don't have to fake ourselves to please others ok? don't do that..
aku juge suke phrase ni , ' i guess u have lost ur muchness ' eheh..
kata-kata ini lah yang menjadikan che alice kembali bersemangat!! =)

ok..aku nak share ni..
che alice berkata:

  i always think about six impossible things before breakfast

1. there's a potion that could shrink you
2. there's a cake that made you grow
3. animals can talk
4. cat that can dissappear
5. there's a place called WONDERLAND
6. i can slay the jabberwocky!

gheee~~ ni suma macam kesimpulan apa yang berlaku dalam
cerita ni lah sebenarnye..so, what is your impossible things
that you think before breakfast?? hmmm..silalah berangan sekarang!



nota: gambar takde kene mengena dengan cerita 
TETAPI 
trust me..hidup kita, kita yang corakkan sendiri...
macam alice juge, mimpi dia, dia yang tentukan!
kita kena usahakan untuk jadikannya kenyataan...
tanpa usaha, mimpi akan tetap menjadi mimpi...
ketentuan tetap dengan keizinan Allah.. =)

' TANYA SAMA HATI '
=)

 

Friday, March 19, 2010

JALAN LAGI



bahasa baku mode deactivated.
tettttttttt!!!

gheee~~ hai..hari ni aku balek keje jalan kaki lagi..
dan hari ini telah memberi pengalaman yang baru juge..
seronok kan? hmm..setiap khamis, ada pasar malam betol-betol
kat depan opis aku..so tepat pukol enam petang, aku pun keluar 
opis dan meronda-ronda kejap..tatau pun nak beli ape..jaranglah
aku pegi membeli-belah disitu...aku tak suke tempat sesak-sesak
dan ramai orang..remember?? eheh..tibe-tibe suh ingat plak en.. =)
dua kali aku pusing-pusing last-last aku beli sate (feveret!!),
yong tau fu dan juge buah mangga chukanan..
ha..macam banyak kan? yong tau fu tu aku beli rm2.40 sen je..
bleh bayangkan tak banyak mane? hehe..siket jela..
sate pun lime ayam dan lime daging..nak rase je..ececece..
dah tau nak kene jalan kaki pegi beli buah mangga kan..pandai tak?
heeee~~ mase aku jalan balek tu kan..
tengah nak lintas jalan kat depan opis..
tibe-tibe.. 

' amoi..u mau pegi mane? '

aku pun berpaling..ouh..aku ditegor oleh seorang nyonya tua..
dah bongkok pun..dia jalan bertongkatkan payong..kat tangan dia
ada 2 beg plastik yang aku pun tak pasti apa isik dalam tapi aku
yakin dia pun membeli-belah dekat pasar malam yang same..
aku pun senyum kat dia lalu menjawab..

' mau balekla auntie..auntie mau pegi mane? '
(giliran aku plak la kan tanye dia)

' ouh.saya mau balek rumahla.setapak sana '
(berkata-kata sambil menunjuk ke arah 'sana')

' auntie naik apa? '

' naik bas.sana mau tunggu '
(sambil menunjuk ke arah bus stop yang tidak jaoh)

' ouh..auntie sorang? '

' ya..ya..sorang.sudah tua maa..'
(sambil angguk-angguk dan sengeh-sengeh)

sumpah aku tak paham maksod dia 'sorang' dan kaitan dengan
'sudah tua'..haih..tak perlu pikir la kan..biar jela dia..hehe..

' auntie.lain kali jangan jalan sorang tau.bahaye..bye auntie! '

auntie tadi sengeh-sengeh je sambil melambai balek lepas 
dia split dengan aku at time dia dah sampai kat bus stop.
heeeee~ selambe je aku sound auntie tu jangan jalan sorang
kan? abis tu aku?? haha..itu sume spontan je kua dari mulot aku.
aku risau pulak tengok dia dengan terbongkok-bongkok bawak
barang itu ini..naik bas lagi..mana la anak-anak dia kan? haa..
aku pun meneruskan perjalanan dengan mengambil iktibar dari
auntie tadi..aku cuma perlu berjalan kaki selama setengah jam..
dan insyaAllah kudrat aku masih lagi mampu untuk berbuat semua
itu..tapi auntie tadi? paling-paling pun umur dia konfem dah cecah 60.
kena jalan kaki..naik bas..dan sorang-sorang..hmm..dia lagi kuat
dari aku kan? mampu lagi beramah mesra..tak sombong..respek lah!

this is life kan? we never know what we gonna get..hidup mesti terus!

ha..nak tau cerite best?
ini ialah sesuatu yang tidak disangka ok..hehe..
on the way aku balek, kawan aku sms tanya keta dah dapat belom..
aku pun jawabla belom..sah-sahla aku tengah berpeloh jalan kaki en..
dipendekkan cerite, dia nak mintak aku hantar dia pegi hentian duta
sebab dia nak balek kampung..so, dia tinggalkan keta dia kat aku
sampaila hari ahad ni..see? esok aku ada transport! seronok tak? =)
moral of the story, jangan cepat melatah kalau diduga Allah..
sebab setiap ketentuan tu Allah dah arrange chantek dah!
ha..ni Dia dah bagi seprais macam ni suke tak?? heeee~~ 
mestila suke!!! suke! suke! suke!  Alhamdulillah..syukur sangat..
jumaat, sabtu dan juge ahad..3 hari..sempatla kaki aku yang
melecet ni sembuh..mengade-ngade la pulak nak melecet kan..


ini lah dia..kemelecetan itu..huhu..
( mak aii..burok gile kaki macam mak nenek!)
naseb baik kulit aku tebal la kan macam badak..
at least dia melebam melepuh macam tu je tak terkoyak
kulit..wuwuwu..kalau tak konfem pedih tak ingat!  T_T"
eh jap..kantoi la pulak tahi lalat betol-betol center tumit kaki
kanan tu kan..ahaha..orang tua-tua cakap kuat jalan! ye ke??
ngaaaaaaa~~ jalan kaki?? eheh..

neway, aku nak ucapkan terime kaseh sangat-sangat kat dayah
sebab bagi aku pinjam keta dia..dan aku doa harap-harap
keta mak aku tu cepatlah dibaiki dan dipulangkan..amin!

jadi, bolehla tido dan berangan sekarang.. =)

O Y A S U M I N A S A I ~~



Wednesday, March 17, 2010

BAKU



hmm...kemasukan (entry..haha!) kali ini akan
saya gunakan bahasa melayu baku..terasa seronok
pula apabila kita bercakap dengan menggunakan
bahasa perantara yang sememangnya sangat indah
dan tidak lapuk ditelan zaman ini..bukankah begitu?
pasti pembaca sekelian berasa musykil kenapakah saya
memilih untuk berbicara sebegini bukan? ahaha..sebenarnya
semua ini terjadi tatkala saya menghadirkan diri di mesyuarat
projek sekolah satu malaysia..dimana minit mesyuaratnya
perlu menggunakan bahasa melayu..disinilah semuanya bermula..
sehinggakan ayat-ayat yang ringkas seperti 'quotation' pun
kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk dialih bahasa..
menarik bukan? tetapi bukan menarik rambut di dalam tepung yer..
eheh..sesungguhnya saya sedang melalui tempoh bersabar
yang agak tegar..dimana kereta yang rosak masih lagi
tidak ada khabar berita..akan tetapi, dugaan yang Allah
berikan ini kalau diterima dengan redha dan hati terbuka,
pasti kita akan beroleh ketenangan yang tidak dapat dihuraikan
dengan kata-kata..itulah dia..dengan ketiadaan kereta, saya
pernah pulang dari pejabat dengan berjalan kaki..perjalanan yang
mengambil masa selama setengah jam..jika minda mengatakan
penat, pasti perjalanan pulang juga akan menjadi lemau dan bosan..
tetapi, saya berjaya mengalihkan perhatian minda kepada
perkara yang lebih menarik supaya setiap langkah itu berasa
seronok dan tidak penat..tambahan pula saya perlu mengharungi
panas petang yang agak terik..ketika berjalan, saya teringat akan
kata-kata seorang kawan :

' kadang-kadang kita berasa marah kalau tersilap naik bas,
kerana bas itu pastinya akan membawa ke destinasi yang salah..
pasti kita berasa kerugian kerana perlu membayar tambang
dan juga pembaziran masa telah dilakukan di situ...
akan tetapi,
kita harus ingat bahawa kadang-kadang destinasi yang 
salah juga akan memberikan pengalaman yang berbeza.
di mana perjalanan telah berlaku dan sesuatu yang tidak
disangka itu selalunya memberikan hasil yang lebih istimewa '

hebat bukan? sesuatu yang ditakdirkan berlaku pastinya
mempunyai sebab-sebab yang tertentu..seperti apa yang
telah terjadi kepada saya..ketiadaan kereta memerlukan saya
untuk berjalan kaki..mula-mula terasa amat sukar..kaki mula
melecet..baju juga basah akibat perpeluhan melampau..tetapi..
alah bisa tegal biasa..sekarang saya berasa seronok pula
berjalan kaki di mana saya boleh melihat kawasan sekeliling
dengan lebih dekat..dimana mendapat sapaan dari jiran-jiran,

' baru balik kerja? '

dan saling berbalas senyuman.. =)

ini juga satu pengalaman bukan? sangat berharga buat saya..
kenapa mesti mengeluh..saya harus tenang..dan apabila hati
tenang..dengan sendirinya setiap urusan dapat diselesaikan
dengan mudah..pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
saya sudah puas menerima hujan ribut dan segala huru hara..
dan sekarang sangat yakin pasti akan ada pelangi untuk saya..

sesuatu yang tidak disangka 
akan menjadi lebih istimewa bukan?
saya tidak sabar! gheeeee~~
dan akan terus menunggu untuk itu...

doakan untuk saya? 


nota: terima kaseh yang tidak terhingga saya
ucapkan kepada kawan baik saya, tina.
kerana sudi menjemput saya ke pejabat
dan menghantar saya pulang ke rumah.

terima kaseh juga saya ucapkan kepada 
kawan baik saya, fateha.kerana sudi
meminjamkan kereta untuk saya menghadirkan
diri di mesyuarat sekolah satu malaysia tersebut
yang berlangsung di kementerian pelajaran, putrajaya.

semoga Allah membalas setiap kebaikan ini dengan
sesuatu yang lebih baik lagi.

amin.


' some people see more in a walk around the block than
others see in a trip around the world '




Tuesday, March 16, 2010

HARI MAKAN!!!



HAI OLS!!!

gheee~~ ni sebenarnye updet yang wiken tuhari punye..
perghhh..bolehla diiktiraf sebagai HARI MAKAN SEDUNIA..
haih..memang dari pagi sampai ke malam..makan..makan..
nak pulak memang disponsor kan..lagila heaven!! omaigod.,
13.03.10 ialah hari aku genap doploh sembilan tahun..hmm..
kenape tanak rahsiakan umor? alahai..tak perlulah kot.. =)
entry kali ni kite buat cerite bergambar la yer..mari..mari..

ok..ini ialah kek pertama yang dibelanje oleh kezen
kesayangan i..(asal belanje je sayang la eh?) ahaha..
tak lah..betol la..sayang tau..ni kezen paling close la..


ha..next! gheee~~ ini namanye chicken cornish..
ni kire pakej la..kezen blanje..hehe..best..best..!

aku ni sangatlah monotone ok..kalau pegi satu-satu
tempat tu memang kalau order itu, itu jelah..so kalau
datang secret recipe ni kalau tak order karipap besau
kat atas tu, aku akan order beef lasagna..dan juge air
suam..eheh..itu wajib..kalau pegi kfc, mesti order snack plate,
ayam nak 2 2 chicken thigh hot and spicy..air orange juice
tanak ais..ha..itu je..tak penah tukar..kalau mcd pulak konfem
akan order..double cheese burger ataupun beef prosperity..
air sama..orange juice tanak ais..ahaha..boring kan? haih..
paling jem kalau pegi food court! sebab banyak sangat pilihan..
tatau nak makan ape..last-last konfem akan order nasi ayam..
serius..tak tipu..tanyela opismet dulu..betol tak?? kan? kan?
so boleh tau tak konsep idup i? kalau nak orang tu, orang tu
je la..haaaa..sebab tu la kalau kau kene tinggal, kau frust
menonggeng kan? len kali cari spare part ok?? ahaha..losah!
wowo..over..ok fine..kalau tak, takkanlah aku boleh pakai
perfume ck one dari lepas form five sampai sekarang kan?
tak penah tukar ok? tak pernah rase nak pakai yang lain..
ok dah..back on track..sambong gambar..jap..jap..

tadaaa!! ini ialah donat-donat epal besau ok..=)

ha..dari wangsa walk tadi spend dengan kezen, rehan..
TERIME KASEH banyak-banyak rehan! leviu kezen!!!
ha..lepas tu balek umah kejap..semayang zohor dengan
asar..then aku kua balek dengan tina dan juge pesa..
patotnye mastora ikot same tapi dia tak sempat datang..
kitorang sambong selebret makan-makan dekat uia..boleh??
nostalgia tak? ahaha..sampai juling mata makan kek dengan
donat-donat tersebot..serius..perot sangat kenyang dan
kembong..macam ikan buntal tau tak?? tengok secret
recipe pon dah fobia..ahaha..mane taknye..ada lima piece
kek secret recipe yang dibeli dan dibelasah makan..
1. blackforest cheese 2. cheez choc 3. butterscotch pecan
4. chocolate indulgence dan 5. choc mud! ahaha..serik!!!
TERIME KASEH diucapkan kepada anda berdua..muahs!!!

haa..lepas tu aku ade appointment mengepau fateha plak..
tadaaaaa!!!!


ha..mulenye fateha pun nak belanje kek ok? omg..
plislah..dah tak larat dah..so inilah yang terjadi..=)
amek kau!!! mula-mula ingat nak order tomyam je..
tapi bila akak kedai tu bagi menu..maka yang diorder ialah,
tomyam pok tek (di dalamnye ada ketam, kepah
dan juge udang galah), ikan kerapu tiga rasa,
sotong goreng tepung dan juge kailan ikan masin..
kalau nampak air tu..ha..itu ialah air limau suam dan juge
air suam..konon-konon boleh potong segale lemak
yang tercipta akibat memakan kek dan donat yang
dekat sekilo gulanye tu kan? dream on! ahaha..haih..
TERIME KASEH diucapkan kepade fateha kerana
sudi membelanje saye..hehe..yeay!!! suke..suke..!

HAPPY!!!
 terase diri dilindungi..eheh.. =) 

anyway..walaupon sebenarnye aku dilanda
kesedehan..kemurungan..yang amat sangat..
tapi dengan adanya kawan-kawan yang menyayangi,
Alhamdulillah..sikit-sikit rasa kecewa tu terubat..

=)

terime kaseh yang tidak terhingga juge aku ucapkan
kepada abah dan mak, adik-adik dan kawan-kawan
yang tak lupa wish aku thru sms dan juge di fesbuk..
paling best dapat kol siap nyanyi lagi lagu besday!!
hehe..tak perlula diexpose di sini..tapi anda tahu siapa
anda yer..gheee~~ saye sangat menghargai ok? suke!!

start dengan noni, shiera, roserq, iana, yatoque, arin,
shaz, nadia, fahimi, aida, maisara, adjue, nani, zett,
sood, amat, aymie, nana, amlina, dayah, iejan, fiddy,
shee, ujie, k wan, sarroung, wenny, k dewi, shaira,
mastora, chek man, quack, collien, salwani, lat,
toyib, asrul, eiy, amy, sim, k dila, farisek, maz

qis, che nor, tina, pesa, fateh, k zack, fifi, rehan,
sepol, zol, zalman, zuli, shamaz, paly, hazri dan ayu

 dan tidak lupe kish, bandi, qallishah, shida juge fatin

nama tidaklah menurut turutan pukol berapa wish yer..
 ahaha..penatlah nak kene tengok time plak kan..haih..
ada ke yang tertinggal? heee~ ampun lah kalau ade..

THANK U SO MUCH!!!

SAYANG KORANG!!!