BERANI NAK IKUT??

Friday, December 31, 2010

MAMBANG MABUK


.
.
.




‘ Kalau abang sayangkan saya dan anak-anak, ceraikan yang sana

‘ Kalau kakak tak mahu juga berdamai, abang ceraikan saja. Rimaslah! ’


Hisyam buntu. Risiko yang diambil makin meruncing. Bukan mudah untuk beristeri dua. Sudah tiga tahun. Tapi masih tak nampak tanda-tanda akan aman. Setiap kali tiba musim perayaan, pasti akan terjadi pergaduhan besar. Yang tua mahu hak yang lebih. Yang muda mahu dilayan seperti permaisuri.  Bukan tak pernah cukup apa yang diberi. Cuma mereka tak pernah puas. Setiap kali pasti akan ada perbandingan.


‘ Saya dah lama bersama abang. Dah beri abang tiga anak. Ini saja saya dapat? ’

‘ Saya kan tengah berbadan dua ni. Suruhla kakak mengalah. Malam ni abang tak payah balik sana la. Plis sayangggg…’

‘ Abang kan dah berjanji nak berlaku adil? Kenapa abang tak balik? Anak-anak belum makan ni tunggu abang. Cepatlah! ’

‘ Abang, saya demam ni. Ala…anak-anak abang dah besar la kat sana. Yang kat sini perlukan abang lebih tau. ’


Begitulah setiap kali. Umpama tarik tali. Hisyam tersepit. Malam tadi paling dashyat. Lina datang serang rumah Tuti. Anak-anak turut diheret sama. Masing-masing nak tunjuk taring. Tak mahu mengalah. Habis tingkap rumah dipecahkan Lina. Gara-gara Tuti tak mahu buka pintu. Bukan Hisyam tak mahu pulang ke rumah Lina malam tu. Tapi Tuti loya teruk. Sampai pitam. Dia cuba menerangkan tapi umpama mencurah air ke daun keladi. Nyata segala kata akan dianggap alasan semata. Hampir tapak tangannya hinggap ke pipi Lina. Akhirnya dia pilih untuk beredar dari situ. Meninggalkan kedua-duanya terpekik dari balkoni rumah.


‘ Abang!!! Abang nak kemana? ’


Enjin kereta dihidupkan. Lalu meluncur laju. Tak tahu menuju mana. Kalau dia masih di situ, dia bimbang ada yang lebam dibelasah. Malu dengan jiran-jiran. Air muka seperti dah tak ada. Tebal.

Hisyam memilih untuk bermalam di hotel saja. Lobi dijejak. Check in. Sehelai sepinggang. Masuk ke bilik. Rokok dinyalakan. Kusut. Nikotin disedut. Dalam-dalam. Asap dihembus. Mata dipejam. Tarik nafas. Telefon bimbit dicapai. Dail.


‘ Zila. I kat Sri Malaysia. Room 403. Temankan i malam ni. ’


Masalah malam itu dianggap selesai. Setakat malam itu. Esok belum pasti. 


illustrasi hanya rekaan. tidak ada kena mengena dengan isi cerita.



.



...

semalam kemas-kemas fail lama
jumpa cerita-cerita pendek
yang aku pernah tulis
lama dulu


:)

.

Thursday, December 30, 2010

PAKCIK URBAN (SO-CALLED)

.
.
.




khamis, 30.12.10
jam 3:33 petang

Lapangan Terbang Kota Bharu

duduk di satu sudut sambil mengacau nescafe panas. melontarkan bola mata ke arah orang ramai di ruang menunggu. setiap arah. kiri. kanan. kadang-kadang menoleh ke arah botol-botol plastik air mineral yang tersusun rapi. ah. tak ada yang menarik.

nescafe dihirup. pahit. manis. serasi. lalu dibiarkan adunan kafein itu menjelajah ke setiap urat. segar. tiba-tiba pandangan terarah kepada susuk seorang lelaki separuh umur. pakcik mungkin. kelihatan seperti sedang tidur. mungkin. rambutnya panjang paras bahu. dibiar lepas. rambut putih kelihatan majoriti. kasual berkemeja linen putih. dipadankan dengan jeans biru dan sepasang kasut kulit berwarna oren-oren koko. style lah. paling kewl ditambah aksesori mata. spek noh hujan. walla. dalam ramai-ramai, kelihatan dia yang paling menonjol. outstanding omputih kata. 

nescafe dihirup lagi. luak separuh. fikiran mula menerawang. teringat aksi khairul fahmi malam tadi. hero. senyum sendiri. kalaulah dapat boifren macam tu. hek eh! hahaha. nak yang hero saja. 

pengumuman ketibaan pesawat mematikan angan yang tah apa apa tu. beratur. koyak tiket. cis. macam masuk muvi pulak rasa. sampai tempat duduk 3A. letak beg. pasang seat-belt.

' HAI. I THINK I SAW U JUST NOW. MAY I SIT HERE? '

perlahan aku menoleh. huhu. sentak. melihat bayang aku sendiri pada refleksi spek noh hujan. tanpa banyak soal aku mula merapatkan mata yang tak mengantuk. sayup-sayup aku dengar,

' ORANG TINGGI MACAM U KENA NAIK MAS. HALL BESAR SIKIT. SIAN KAKI. TERPEROSOK. '

serentak itu lampu kapal dipadam. sedia untuk berlepas. gelap. aku senyap.


.
.



...

bulan ni paling banyak aku outstation
banyak cerita kat epot la

SELAMAT TAHUN BARU 2011

apa azam tahun baru?

azam aku

1. nak complete stadi
2. nak cari calon suami boifren yang best
(macam dah terlambat je?)



















3. nak start fresh new life

aku doakan kawan-kawan kat sini
dapat capai apa yang korang nak
amin


jom?



:)

.

Wednesday, December 29, 2010

RAJIN TAK BERTEMPAT

.
.
.

tau apa aku buat hari ni?
hahaha


hari ni aku rajin
bukak blogspot
rajin nak godek segala

posting
comments
settings
design
monetize
stats

paling best
bukak folder comments

perghhhh
gila banyak komen dalam folder
macam beribu je kekdahnye kan?
serabut pulak aku tengok

hek eh
lalu aku rajin

tick
tick
tick

DELETE
  
tick
tick
tick

DELETE

banyak kali kua dialog

' are u sure? '

hahaha

ah..yelah SURE!

ok fine

sudahnya?

aku dah TERDELETE
semua jawapan aku kat komen korang
adala dekat 4-5 entri

kahkahkah

RAJIN TAK AKU???

.

nanti kalau aku rajin
aku jawabla balek satu-satu
aku ingat nak kemas je
ala macam emel tuuuu

huwaaaaaaaaaaaaaaa!!!






















sori korang!



.




Tuesday, December 28, 2010

KISAH AMRAN

.
.
.

Kelas mengaji di rumah ustazah fatimah meriah macam biasa.


' Alif fathah...a '

' Alif kasrah...i '

' Alif dhomah...u '

' a..i..u..'



Sayup-sayup kedengaran suara Amran mengaji mukaddam.
Kadang-kadang berselang suara kanak-kanak yang lain.
Paling jelas bila sampai,

' SADAQALLAH HAL'AZIMMMM...'


Amran tekun.

' Ba fathah...ba '

' Ba kasrah...bi '

' BA...BIIII!! '


piapppp!!!!

.
.
.

Sejak hari itu, dekat seminggu juga Amran tidur meniarap. 

Sekian cerita.


.




salam siaran dari tumpat
lunch hour daaa

:)

.

Monday, December 27, 2010

SEDIKIT PETUA


.
.
.

aku dah nak outstation ni
flight malam ni tau
terpanggil dengan soalan LUAH FIKIRAN
meh la nak share sedikit pengetahuan

pasal minum ais,

sekarang,
bayangkan tekak dan usus perut kita
macam sinki kat dapur
makin hari lemak-lemak
hasil cuci sisa-sisa berminyak tu
akan membentuk satu lapisan 
yang makin hari makin tebal
lama-lama sinki akan tersumbat
penyelesaian kepada masalah ini
kita siram air panas
ataupun beli asid
untuk setelkan masalah tersumbat tadi

ok dapat?

macam tu juga sistem badan kita
bila kita minum ais
lemak-lemak yang kita makan
akan terus membeku
dan membentuk satu lapisan
yang lama-lama akan jadi
lemak tepu dan sukar untuk diuraikan

maka

haruslah korang berbelanja sakan
nak kena beli jusmate 5 la pulak
hahahaha

lagi satu,
tubuh badan manusia normal
hanya boleh membakar 1000kalori
dalam sehari

jadi

makanlah kurang dari 1000kalori sehari
untuk ngam-ngam ia dapat dibakar
maksudnya, tak sempatla dia jadi lemak

boleh?

ada soalan?

nak logout dah ni

tata!

:)

.

logout

.


PANIK 15 SAAT

.
.
.

semalam di kuala selangor.
layan ikan bakar dan sifud.
order limau suam.
tapi yang sampai limau ais.
malas nak rejek. 
memang aku mengelak dari minum ais.
tapi minum juga semalam.

makanan sampai.
nasik.
lala.
siakap.
ketam.
udang.
kailan.

kenyang. balek. isyak. tido.
jam 3 pagi terjaga. lalu menjerit.

' aaaaaaaaaaa!!! perut aku!!! '

susah nak percaya.
bila lihat gumpalan lemak yang telah berlaku.
menggeleber dan berlipat-lipat.
ngeri.


jam 6.30 pagi. bangun subuh.
lihat perut. lagi sekali. jantung berdegup kencang.


fuh. nasib baik.
mimpi.

:)

.



lain kali kalau makan tu beringat.
patut semalam order air suam.
ini dah bantai minum ais.
langsung rasa bersalah.


tau tak akibatnya kalau minum ais??



.
.








biasela pempuan
risau lebeh...


kahkahkah


.

TAK TIH


.
.
.



sedar tak sedar
blog ni dah cukup setahun
jadi bersempena dengan ini
sapa jadi follower ke 50
aku bagi reward!



berani?


.

Saturday, December 25, 2010

ENJIT ENJIT SEMUT

.
.
.

semalam sahabat lama bertanya.

bila nak panjat broga lagi? '

langsung hari ni aku bukak album-album kat fesbuk. nak check bila last aku pegi sana. oh. 10.07.10. sedar tak sedar. dah 5 bulan berlalu. 

di mana broga? bukit broga terletak di semenyih. nak tahu detail bolehla gugel. bukit broga ni kira macam bukit rekreasi la. tempat orang beriadah. kalau nak pergi sana disarankan untuk pergi awal-awal pagi. sebab boleh tengok matahari terbit. gila best!

ekspedisi bukit broga ialah percubaan pertama aku beraktiviti selepas setahun berehat dari kecederaan kemalangan jalanraya. trek yang simple. tapi tercungap jugakla nak sampai atas. jeles aku tengok apek-apek yang dah berumur boleh selamba ja laju panjat. macam tadehal. cis. jomla layan gambar lama. lumrah. orang lagi suka tengok gambar dari membaca. ye tak? hahaha.
 

  
kemudahan tandas disediakan di kaki bukit. jadi kalau rasa nak terkucil tu, sila ke sini dulu sebelum nak naik atas. hihi. masa ni gelap lagi. paling syahdu tengok depa tolong suluh dengan toslet (torchlight). ini baru nama dia semangat setia kawan.


kalau tengok betoi-betoi boleh nampak kat lane kiri tu.
budak laki tu selamba ja menggelosor turun. sempoi! 



antara shot yang aku kira ok la walaupun aku terlepas
shot matahari terbit. hahaha.
 


ini pandangan dari puncak kedua. kalau tak salah semua
sekali ada tiga puncak. kira macam check point la. 
 


banyak aktiviti-aktiviti photoshoot yang diadakan di sini.
aku takleh imagine kalau ada pengantin nak buat outdoor
shoot kat sini. gila kentang!  

 
  
nampak tali kaler biru tu? ini antara laluan yang agak sukar
untuk ditempuh. kami kena paut kat tali tu untuk rentas satu
kawasan yang tak ada denai. ini adalah di celahan batu.
kalau nak tahu, tali tu gila busuk! memang tak ble blah~



yang ni kira sweet la. couple ni tengah melakukan aktiviti
propose. 'will u marry me?'. pastu yang lelaki tu main gitar
nyanyi lagu more than words. lepas ja dia abih nyanyi,
semua yang tengok pakat-pakat tepuk tangan. macam konsert. 
 


 bila matahari dah tinggi. bolehla main bayang.
cuba teka mana satu aku? hihi. 



Alhamdulillah. berjaya sampai. ini antara geng-geng yang
sampai pada masa yang sama. termasukla aku. ada 2-3 orang lagi 
budak muda depa dah turun dah masa ni. hahaha. cis! 


sebenarnya gamba ni agak gedikla kan. tapi takpela.
bukan selalu nak pose cemni. hahaha. sori la over sikit.

.

.

.
  


on the way turun tu, sempatla tergolek. well. saja nak
tinggal tanda kat sana. hahaha.
.
.

kesimpulannya, bukit broga ni memang tempat yang best untuk beriadah. ada yang bawak anak kecik pun datang sini. so, korang bila lagi? hek eh.

menjawab soalan sahabat lama tadi,

sekarang musim hujan. trek licin. tahun depanla kita plan lain. '

sekian flashback saya. hahaha.

tamat.


:) 


.

STEPLER MULUT

.
.
.


darjah enam. prektis lumba lari. 4x100 meter lari berganti-ganti. tah macamana boleh jatuh dan patah tangan kiri. balek rumah kena bebel. mak bersuara,

' tula berapa kali dah mak kata toksahla nak aktif-aktif sukan. dah jadi macam ni, sapa yang susah? cikgu hang senang ja, hantaq bawak balek umah. hang berenti la main sukan ni. bukan dapat apa pun. bla...bla...bla....'

banyak la yang perlu didengar. aku faham perasaan seorang ibu masa tu. baru sekarang ni la faham pun. sebab masa tu seingat aku, aku jawab,

' yela. lepas ni arin janji. prektis betul-betul. tak patah tangan lagi '


hahaha 

sekian cerita.


.




ni masa tingkatan satu empat.
event 4x400m.
kat stadium larkin.
sakit pening masa ni dah takda orang jaga.
harapkan sickbay je la.
masa ni memang rindu bebelan mak.
sumpah.



:)







selamat bercuti semua!!!


.


Friday, December 24, 2010

EDISI SERIYES


.
.
.



IT IS BETTER TO BE UNHAPPY ALONE
THAN UNHAPPY WITH SOMEONE





.

setuju

.
.


minggu depan
3 hari kena berkampung kat tumpat
ini bukan berita gembira

BARU PLAN NAK AMEK CUTI BALEK KEDAH!!!

.

Thursday, December 23, 2010

SULEIMAN AKHLAKEN


.
.
.

 tadi atas kapal fire-fly
sejuk sangat ujan kat luar
pergi hujan
balek hujan
nak tidur tak boleh
dah beku rasa macam dok europe
eheh

flip flip flip majalah
jumpa ni


IMAGINATION IS MORE IMPORTANT
THAN KNOWLEDGE
albert einstein



tetiba teringat alice in wonderland

ALL THE BEST PEOPLE ARE CRAZY
 
kewl huh?

orait guys
i think
i have lost my muchness
hahaha


penat ah

jumpa esok?

:)

.

Tuesday, December 21, 2010

SILAT PAKAI BATU

.
.
.

sedikit cerita pasal kerja. semalam. pengalaman pertama aku menyertai pemeriksaan bomba. di tumpat, kelantan. kewl. siapa-siapa di aliran akitektur pasti biasa dengan proses ini. pemeriksaan bomba perlu dilakukan untuk memastikan segala keperluan bomba diaplikasi dan berfungsi dengan baik pada bangunan. apa itu keperluan bomba? ya. bagus. taktahu mesti tanya. hahaha.

fire hydrant
hose reel
smoke detector
heat detector
emergency light
fire curtain 
fire escape
exit staircase
fire door


ini antara senarai keperluan. banyak lagi sebenarnya. pemeriksaan semalam dijalankan oleh 2 orang pegawai bomba dan disertai oleh kira-kira 11 orang lelaki. merangkap wakil jurutera, wakil kontraktor, wakil teknikal mekanikal, wakil teknikal elektrikal dan wakil tnb. wah. pastinya. aku seorang perempuan. di situ semuanya senior. dan aku lah yang paling banyak dibuli disoal oleh pegawai bomba, tuan zahari. nyata. tak semua aku tahu. akan tetapi, bos dari awal dah pesan,


' jika tak tahu jangan sesekali jawab taktahu '


hahaha. dalam keadaan panik aku jawab,


' tak pasti '

disambut dengan senyum sinis tuan zahari,


' macamana ni akitek tak pasti pulak dia '


tapi. satu kelebihan jika menjadi seorang perempuan dalam 11 orang lelaki, pasti nasib akan jadi agak baik. melihat aku terkulat-kulat, banyak juga soalan yang ditolong jawab oleh pegawai bomba itu sendiri. huhu. 

bagusnya pemeriksaan kali ni sebab pegawai bomba sangat informatif. aku suka. boleh dikatakan setiap satu point dia akan terangkan dengan detail kenapa ianya diperlukan.  kenapa perlu emergency light? kenapa pintu kecemasan perlu ditolak ke luar? dalam keadaan panik dan ruang dipenuhi asap, manusia hanya mampu bertahan selama 3 minit sahaja sebelum sesak nafas dan pengsan. dan hanya boleh bergerak tidak lebih dari 12 meter dalam masa seminit. jadi travel distance untuk larian menyelamatkan diri ke tempat yang selamat mesti tidak lebih dari 12 meter. wow!

paling kewl bila melihat bagaimana fire curtain berfungsi. apabila smoke detector atau heat detector diactivate, dalam masa 30saat terus fire curtain turun dan menutup bilik yang disembur dengan gas co2. timing perlu diset dengan betul supaya manusia sempat keluar dari tempat kejadian.


banyak yang aku perlu belajar. balek dari tumpat. terus aku cari jawapan.

















dalam buku ini. 
ilmu perlu digali.


tak perlu takut berhadapan kumpulan senior.
jika kita betul ingin belajar, pasti mereka bantu.


ye tak?


sesekali cerita pasal kerja. dunia aku.


.


moral of the story: 
lain kali sehari sebelum inspection
buat la revision sikit. bukan pegi ou.
layan koir krismas jingle bell.
hahahaha


dengar tu nasehat! 

.