BERANI NAK IKUT??

Tuesday, June 4, 2013

CERMIN CERMIN MELEKAT DI DINDING


.

.

.







“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling cantik di kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau, Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling kaya dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau lah orangnya Marina.”

“ Cermin, cermin melekat di dinding. Siapakah yang paling pandai dalam kawasan perumahan ini?”

“ Kau. Kau jugalah orangnya Marina.”

“ Jadi kenapa aku masih sendiri Cermin? Apa tak cukup cantik-kah aku? Tak cukup kaya-kah aku? Tak cukup pandai-kah aku?

Cermin diam.

“ Setiap kali aku ditemukan dengan seorang lelaki, semuanya serba tak kena. Aku dah letih berjumpa dengan lelaki yang salah!!”

Cermin lihat Marina menangis semahu-mahunya.

“ Kau tidak mencari lelaki yang melengkapkan hidup kau Marina. Kau mencari seorang yang sempurna. “

“Aku tak faham!”

“ Cukuplah hari-hari kau mengadap aku dan bertanyakan soalan yang sama. Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong“

Sebaik sahaja ayat yang terakhir dilafaz, Cermin terus pecah. Retak seribu. Marina terpinga.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Aku cantik.
Aku kaya.
Aku pandai.

Tapi aku hodoh.
Aku miskin.
Aku bodoh.

Tanpa kasih sayang.




“ Cermin!!! Kau pun tinggalkan aku!!”


” Kau tak pernah berubah Marina. Begitu juga dengan nasib kau. Sama. Yang ada cuma bongkak dan sombong.“



...

Petikan cerita yang bakal dimuatkan dalam Ex-Boifren II.


:)

24 comments:

Azhar Ibrahim said...

Ini, ini! Peh peh peh!

BonekadalamChermin said...

Azhar,

Kalau baca deep, dia jadi deep.
Tapi saya harap ia dibaca deep.

HAHA!

Amiey White said...

harap saya tak jadi sombong. cermin berhenti memuji diri saya. tak sabar tunggu exbf2!

Amiey White said...

harap saya tak jadi sombong. cermin berhenti memuji diri saya. tak sabar tunggu exbf2!

BonekadalamChermin said...

Amiey,

Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

...

Saya sedang bekerja kuat untuk hasilkan ExBF II. Sabarrrrr!

the dreamer said...

promising...pre-order? :)

BonekadalamChermin said...

The Dreamer,

Sekarang sedang dalam proses
menyiapkan semua sketches.

Siap saja, saya buka pre-order!

:D

Wadi AR said...

tazzabarnyaaaa nak tunggu zine kedua akak sepet

BonekadalamChermin said...

Wadi,

Jangan nak sepettt sangatttlahhhh!

Amalina said...

saya suka masa saya beli ex-bf I ada felt paper warna merah berbentuk hati di muka depan dan sticker comel di belakang.saya suka detail kecil seperti itu..

BonekadalamChermin said...

Amalina,

Thank you sebab sukaaa!

Setiap event, ExBF will come out with different fancy cover. So, boleh detect awak beli masa bila.

:D

hanaahmad said...

*berlari dapatkan chermin*

hanaahmad said...

*berlari dapatkan chermin*

Amalina said...

alamak kantoi pulak baru beli padahal dah lame kuar..hahah!

BonekadalamChermin said...

Hana Ahmad,

Jangan sampai Chermin retak.

Haha!

BonekadalamChermin said...

Amalina,

That's the beauty of noticing small details like 'love-shaped-felt-paper'.

:D

APi said...

Ini, ini! Peh peh peh! (2)

BonekadalamChermin said...

Api,

Pesen kopipes.

si ngokngek said...
This comment has been removed by the author.
si ngokngek said...

jika kita saling melengkapkan kita bakal jumpa sempurna yang kita carii.ya dakk..suka sukaa

BonekadalamChermin said...

Ngok Ngek,

yesszaaaaa! :D

ghost writer said...

jangan berhenti mencari lelaki yang betul.

BonekadalamChermin said...

Ghost,

Untuk aku,
pencarian aku telah berhenti.

:)

gadisBunga™ said...

aku book 3!