BERANI NAK IKUT??

Monday, May 2, 2011

TAK SUKA NANGIS



.
.
.



banyak banyak perkara dalam dunia. aku ialah orang yang tak suka mendengar alasan. maka aku juga seorang yang tak suka memberi alasan. kalau nak, aku buat. kalau taknak, aku tolak. omputeh kata, take it or leave it.

aku juga bukan pesen kipas orang atas bagi sejuk lebeh. bukan pesen nak petik kenal artis tu, kenal dato' ni. bukan. buat apa nak tumpang glemer orang lain? kehkeh. loser.

jadi kalau nak cerita hal hal yang berlaku sebulan sebelum submit final tesis kat lecturer, aku yakin lecturer akan bangga dengan effort aku untuk tak mudah putus asa. 

ya. kereta eksiden. orang langgar. faham kan nak kena setel repot polis insurans suma? remeh. outstation setiap minggu. pinjam kereta orang. faham kan kalau pinjam orang? ok. fine. kawan baik meninggal. oh. banyak.

dua hari sebelum final aku meeting kat kulai. jadi, faham kan berapa saja kudrat yang ada untuk siapkan suma? drive pegi balek dah makan sehari suntuk. kerja tetap kerja. 

aku bukan apa. tapi aku rasa adalah sangat relevan kalau lecturer bersungguh nak failedkan aku dengan ayat : masa pre-final kamu takada suma ni tapi masa final tiba tiba suma ada, dari mana kamu copy paste ni?

(bai, kau reti tak appreciate effort? ni namanya effort bai. effort!)

sebaliknya dia kena cakap : walaupun kamu keja macam nak mati, bos kamu tak penah port pasal kamu stadi, siap kenselkan intenet line kat pc kamu, dan dengan dugaan yang bermacam macam kamu berjaya hasilkan 17 board A1 serta model suma? 

...

ah. kalaulah dia tahu ye dak? bak kata mak aku, takpala arin. orang bukan tau masalah kita.

dan. pertama kali juga aku kol abah dan menangis. pertama kali.








...

kepada kawan kawan yang banyak gila bantu aku
aku rasa bersalah sangat dengan korang bila gagal

seriyes



gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya?
ok. jangan bagi ayat ni kat aku. aku emosi. heh!







... 

ok last. siapakah abang tegap kat shoutbox tu???


(saja nak divert kesedihan. huhuhu. dah. jom qada' tido!)




:'(



.

29 comments:

ewanthology said...

usaha tangga kejayaan.

kejam sungguh bos kamu tu yea sampai cancelkan line internet lagi.

cikceriacorner said...

sabau ye bonbon..

setuju ngan mak bonbon ckp...org bkn tau masalah kite..

setiap dugaan pasti ada hikmah yg tersembunyi..

sabau tau..

meh kite senyum dan ketawa..heheheh..ceriakan ati kite tau..heheheh

Muna Zaen said...

sabo beb...
aku pun takleh buat cam ko...
ko ni hebatla..
inilah langkah2 ke arah kejayaan..
kejayaan kan ada macam2 cara...

Muna Zaen said...
This comment has been removed by the author.
uncle gedek said...

Olololo....

Comelnya call abah untok nangis.....

(don't worry... Uncle janji... bukan end of the world.)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Ayen . sabau jelah. cuba dan terus cuba. orang tak tahu masalah kita dan dorang tak pernah pikir masalah kita.

bujal X said...

mahu smoothie sabar menanti?

Dr K said...

Sabarlah...
Anggap ini ujian Allah..

Saya tahu berat rasanya..
Setelah berhempas pulas buat segala macam...di tuduh pulak plagiat hasil orang...

Semoga akan lebih cemerlang lepas ni..

MasZuber said...

sabar my fren.

jom ikot aku pi terengganu!

tupaimerah said...

errr... shoutbox tu kat mana?

h4ni3 said...

ada hikmah tu..
.. ada hikmah.. He knows best!

tapi, memang terkilan kalau pengorbanan tak dihargai kan :'(

miss nina said...

reen, apa yang kamu buat mungkin jalannya begitu , tidak seperti yang dirancang.

insyaAllah, yang baik-baik untuk kamu nanti. ada hikmahnya reen.

btw- MN juga ada kisah yang seperti begitu sekitar 2003. masa test (mujur bukan exam), sakit perut, siap dapat mc, merayu-rayu minta re-sit test, tak boleh. 10% carry mark rugi reen. kecewa jangan cakaplah.. dah la paper tough, 4jam kredit. takpelah, dah bukan rezeki.

ghost said...

hye Ayin..

well benarlah apa yang mak kamu kata,tak ramai yang faham akan masalah kita.lebih banyak yang melihat apa yang kita lakukan dengan suatu pandangan yang kecil,sedang pada luasnya kita telah berusaha sedaya mampu.but its ok..kita telah diajar untuk lebih banyak belajar tentang kehidupan dan kenyataan begini,so hadapi.ia lebih baik dari tiada apa langsung yang kita terima dan pelajari...

Hantu Kak Limah said...

go..go..go...chaiyok...chaiyok... X semue yg kite impikan dtg bergolek tanpa halangan...

pembaris said...

lecturer melayu saya rasa...

si para para said...

kegagalan tu mengajar kita seribu erti..
betul..gagal tu pahit.. perit... sakit.. tapi untuk berjaya semua tu kita kena telan jugak.. ye dak?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tenang beb... lu boleh juga menangis masa kol gua.. percayalah

cik fiza said...

bersabarlah sis.. biar org tak tahu menilai apa yg kita buat.. Allah tau.. jangan sedey2 ek...

Aleen Aiden said...

meh nak flag pesbuk lecturer kau tuh.keh3

Mutiara Bernilai said...

syg,
xsemua org mahu tahu apa rasanya pakai kasut kita..

masing2 xfaham masalah masing2..

hanya satu, sabar je la neh.

pasti ade pelangi lpas ni.

:)

gadisBunga™ said...

kamu tu gadis tabah tahu?

DeLancrettLurpak said...

takziah...


tiada ayat utk mengubat kesedihan..
tapi berdoa itu membantu..
begitu juga menangis..


aku selalu nangis masa buat phd ni.. dah jadik hobby aku , heheheh

Hidayati Farhan said...

gagal skali x smestinya gagal terus. kamu x pernah gagal kan saya dgn ayt2 kamu. so jgn gagal

p/s saya bukan abg tegap tu. ehehehe

Chereta Chenta said...

setuju ngan parents kamu...org bukan tau masalah kita....

Azira Mohamad said...

olololo...manjanya.mesti ank babah ni...he he he
Sabar ye reen,kdg2 bukan smua org yg tahu menghargai penat lelah kita.

± said...

well said oleh kawan2 kat atas. shud i say more?

ada org x suka kena console dgn harapan dan kata2 manis. ujian dari Dia itu sesuatu yg sgt misteri. itu je mampu ckp. be tough!

Anonymous said...

haihh..lama gile x dtg sini sbb layan emosi sengsorang kat umah sewa dlm kampong kat bandar seri begawan yg slalu banjir kalo hujan...

tumpang sedeh baca..

xleh nak komen pe..
tapi, omputeh cakap..things happen for a reason..

i dedicate lagu "hadapi dgn senyuman - dewa kat awk.





psssst....bak sini address umah lecturer awk, nak p bakar reban ayam dia. berani dia fail kan awk??? hangen 1 badan dgr nih..~

naddy said...

suka word..org bukan tau masalah kita;D

Ahmad Hamzah said...

giler gagah wehhh haha