BERANI NAK IKUT??

Wednesday, October 12, 2011

TAKUT BAYANG-BAYANG



.
.
.


sedikit perkongsian pendapat. 

semalam aku luangkan masa berbual secara maya. dengan 2 orang rakan. perbualan berlaku pada masa yang sama. 1 di fesbuk. 1 lagi di ym. 

perbualan di fesbuk ialah tentang perkara/permasalahan yang sering dihadapi apabila seseorang menempuh ke alam baru, iaitu kehidupan selepas berkahwin. cerita tentang persediaan mental. cerita tentang keluarga mertua. dan macam-macam lagi. ada yang kelakar. BANYAK yang ngeri. heh.

perbualan di ym pula tentang masalah yang dihadapi dalam alam percintaan. cerita tentang kriteria. cerita tentang expectations. cerita tentang 'ah. susah sangat ke dia nak faham aku?' 'kenapa susah sangat nak cari perempuan pandai masak sekarang ni?'. more to luahan perasaan which i always listened tosomething like that lah. 

kesimpulan yang aku peroleh daripada kedua-dua perbualan tersebut ialah, kita sering membuat andaian atau tekaan mengenai masa depan. dan andaian itu kebanyakannya berunsur negatif yang menjadikan kita takut nak tempuh masa akan datang. takut nak cuba. bimbang gagal. risau jadi macam si A. entah-entah end up jadi macam si B. nanti orang cakap macam ni. si polan tuduh macam tu. rimas bukan? persetankan!


apa-apa pun kita kena tahu apa yang kita mahu. masalah yang sering berlaku ialah kita sendiri gagal menilai diri sendiri. sendiri taktahu apa yang kita perlu. jadi, kalau awak pun tak kenal diri awak, macamana pasangan nak kenal awak? 


...


'kenapala kita gaduh dulu kan ayen? u yang paling faham i'


'haha. jodoh kan bukan kat tangan kita'


'itula yang i regret'


'tak perlu regret sangat lah. u tau x? sebab kita 2 best lah tak boleh end up together. kita kena share dengan orang lain. barula balance!'


'ok. make sense. haha'








kalau awak sentiasa mencari salah
awak mesti akan jumpa sebab awak cari

kan?

.



31 comments:

Anonymous said...

pasal masalah memahami, tak payah susah nak buat orang faham diri kita atau cuba fahami orang lain. tak berapa perlu (pada aku), yang penting (pada aku jugak) kena sentiasa belajar menerima walau pun susah macam g*mp*ng. arios!

BonekadalamChermin said...

SM,

kan? itula keywordnya MEMAHAMI.
budak pandai kau ni.

(tak perlu nak letak * sangatlah kan?)

Anonymous said...

aku tau aku pandai sebab tu aku berani terjah blog orang pandai. hahahaa...!

ewanthology said...

kalau asyik fikir yg negatif je, nanti satu ape pun tak jadi.

u never try, u never know

uncle gedek said...

Alaaa....

tak buat sketch sendiri...?

(cari perfect strangers!)

Aleen Aiden said...

ebab kita 2 best lah tak boleh end up together. kita kena share dengan orang lain. barula balance!'

keh3.memang make sense.puiii!bes la sgt kau kak..geli!hik3

ghost said...

suatu yang sangat sulit untuk dibayangkan adalah apa yang akan terjadi di hadapan hari kita.kerna sulitnya,kita terlupa untuk melakukan persediaan dan memahami bahwa setiap dari kita pasti akan lalui apa yang telah direncanakan takdir untuk kita.beruntung bagi sapa yang diberi peringatan.

soal hubungan juga bukan suatu yang kita boleh sambungkan & then kita perbesarkan dan seterusnya kita perkecilkan semula.

BonekadalamChermin said...

SM,

ah. poyo!

BonekadalamChermin said...

DELAROCHA,

nak berjaya mesti kena gagal dulu org kata.

org yg kata.

BonekadalamChermin said...

UNCLE,

x sempatla uncle.

(sy rasa sy dh jumpa!)

BonekadalamChermin said...

ALEEN,

gaya macam nak cari gadoh je ni..

:D

BonekadalamChermin said...

GHOST,

kau tetap macam selalu
punya pendapat dlm konteks ayat yg berat


:)

cik fiza said...

relationship ni kdg complicated sis... masa berkawan kdg lain.. masa bchenta chintun jd lain.. kawen pn mgkin lain juga... tp kena ada give n take.. xleh nk salahkan org lain jek... huhuhu

Azira Mohamad said...

sebenarnya..qada' kita Tuhan dh ttpkan awal2 lagi..nak tak nak kita mmg akan tempuh dan lalui saat itu. Jadi sblm kita tempoh, sediakan payung sblm hujan.kalau xsempat sedia jugak..kena sntiasa tabah dan redha dan sntiasa ingt yg di ATAS.

jgn give up..think +...lalui dulu mslh tu baru korang tau apa yg terjd. sbb mnsia ni bila dlm keadaan terdesak otaknya akan mnjd lbh kreatif kan? adakah...
urmmmm...

gadisBunga™ said...

betul....... *sambil air mata menitik.....

Waqheh said...

MASTER OF PUPPET

BonekadalamChermin said...

CIKFIZA,

membaca hati adalah perkara paling kritikal dlm diari hidup

*yawn

BonekadalamChermin said...

k ZIRA,

terima kaseh atas nasehat
semoga + sentiasa di fikiran sy!


:)

BonekadalamChermin said...

GB,

macam hell kan?

*sedu sedan*

BonekadalamChermin said...

WAQEH,

hai awak

gugel translet yeh?


:p

Unknown said...

jadi kesimpulannya jangan cari salah orang lain..hoho

Anonymous said...

jadi jgnlah cari. kan?




hihik

BonekadalamChermin said...

FINAZ,

yeszzaaa!

kalau cari mesti jumpa
er, tp ada gak kekdg yg kita cari x jumpa2 ye dak?


:D

BonekadalamChermin said...

MACY,

eh
sama pulak komen ha dgn finaz!
hehehe

Unknown said...

macam main bola jugak la kan.. kalu takdak kesesuaian dan kesepahaman lebih dan kurang, payah nak dapat seronok main satu team

*mood lepas trening.

hehek

yanmaneee said...

valentino shoes
adidas superstar shoes
golden goose
nike air max 270
air max
nike air vapormax
michael kors handbags
yeezy boost
michael kors purses
nike air force 1 low

wheeru said...

par ici https://www.dolabuy.su source utile répliques de sacs de créateurs bon marché jetez un œil à ce site Web Dolabuy Bottega Veneta

Unknown said...

see this here Dolabuy Prada check that Louis Vuitton Dolabuy visit the site bags replica ysl

Unknown said...

resource high quality designer replica check out this site high quality replica bags visit our website replica louis vuitton bags

Unknown said...

important site replica designer bags wholesale directory Dolabuy Loewe visit here dolabuy

neepsa said...

g4b41e5z46 b4k26y4t64 d2g57q2u90 n0x73j9f25 j8o38u7t63 k4w74q3g00