BERANI NAK IKUT??

Monday, October 22, 2012

POPCORN PERISA WASABI



.
.

.

perihal adab. aku masih ingat sewaktu usiaku 7-8 tahun, mak pesan, 'kalau pergi rumah orang, sedap macamanapun makanan yang dihidang, makannya cuma sikit. jangan tambah.' tetapi pesan akan tetap tinggal pesan sebabnya tuan rumah akan paksa juga kita tambah. betul tak? kalau tak nanti tuan rumah ingat dia masak tak sedap pula. kan? kan? haha.

bila menginjak usia remaja, aku tanya semula kenapa mak pesan macam tu? mak cakap itu adab namanya. kalau kat rumah orang janganlah tunjuk yang kita ni kebulur macam lapar sangat. seganla mak. macam mak tak bagi makan je kat rumah. aku terus ketawa. sebabnya aku fikir mak cuma bergurau secara sinis.
 
sekarang. buat aku teringat semula pesanan itu. mak pernah cerita, waktu aku kecil, pergi rumah orang, kalau ada yang aku berkenan (selalunya makanan) aku akan puji dulu. contohnya, sedapnyaaaa bau kek niiiiii. pandainya acik masakkkkk. dan tuan rumah akan sendirinya pelawa. nak ke? mak cakap. yang ini dia tak ajar. kek mana ada bau kuat. kalau belacan yelah. ini politik. bodek. haha.ini iklan.

pokok pangkal di sini. perihal adab ni satu benda yang susah nak diajar. banyak lagi. adab bercakap dengan orang yang lebih tua. adab bertandang ke rumah orang. dan lain-lain adab lagi. disebabkan usiaku yang semakin senja, aku lihat ramai anak muda yang semakin kurang adab dan susila. nak salahkan siapa? 



.


ke, zaman whatsapp sekarang
adab-adab ni dah tak releven?
gitewwww

p/s: entri ini hanya general thoughts


:')



34 comments:

Lady Windsor said...

betul..budak2 skang ni kurang adab...kita stok kakak dipanggilnya makcik! kehkehkeh!

the malay male said...

budak zaman Skrg jarang jumpa org secara realiti, sekadar jumpa kawan2 di alam maya.... Tu pasal x pernah tahu atau amik tahu perihal adab adab ni.

pemuzik jalanan said...

:( nanti saya tak buat lagi.

gadisBunga™ said...

biar takde watsap.

jangan takde adab.

:D

conundrum said...

huhu nak sket popcorn wasabi!!

Felly Sophia said...

Saya lebih rela makan choki-choki drpd makan popcorn wasabi. ;p

ghost writer said...

dah dipelawa makan jer lar

faraherda.razalan said...

Tapi pop corn wasabi tu, relevan ke dgn entry ni...?


Heee~



Gurau je.

BonekadalamChermin said...

LW,

ok. itu funny!

:D

BonekadalamChermin said...

MALAY MALE,

mungkin antara sebab juga.
zaman dah berubah,

BonekadalamChermin said...

PEMUZIK JALANAN,

len kali datang umah jangan duduk luar tau. saya terasa sebab takda sofa.


HAHAHAHA

BonekadalamChermin said...

GADIS BUNGA,

ok, itu aku terasaaaaa!

KAHKAH!

BonekadalamChermin said...

CONUNDRUM,

makan sikit
sengat dia sampai ke rongga hidung

HAHA

BonekadalamChermin said...

FELLY,

sweet toothed!

:D

BonekadalamChermin said...

GHOST,

ya. yang dipelawa lain pula cerita.

:)

BonekadalamChermin said...

FARAHERDA,

ya. releven.
cuba dalami.

:D

Daddy Ziyyad said...

dah pandai main politik kecik2 ya..bahahaha

masih tgh perah otak tang mana kena mengena dgn popcorn wasabi nya..;P

BonekadalamChermin said...

DADDY,

pengaruh rakan sebaya rasanya.
haha!

Päk Läng said...

kalau makan kat rumah hang, memang tak boleh nak pura² makan sikit la
ini serius

APi said...

tuan rumah pun satu, makanan dah nak habis ditambahnya lagi haa.. eh

azieazah said...

Kami dulu, kalu orang mai rumah (tetamu), kami jenguk muka gerenti kena cubit. Mak tak kasi kami menyibuk! Takdak adat, dia kata (maksudnya adab)

BonekadalamChermin said...

PAK LANG,

kalau umah aku
cerita lainlaaa

HAHAHAHA!

BonekadalamChermin said...

API,

ni lagi sorang!
kalau saya tuan umah,
lain ceritaaaaa~~~~

ohoi!

:D

BonekadalamChermin said...

kak AZIE,

yaaaa
benda-benda ceginilah
yang saya nak share!

tetamu datang ja
otometik masuk dapur buat air!

kalau pi umah orang
otometik akan bawa buah tangan!

:D

Nong Andy said...

byk sngat dari arwah nenek.. sampai tak ingat nak share mana satu hehehe...

*lukisan itu sangat cantik!! :D

BonekadalamChermin said...

NONG ANDY,

kan? petua-petua, bebel-bebel dan pantang larang yang dah tak releven di zaman whatsapp.

haha!

*lukisan itu untuk keluaran zine seterusnyaaaaa!

zino said...

masyarakat sekarang di momok kan budaya menentang apa saja... anak muda terikut2 sebagai satu perkara yg normal..

bila di alam siber tak ada batasan lagi dan tak ada siapa dah nak menegur..

PK said...

adabi masih releven lagi kot. biarpun dah diambil alih oleh org bukan melayu. *tiada kaitan.

selagi ada majlis kenduri duduk bersila bersimpuh makan satu talam, adab masih ada. sikit.

pembaris said...

masa saya menjadi tetamu di rumah ornag selangor,ketiga2 lelaki kedah makan cucur tinggal sepinggan dalam pinggan.bila tuan rumah tambah,ketiga2 balun lagi tapi tinggal seijik dalam pinggan.berulang 3,4 kali.tuan rumah hairan.saya kira ini adab

Aim Mizie said...

Bukan salah ibu mengandung.

BonekadalamChermin said...

ZINO,

ya. bimbang.

:'(

BonekadalamChermin said...

PK,

adab yang ditentukan adat.

BonekadalamChermin said...

PEMBARIS,

rasanya itu lahap
tapi masih berlapik

haha!

BonekadalamChermin said...

AIM,

tentunya.

:)