.
.
.
ini adalah sedikit coretan mengenai perkahwinan. tercetus idea menulis ini daripada satu dialog yang aku dengar berbunyi,
' 40 ribu mana cukup kalau nak kahwin beb. kena topap lagi! '
aku senyum. aku mula menghitung berapa belanja yang aku keluarkan sewaktu majlisku dulu. tak ada pinjaman bank yang dilakukan. aku cuma meminjam sedikit wang dengan kawan-kawan dan simpanan sendiri. semua sekali jumlahnya cuma rm 9,500.
dengan rm 9,500 aku bayar deposit pelamin, fotografer, tempah baju sanding, baju nikah, beli baju seragam untuk mak ayah dan adik beradik, beli goodies untuk 500 tetamu, tempah kad, poskad, bayar separuh kos homestay yang disediakan untuk kawan-kawan dan sedara jauh, juga beberapa aksesori ricik yang lain.
untuk perbelanjaan kenduri, memang mak ayah yang taja. tak ada hiasan bilik pengantin beriya. semuanya sangat minimal. dan pada aku, ia cukup meriah. lauk kenduri habis ngam-ngam. goodies untuk tetamu habis awal, seawal jam 3 petang. mak dah mula gelisah. jadi, hadiah bunga pahar yang sepatutnya dijadikan hantaran buat aku dari pihak suami, dijadikan cenderahati kepada tetamu. apa saja. apa saja yang tinggal, semua dijadikan cenderahati. kenangan. ya. ia kenangan indah.
...
ehem. ketahuilah, dalam keghairahan kita meraikan hari istimewa, banyak pembaziran yang telah dilakukan. siapa yang boleh menjamin yang ianya bakal jadi sekali seumur hidup bukan? maka, bersederhanalah.
:)
rindu oi kat suami!
.
15 comments:
kalau boleh..nak nikah je. nikah sahaja. kan senang? tak letih kemas rumah. hahahaha itu yg saya fikir. tak letih kemas rumah. teheeeeeee.
Kehidupan lps kawin lg penting utk dispendkan. Syg betul bils tgk byk pembaziran!
sekarang ni kemeriahan, kepuasan diukur dengan sebanyak mana belanja dikeluarkan. (menunjuk? trend?)
Adik ipar saya kahwin kan anak, terbazir satu bungkus gula-gula goodies satu bungkus plastik hitam yang besar!
btol 2 kak..yg penting perbelanjaan selepas kahwin..member mane nk ambek tahu pasal kita lepas kahwin..semoga terus bahgia ngn abam phan..hehe..:)
Simple tapi sangat memorable. :')
idola saya!
setuju 100% :)
Selamat Ultah akak !!!
bersederhanalah,itu yang lebih baik..
kite yg takdak suami nak nak rindu kat sapa.hiks
sweety! hehe..
tulah, kenduri sekarang banyak ngat pembaziran..
selamat ultah :)
golden goose outlet
kate spade handbags
jimmy choo
polo ralph lauren
birkin bag
goyard handbags
converse shoes
nike air vapormax
nike basketball shoes
nike air max
Lucky Club - Lucky Club Live
Lucky Club. Welcome to Lucky Club. Lucky luckyclub.live Club. Casino website. You will be offered 24/7 hours, with 24/7 live chat and instant withdrawals.
useful referencesee it here this contact formVisit This Link SourceClick This Link
n6z54o4b30 m7p82n4j48 k8h99s4g13 q7d48n2e42 k1e64l3e82 k8h98w5p81
Post a Comment