BERANI NAK IKUT??

Thursday, June 9, 2011

Edisi Monolog: PERNAH SUATU MASA


.
.
.


pernah suatu masa aku agungkan lelaki putih dan tinggi. dapat. bercinta. sekejap. 7 tahun. putus.
 
pernah suatu masa aku agungkan lelaki hensem dan gagah. dapat. bercinta. sekejap. 5 tahun. putus.

pernah suatu masa aku agungkan lelaki pandai masak. dapat. bercinta. sekejap. setengah tahun. putus.
 
pernah suatu masa aku agungkan lelaki pandai main gitar. dapat. bercinta. sekejap. empat bulan. putus.

hinggakan pernah suatu masa aku sudah tak tahu apa yang aku mahu. kerana setiap angan yang aku cipta berakhir dengan kecewa.

pernah suatu masa aku rasakan Tuhan terus bertanya, apa lagi yang kau mahu dan apa lagi yang aku tak tunaikan? katakan. 

ya. semua yang aku mahu aku pernah dapat. tapi ianya tidak kekal. cuma sekejap. singgah sebentar sahaja.

sampai masa aku lelah. menung sendiri. benar kata ayat ini. kadang kadang apa yang kita fikir bagus untuk kita tapi sebenarnya ia tidak. sesungguhnya Allah lebih tahu.



...


aku lupa
lupa untuk minta seorang yang baik hatinya

:)


hmmmm
sekali sekala bermonolog
soal jodoh itu rahsia Allah bukan?

pernah juga suatu masa seseorang pernah berkata,
'kalau ditakdirkan tak ada jodoh sampai ke tua pun tak apa
janji kau hepi ayen'

walaupun aku tak setuju tapi aku diam saja
setiap kita dilahirkan berpasang pasang
aku percaya itu


...


hey kamu yang membaca
aku tak punya banyak masa mahu balas komen
sabar ya?



jom!



.







18 comments:

uncle gedek said...

Lelaki tua yang beruban...?

Ada dalam list?

ankeljonni said...

aku... aku... pilihlah aku... aku sorang laki yg sopan santun... (sambil angkat2 tangan)


harharharhar..

Anonymous said...

wahhhhh...i like it! ahak! ahak!




dalam sibuk dia buat bunga,
sempat lagi monolog ehhh???



sila diet.

diet.

diet.

diet.

Muna Zaen said...

ya..saya setuju.

MasZuber said...

wish u all the best my fren.

bujal X said...

lelaki badan besar muka senyum.mahu kah?

*jangan layan uncle tu~~he~~

Dr K said...

Pinta dengan tuhan supaya kamu bertemu lelaki yang beriman dan baik akhlaknya..Insya Allah boleh kekal sampai ke jinjang pelamin...Aminnn

Chereta Chenta said...

aku juga sedang mencari...seorang lelaki yang hensem dan baik hati...ahaks

miloaiskurangmanis said...

setuju dengan Daddy Ziyyad....

insyaallah.... akan ketemu...

pembaris said...

lelaki sentimental dah cuba...??

tupaimerah said...

saya tak pernah...

cik emymilia said...

pernah suatu masa...aku give up dengan ini semua.....uhuk!uhuk!

ghost said...

tau kalau dalam hidup harus berpasang-pasangan..tapi bukan untuk bertukar pasangan.kadang bila kita fikirkan ia cuma satu hukuman.

gadisBunga™ said...

aku rasa mau jatuh kerusi sume blogger berkaitan bila cerita cinta ko ni diuar2kan nanti. ahahaha!!!

Azira Mohamad said...

kita hanya merangcang tp..TUHAN yg tentukan.

maCy said...

pilih macy pilih macy!

saudagar gaRAM.. said...

good one..buat gua terpikir..

yanmaneee said...

fitflops sale clearance
ralph lauren uk
hermes
kyrie 3
golden goose sneakers
curry shoes
michael kors outlet
adidas nmd
nike hyperdunk
adidas gazelle sale