BERANI NAK IKUT??

Thursday, June 16, 2011

GARANG TAPI GOYANG

.
.
.


hai. sedikit cerita yang tak ada motif ingin dikongsi. heh. cerita kerja. dunia pekerjaan aku dikelilingi lelaki. pergi meeting. mesyuarat tapak. inspection bangunan. rata-rata manusia keliling semuanya lelaki. ok. intro yang bosan.

untuk itu aku perlu menjadi wanita yang garang. walaupun aku tahu jiwa aku bukanlah seperti itu. baiklah. cukup. ceritanya bermula begini.

aku sedang handle 2 projek fast-track. sebut saja fast, semua benda mesti nak kena fast. decision making kena cepat. satu di johor. satu di pahang nun. 

pada suatu hari aku telah menerima satu panggilan telefon. dari seorang kontraktor di johor yang telah gagal meet dateline. ah. bahasa rojak. sori. 

tutttt...tuttttt...telefon bimbitku berbunyi. kehkeh. aku pun angkat.

aku: helo. assalamualaikum.

mus: helo rin. waalaikumsalam. aku tak sempatla nak hantar sample tu hari ni. aku demam ni. 2-3 hari lagi boleh tak?

aku: kau ni mus. asal dateline je kau demamla. nenek kawen la. bini mengandung la. mende? dari last week delay ni. (suara tegas)

mus: seriyes aku demam ni. 

aku: mintak sesapa yang boleh hantar, hantar segera. kalau tak aku akan isu surat komplen. kontraktor tak perform, cc kat client

mus: yelah. aku try. (suara down)

seminggu berlalu. wakil kontraktor datang opis. hantar sample tu. din yang datang. bukan mus. aku pun tanya.

aku: eh, kau yang datang din? mana mus?

din: mus masuk wad. dekat 4-5 hari jugak. saspek virus dalam darah. hari ni pun dia tak masuk keja lagi.

peh. dengan segera aku rasa bersalah. bersalah marah dia tuhari. lepas din balik, aku kol mus.

aku: weh mus. ko ok tak ni? sampai masuk wad ke?? ingatkan kau demam sikit-sikit. rupanya banyak-banyak?

mus: aku tau kau sayang kat aku rin. cuba kau terus terang je.

ceh. dengan segera juga aku menyesal kol dia. sekian. tamat.




...














sibuk sebenarnya dok kelepet bunga ni hari-hari
nampak macam senang tapi tak senang tahu?

*err, cik rahimah oi
ini lew bunga nyeeee!!





.

23 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kelepet bunga kemas-kemas.
macam hati akak yang berbunga-bunga.

kan?

;)

Unknown said...

SALAM,
ADA KETIKANYA KITA PERLU MEMPAMIRKAN SIKAP KETEGASAN KITA KPD ORANG LAIN ! BAGUS TU, KALAU "TERLEBIH" , KITA MINTA MAAF

Anonymous said...

cantek.....

nak 8 dozen boleh?



:P

bujal X said...

bonbon~~ai demam ah~~

Dr K said...

segarang garang wanita...ada sifat penyayang nya....:)

miloaiskurangmanis said...

garang bertempat tak pe nokkkk....
kalo tak nanti... teruk lah kena buli kan???

lembut gak eh tangan uols.. bleh buat bunga tu! ayu sangat rasanya! heheheh

Aleen Aiden said...

eceh,nak suweet2 juga macam aku.tapi aku lagi suweet kat kak togey?hahah! :P

Hantu Kak Limah said...

selalu mmng camtu..dah lepas marah..baru cool...
bunga tu...
cantik..
sejuk je memandang...
hati jadi tenang jer...
x jadi nk marah org...
hehehehehehe...

fISZ said...

e eh..cantiknye bunge... Nak wat bunge telur ke ;)

Azira Mohamad said...

wanita..
wlpn kat luar nampak tegas
tetapi..
di dalam masih lg tersimpan kelembutan dan keayuannya :)

ghost said...

takper ayin,janji kita dah bertegas sebagai seorang yang telah diamanahkan dengan satu-satu tugas..bila dah tau macam tuh sekurang-kurangnya ada kata maaf yang dihulur.

uncle gedek said...

Bunga yang cantik memang sentiasa dikelilingi oleh kumbang...

pembaris said...

sila buat return call lagi sekali...

skandaLdariLangit said...

call la ai. baru ai tau u sayang ai tau~ keh2

Unknown said...

haha itu, kelakar.

mus comel.

tapi jahat.

tapi comel.

argh.

M a W a D D a H said...

garang tapi baik hati..:)

Anonymous said...

ohooiii... cantik ok bunga tuh..!

ngaku je lah kau suke dia~

kakakakaka..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
awak bila nak update ne

fatin said...

kaler bunge tuh..purple..ur fav kaler tul x..

gadisBunga™ said...

tu yg aku malas nak buat baik dgn lelaki tuh! hahaha!!!

Aloy Paradoks said...

eh,dah rajin buat bunga lak skrg...

yanmaneee said...

kobe 11
michael kors
james harden shoes
fila
adidas stan smith women
timberland shoes
nike off white
jordan 6
nike huarache
christian louboutin shoes

Anonymous said...

supreme new york
hermes outlet
hermes
jordan 12
off white outlet