BERANI NAK IKUT??

Thursday, August 4, 2011

DUNIA MAKCIK FATIMOH (part 2)

.
.

.

' terbang nak! terbang! '

belum sempat aku capai kad pengenalan yang diunjur, anak mata terus dipaksa menyorot ke arah lontaran suara makcik. oh ya. makcik fatimoh. sempat aku baca namanya tadi. 

sekeping kertas putih. terbang. melayang. kelihatan makcik fatimoh bergegas mahu ke arah itu.

' nak kemana tu makcik? '

' nak ambil kertas tu. makcik dah tandatangan situ. dah macam akujanji '

' oh. makcik duduk sini. saya ambil. panas terik ni. nanti orang curi masuk toilet pula. ' 

makcik akur. bingkas aku bangun ke arah kertas mendarat. ok masuk dalam longkang yang agak dalam. dekat 2 kaki juga. (2 kaki = 600mm) 

' ada air tak nak? baik-baik! '

' keringla makcik! sekejap! sekejap! ok dah dapat '




TANDAS AWAM MASUK 30SEN. itulah kata-kata yang tertera pada kertas yang terbang tadi. aku senyum sendiri. di satu sudut bawah sebelah kanan ada tandatangan di situ. makcik oh makcik. ngomelku sendiri.

sebaik saja aku hulur, makcik terus melekatkan semula kertas itu di tempat asalnya. di dinding bahagian hadapan toilet.




' gam sekarang ni susah betul. susah nak lekat. macam budak-budak sekarang juga. susah nak ajar '

' gam tu tak salah sangat makcik. angin ha yang kuat. '

makcik kembali duduk. nampak tenang saja. tak dibalasnya sangkalan aku. setuju mungkin. 

' ni ha. cuba kau tengok. makcik lahir tahun berapa? '

461124...peh. tahun 1946. lebih kurang umur nenek aku. tapi makcik kelihatan kuat. dan sihat. banyak minum milo mungkin.

' makcik dah 65 tahun ni. tak perlu la kau nak congak beriya '

kehkeh. boleh tahan juga makcik ni. macam tau-tau saja aku tengah kira umur dia. 

' kau tengok ni eh. makcik mula pakai tudung masa umur dah nak masuk 40. orang dulu walaupun pegi sekolah pakai pinafor, pakai seluar pendek macam seksi-seksi menjolok mata tapi susah nak jumpa kes buang anak macam sekarang. kau ingat senang nak keluar deting zaman dulu? sekali kena cekup malu sekampung kau tau '

ujar makcik fatimoh sambil menunjukkan sekeping demi sekeping salinan kad pengenalan lama beserta beberapa gambar berukuran paspot. 

' macam sekarang ni orang nak cakap isu agama, kau alim tak alim nak ukur kat tudung yang dipakai. lebai ketayap songkok. tak ada gunanya. pokok pangkal hati kau baik nak. alim tak alim amalan kau. tu semua cerita kau dengan Tuhan '

aku diam. tak ada modal nak mencelah. bercakap soal tuntutan agama dan ukuran hati budi seseorang itu adalah dua perkara berbeza. itu pendapat aku. 

' hmmm. anak makcik berapa orang semua? '

aku cuba ubah topik. 

' makcik ni divorce nak. janda. anak sorang saja. lelaki '

' oh. maafla ya.'

pendek saja dari aku. bimbang tersentuh isu sensitif. 

' nasib baik sorang saja nak. sorang pun perangai pesen macam sebelas orang. dah kawin pun tiap-tiap bulan mintak duit dari makcik lagi. tak cukup katanya. '

makcik sambung lagi.

' syukurlah tiap-tiap bulan makcik dapat duit sumbangan dari kerajaan. boleh juga makcik kumpul-kumpul beli cincin emas. nanti makcik mati ada juga barang yang boleh anak makcik gadai. buat beli kain kapan. '

peh. panjang lebar. luahan yang padat. dari seorang insan bergelar ibu. ditinggalkan suami. dan pada umur 65 tahun masih lagi bekerja untuk menyara diri. bukan setakat diri sendiri malah masih menyara seorang anak lelaki. 

dah. fikirlah sendiri. tamat.



...

nasib setiap individu tak sama
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya


SALAM RAMADHAN 1432H buat semua


:)




.


42 comments:

ghost said...

tuh yang aku selalu marah kat adik lelaki aku yang dah kawen tuh.beriya nak kawen tapi masih nak ushar duit mak dia.nak kata tak keje,keje.payah sungguh.

macik dengan usia 65 tahun.aku dapat rasakan karmanya kat situ.berulang aku fikir bahwa karma akan datang kembali dari usia muda kita.

ewanthology said...

kasihan...

miloaiskurangmanis said...

'syukurlah tiap-tiap bulan makcik dapat duit sumbangan dari kerajaan. boleh juga makcik kumpul-kumpul beli cincin emas. nanti makcik mati ada juga barang yang boleh anak makcik gadai. buat beli kain kapan'

sedihnya baca!

Dr K said...

Huh! Ada cerpen. Haha..

Jap...saya nak baca Part 1

bujal X said...

tua2 pun kena kerja~haih~

norh said...

Salam Ramadhan BDC

miss nina said...

salam ramadhan juga
kisah makcik fatimah antara jutaan kisah dalam dunia. kisah kita nanti, bagaimana ya? harapnya..yang baik dari Allah SWT,amin

cikceriacorner said...

moga makcik fatimah sihat dan ceria selalu..

uncle gedek said...

god works in mysterious ways...

MasZuber said...

sian macik tue...

ankeljonni said...

weiii... ko buat apa dalam longkang tu.... naik... naik...


harharharhar...

gadisBunga™ said...

aku harap ko dapat jumpa semula dgn makcik tu lepas ni...

Klara Naimm, said...

makcik tu betoi-betoi tabah. fuhh

Aleen Aiden said...

gam sekarang ni susah betul. susah nak lekat. macam budak-budak sekarang juga. susah nak ajar '

muahaha,yg ni klo aku sentap kejap.



ok nak smbung baca lg.

BonekadalamChermin said...

GHOST,

'budak-budak sekarang susah nak ajar'

:)

BonekadalamChermin said...

DELAROCHA,

ya. sy sgt simpati.

BonekadalamChermin said...

MILOAIS,

duduk berhadapan dgn dia lagi hiba rasa. :(

BonekadalamChermin said...

DrDADDY,

dah abis baca part 1?

BonekadalamChermin said...

BUJAL,

harap ainul dan adiknya++ dpt jaga kamu dgn baik nanti ya?

BonekadalamChermin said...

NORH,

salam ramadhan juga!

:)

BonekadalamChermin said...

MISSNINA,

ya. harapnya begitu.
tah mcmana nasib kita nanti.

BonekadalamChermin said...

CIKCERIA,

:)

komen awak yg paling comel!

BonekadalamChermin said...

UNCLE,

yep.life's like that.

:)

BonekadalamChermin said...

MASZUBER,

aku speechless. :(

BonekadalamChermin said...

ABG JONNI,

suka hati lah!

BonekadalamChermin said...

GB,

aku niat mahu jenguk dia lagi.

BonekadalamChermin said...

KLARA,

berat mata memandang.

BonekadalamChermin said...

ALEEN,

gam sekarang macam kau la kaedahnya!

HA HA

tasekM said...

sedap buat berborak makcik fatimoh nih...



.

BonekadalamChermin said...

TASEK,

seronok juga melayan. haha.

shizuka said...

sedih je baca pasal makcik ni.tapi nmpk gaya mcm mkcik sgt tabah:)

BonekadalamChermin said...

SHIZUKA,

betul. dia sangat strong!


:)

Aloy Paradoks said...

perh! tragik pulak kisah mak cik ni..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
jenis lelaki mintak duit kat org tua ni jenis jantan tak bersunat

Maya Mayana said...

salam kenal..menyentuh hati...kita tk pernah tahu apa yg bakal terjadi esok hari...

Azira Mohamad said...

sedih
.
.
tersentuh.
.
.
Kasih ibu,walau cmne sshnya dia..
sengsaranya dia
tapi..
untuk anak2..dia lbh utamakan.
Semoga makcik itu sntiasa berada didlm lindungan ALLAH swt..Amin!

M a W a D D a H said...

sedey kalau tgk org tua masih bekerja..menyara anak lelaki? lagi la sadis...huhu

h4ni3 said...

kesian makcik fatimoh
hampeh punye anak tuh


eh, jatuh chenta dgn lukisan2 kat entri2 makcik fatimoh ni.. heheh.. lukiskan utk saya satu! :D

Unknown said...

kalau dapat chance berborak dengan makcik fatimoh ni, kompem dapat belajar hidup sedikit sebanyak...

*anak makcik tu tak pandai belajaq dari persekitaran..ibu sendiri kot..

Anonymous said...

golden goose
a bathing ape
birkin bag
golden goose
yeezy

Anonymous said...

h9g99x5i04 z7y16z2z70 n5h45h1o88 h8s03z5p40 o1u18y9m58 y6y39j2p63

tasoa said...

x1o00i9e23 n6x34k8k19 t2z00n4a15 s3g95i2p54 w0s86n1k10 w0x22n1k96