BERANI NAK IKUT??

Thursday, January 19, 2012

KETAWA YANG MAHAL

.
.
.


kesinambungan dari entri ini : PENGEMIS KOTA, 2012.

seperti orang mengantuk disorongkan bantal. bos sms. ajak makan dulu sebelum pulang ke ofis. itu namanya rezeki. ia bukanlah hari-hari. dalam setahun mungkin dua atau tiga kali saja.

menapak kami ke secret recipe. dekat sogo. bos pantas terus order coffee latte. oh. taste yang sama. jadi aku mengambil keputusan untuk order ice blended saja. 

sementara order tiba kami sembang-sembang. ya. bukan hari-hari juga dapat duduk semeja begini. tambahan pula bos memang orang yang amat aku segani. agak garang juga di ofis. seorang yang serius. dan bercakap cuma bila perlu. 


' adik beradik i 11 orang semuanya.'

' puan anak yang ke berapa? '

' i sulung.'

' wow!'


kemudian bos mula bercerita dari satu kisah kepada kisah yang lain. kisah adik-adiknya yang bermacam ragam. semuanya lucu. dia ketawa. aku juga ketawa. setiap kali dia mulakan ayat, aku dah mula nak ketawa. dan setiap kali itu juga dia akan cakap,

' sabar. nanti dulu. tak abis lagi ni '


' u tau adik i? i suruh dia kopek kelapa dia jawab apa?'


' dia jawab, eh tokleh saye. nanti peluh. kita tender bulih?'


' omg. hillarious! kopek kelapa taknak sebab takut peluh! can u imagine that?'







sumpah. aku rasa sebak lihat perempuan di depanku ini ketawa terbahak-bahak sampai mengalirkan airmata. kerna kehidupannya yang terlalu sibuk mungkin tak beri dia ruang untuk melepak dan bersembang seperti ini. aku dapat rasakan ia seperti let's have a break yang sukses. 

setiap orang pasti punya cerita sendiri. siapa sangka bos yang kelihatan sangat elegan dengan beg bonia dan kasut jimmy choo juga shopping di kedai bundle? oh.


' tapi i bukan beli sehelai dua. i terus beli sekotak rm50 '


kahkah!

.


hey,
laughter is the best medicine!



:)



22 comments:

Anisa Hang Tuah said...

sporting nya bos akak ;)

gadisbunga said...

everybody must've a cute little secret. :)

Lucifer said...

Ya, ketawa itu pengendur urat yang tegang. Kehkehkeh

Larasephia said...

kalau saya berborak dan bergelak ketawa dgn boss camni mati la kena parang dengan bini dia. Dah la kat office ni ramai spy.

untungla boss kamu boss pompuan. Hehe

gedek! said...

nak mintak keje kat sana boleh?

miloais milo said...

best banget dowhhh....!
boss perempuan eh???

kat sini semua boss lelaki... jangan harap lah!
hiks

Fatin Mraz said...

bundle..oke per..=}

ghost writer said...

ketawa orang kaya memang sangat mahal.

:)

ketawa orang biasa sangat sinis.

norh said...

saya segan nak sembang dgn bos baru..tak larat nak tergeliat lidah..hu hu

azieazah said...

Tahniah! Bos U sangat humble! mungkin pengalaman hidup dia menjadikan dia begitu berjaya dalam kehidupan.

Ketawa dia itu adalah ketawa bahagia wpun kuar airmata.

tupaimerah said...

'wow' indeed.

BonekadalamChermin said...

NIS,

oh. ia once in a blue moon.

:)

BonekadalamChermin said...

GADISBUNGA,

yep. and that's cute!

:)

BonekadalamChermin said...

LUC,

sangat tenang dan senang hati.

BonekadalamChermin said...

LARASEPHIA,

oh.sy punya 2 bos lagi, lelaki.
puan ini salah seorang dr mereka.

hehe. eh. bisnes talk, xda masalah bukan?

ehem!

BonekadalamChermin said...

UNCLE GEDEK,

astaga.
baru nak apply keja di firma tuan.

:D

BonekadalamChermin said...

MILOAIS,

ya. utk projek yg ini bosnya perempuan.

kalau lelaki pun x apa.
ia soal kerja. KERJA. hehe,

BonekadalamChermin said...

FATIN,

ya. tapi penyampaiannya lucu.

:)

BonekadalamChermin said...

GHOST,

bagi aku ia sangat mahal
bukan kerna dia kaya.

tapi kerna dia seorang yg serius.

:)

BonekadalamChermin said...

NORH,

haha. ok. sangat memahami!

:D

BonekadalamChermin said...

AZIEAZAH,

agree kak. priceless!

:D

BonekadalamChermin said...

TUPAIMERAH,

seriously indeed!

heheh,