BERANI NAK IKUT??

Wednesday, January 25, 2012

SOALAN BUNUH DIRI



.
.
.


lelaki : awak. walaupun kita baru kenal, tapi saya sangat sukakan awak. awak baik hati. penyayang. layan saya dengan baik. kol saya hampir setiap hari. sms awak tak pernah putus bertanyakan tentang saya itu ini. awak sangat ambil berat tentang saya. saya suka. 

bukan saya saja suka. malah ibu saya juga suka awak. awak rajin. kalau datang rumah saya, awaklah manusia paling sibuk. masak. kemas. sapu sampah. cuci pinggan. haih. siapalah yang tak sayang. 

awak. boleh saya tanya. apa yang buat awak suka saya?

perempuan : err...

lelaki : awak? 

perempuan : susah juga nak jawab soalan awak ni. 

lelaki : ia tak susah mana. kenapa susah?

perempuan : soalan awak menyedarkan saya. kepada banyak benda. 

lelaki : apa awak?

perempuan berfikir. agak lama. seminit. dua minit. setengah jam. lama juga. hening. kedua-duanya senyap. perempuan merenung jauh. jauh-jauh. lelaki terpinga. menunggu jawapan perempuan. perempuan rasa berat. berat hati. susah mahu katakan apa yang terbuku. dan susah yang inilah telah mengheret dia dari satu babak ke satu babak yang seterusnya. ia perasaan tak sampai hati untuk menyinggung perasaan. ia perasaan kasihan. semua bercampur.

perempuan : awak. maafkan saya. saya baru sedar yang selama ni saya yang kol awak. saya yang sms awak. saya yang bertanya khabar awak. nak ke rumah awak pun saya yang pergi sendiri. sedangkan awak? awak tak pernah langsung ambil berat tentang saya. kan awak? saya terlalu positif tentang ini. saya menunggu awak berubah. awak minta saya terima awak seadanya. tapi saya merasakan yang saya dah terima awak bulat-bulat. 

sekarang. saya mahu tanya awak. apa yang awak buat, untuk saya sukakan awak? 

lelaki : err...




...


























it takes two to tango!




oh ya. 
ini adalah gabungan 2-3 cerita yang diekstrak
dan langsung dijadikan satu.
ya. sekadar makluman.



.

38 comments:

zombie said...

Saya sedang berdiri dan memberikan satu tepukan ikhlas untuk entri ini.

and it takes two to tepuk. :P

aleen aiden said...

ayat tu, aku kenal. :)

aleen aiden said...

saya menunggu awak berubah. awak minta saya terima awak seadanya. tapi saya merasakan yang saya dah terima awak bulat-bulat.


yang ini. heh

ghost writer said...

ianya seperti menginginkan seseorang yang sempurna namun sendiri tidak punya kesempurnaan.

seperti...tapi tidak seluruhnya.

tetapi kalau kita mau memenangi hati seseorang kita sudah semestinya melakukan yang terbaik.

gedek! said...

It takes two to tango but three to tangled...

(ingat ya...!)

the dreamer said...

persoalannya...
apa yg mula2 membuatkan prmpn suka kat lelaki tu?
dan....lelaki itu mungkin a lazy lover, tak mungkin dapat apa yg dikejar kerana ...tidak mengejar..

Anonymous said...

" saya terlalu positif tentang ini."

kadang2, terlalu optimist tentang hubungan juga bakal membuatkan kita lupa akan hak diri sendiri,kn?

-chirpy_chummy-

jhnrdzi said...

Hai awak, saya suka awak.

jom kapel?

tupaimerah said...

terima kasih kerana menyedarkan saya...

cheqna said...

suka n3 ini =)

cikceriacorner said...

memang ada jugak kes ni berlaku...

BonekadalamChermin said...

ZOMBIE,

ya. begitulah.
lainlah kalau tepuk meja.


eh?

BonekadalamChermin said...

ALEEN,

hanya jauhari mengenal manikam.

:D

BonekadalamChermin said...

ALEEN (2),

oh. ya. ya.
ingat juga.

BonekadalamChermin said...

GHOST,

setiap org ada kelemahan
tapi bukan utk tunduk di bawahnya

:)

BonekadalamChermin said...

UNCLE,

ya. ya. ingat.

positif.
positif.

BonekadalamChermin said...

THE DREAMER,

oh. perempuan suka sebab lelaki sangat bersungguh di awal babak.

perempuan. hmm.

BonekadalamChermin said...

CHIRPYCHUMMY,

ya. begitulah.
perempuan itu cuba utk tidak terlalu memilih.

:)

BonekadalamChermin said...

JHNRDZI,

oh. manis!

:D

BonekadalamChermin said...

TUPAIMERAH,

paling tidak lelaki bertindak menyedarkan perempuan.

ia tersurat dalam tersirat.

BonekadalamChermin said...

CHEQNA,

terima kaseh banyak kerna suka.


:)

BonekadalamChermin said...

CIK CERIA,

ya. memang ada.
manusia selalu mahukan yg sebegitu.

kita manusia biasa.


:)

bawai said...

nice painting.like

BonekadalamChermin said...

BAWAI,

terima kaseh sebab like.

:)

Azira Mohamad said...

Saya suka baca entry ni...azreen :)

BonekadalamChermin said...

AZIRA MOHAMAD,

terima kaseh sebab suka.
ia pengalaman sendiri juga.


:)

hanaahmad said...

oh ayin, cerita ini sungguh dekat dengan situasi aku sekarang ini. ia cukup payah sebenarnya mahu mengajak seseorang yang kita mahukan dalam hidup untuk sama-sama berubah dalam mengenali antara satu sama lain. Moga akan ada keberuntungan buat aku.

*jaga diri. ;)

BonekadalamChermin said...

HANA,

ya. banyak kali juga aku berdepan situasi ini. dugaan buatku.


terima kaseh, Hana.
kamu juga take care!


:)

gadisBunga said...

:)

*

sudah sudah lah kan? :)

BonekadalamChermin said...

GADISBUNGA,

bak kata seorang kawan,
what left behind, stay behind.


:)

AJ Hanif said...

ia hidup.
entri ini.
tahniah untuk membunuh klise dalam hidup.

klisenya?

mendetailkan apa yang kita suka selalu saja mengundang silap.
kenapa?
kerana yang sebetulnya banyak subconsiuos mind yang membuat pilihan dan ia kita panggil gerak hati. Maka, mana harus kita benar tahu kenapa subconsiuos mind think in that way cause they are done subconsioudly.

or, it is only me?

*smile*

sesekali, biar jatuh tergelincir, untuk kita sedar yang melangkah harus berhati-hati dan bukan semborono tanpa aturan.
baru kita tahu yang setiap perincian harus dari kita juga, dan bukan semata harap kaki tahu melangkah sendiri, selipar tahu melekat sendiri dan harap tangga itu mengikut tapak-tapak pijak kita sendiri semata-mata!

percayalah, ada anak tangga yang lebih tinggi dari sebelumnya, dan ada yang lebih besar dari sebelumnya.

*senyum*

oh.
ok.
dari sudut lain; dan aku panggilnya sudut aku, memandang.
maaf.

*senyum*

MasZuber said...

it takes 5 to dangdut.

eh?

SM said...

awak, sebenarnya dah lama saya menantikan awak meminta saya melakukan sesuatu kepada awak, supaya awak lebih sukakan saya. tapi baru hari ini awak membuka bicara, itu pun kerana soalan trick yang saya mulakan.

hmm, sebenarnya sejak dulu lagi saya dah plan nak tinggalkan awak. tetapi saya tiada point yang cukup sesuai, kerana awak terlalu baik untuk menjadi menantu emak saya. kemalasan dan sikap tidak ambil berat yang saya amalkan itu hanya sekadar lakonan saya semata-mata.

awak, memandangkan awak dah bertanya, saya harus mengaku yang saya adalah seorang gay dan menunggu masa sahaja untuk putus dengan awak.

...sekian. hahahahaaa!!!

delarocha said...

hurmmm... relationship should be balance.

BonekadalamChermin said...

AJ HANIF,

eksplenasi yg padat.



ya. kita mampu melangkah,
tapi bukan kita yg menentukan saat gelinciran.


:)

BonekadalamChermin said...

MASZUBER,

haha
only happened in karok!


:D

BonekadalamChermin said...

SM,

nice turned over!

:D

BonekadalamChermin said...

DELAROCHA,

yep. itulah yang sebaiknya.

:)