BERANI NAK IKUT??

Wednesday, May 9, 2012

MAHU TAK MAHU (2)




.
.
.






Betul kata orang, nasib malang akan datang secara pakej. Lepas satu, satu lagi akan muncul. Sepertinya jatuh ditimpa tangga dihempap pula pasu bunga lalu pasu pecah terhambur tanah atas kepala. Begitulah lumrah.

Baru sebentar tadi telefon bimbitnya berbunyi. Pesanan ringkas diterima. Pesanan ringkas dari tuan rumah tempat Mimie menyewa. Rumah yang disewa ialah sebuah apartment kos sederhana yang punya 3 bilik, bilik master, bilik medium dan juga bilik kecil. Ruang tamunya agak besar tapi cuma diisi satu sofa panjang berwarna merah yang diletak mengadap sebuah televisyen kecil. Berhabuk sudah di situ tiada siapa yang peduli. Ruang makan yang bersambung terus dengan ruang tamu dilengkapi dengan sebuah meja segiempat sama frosted glass bersama 4 kerusi berwarna putih. Dapur pula sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan dapur rumah-rumah di kampung. Desain tipikal untuk apartmen di kota di mana rata-rata penghuni terdiri daripada golongan yang sentiasa sibuk dan gemar memilih makanan segera sebagai menu utama rutin seharian. Cepat dan ringkas.

Setiap satu bilik juga disewakan dengan harga yang berbeza. Mimie menyewa bilik yang tengah, iaitu bilik medium. Diikutkan hati, dia mahu pilih bilik yang kecil sahaja tetapi sewaktu mencari bilik kosong. hanya bilik tengah sahaja yang tiada penghuni.

Nadhea, penghuni bilik master. Bilik master dilengkapi kemudahan bilik mandi. Agak privasi juga mahal harga sewanya. Jarang-jarang Mimie berselisih dengan Nadhea kerana faktor kerjaya. Apa yang Mimie tahu Nadhea bekerja secara shift. Kadang-kadang gilirannya di waktu pagi-pagi buta, kadang-kadang gilirannya masuk kerja di kala senja mahu berlabuh. Jadual kerja yang tidak menentu serta perselisihan waktu yang tidak sama membuatkan komunikasi kedua-duanya sangat kurang dan tidak seberapa. Mimie yakin Nadhea seorang yang berpendapatan tinggi jika dilihat dari caranya berpakaian, haruman semerbak minyak wanginya, kasut-kasut yang berjenama juga bekalan minuman dan makanannya di dapur terdiri daripada susu, milo, horlicks dan cornflakes. Sedangkan Mimie cuma mampu adakan teh dan maggi sahaja.

Mimie sendiri tidak pernah bertanya secara detil tentang pekerjaan Nadhea. Kalau berjumpa pun setakat di dapur ketika milo dibancuh ataupun mug dicuci di sinki. Namun begitu, Mimie akui Nadhea seorang yang berperawakan menarik, tinggi lampai, punya kulit yang cerah dan halus serta punya sebaris gigi yang cantik terus menjadikan senyumnya juga sangat menggoda. Nadhea juga peramah cuma masa saja yang membatasi mereka untuk berbual sesama sendiri.

Bilik kecil pula dihuni Joanne. Seorang pekerja 7 Eleven berbangsa cina yang Mimie sendiri tak pasti waktu keluar dan pulangnya ke rumah itu. Pernah 2-3 kali mereka berselisih dalam lif dan pernah juga dia lihat Joanne bersama seorang penkid berbangsa melayu. Rakannya mungkin. Pintu bilik Joanne sentiasa bertutup tak kira masa. Cuma kadang-kadang kewujudannya di rumah itu dapat diteka dengan adanya kasut kanvas berwarna merah di atas rak kasut. Jika ada lagi sepasang kasut dari jenama yang sama tetapi saiz dan warna berbeza, Mimie meneka penkid itu ada bersamanya. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai Joanne. Seorang yang sederhana, kurus kering, berambut lurus diwarnakan kuning paras bahu dan punya sepasang mata yang cantik dan tidak sepet. Lumrah hidup di kota memang begitu. Rakan serumah belum tentu betul-betul kenal inikan pula jiran sebelah menyebelah.

‘ Rumah perlu dikosongkan segera. Notis sebulan bermula hari ini.’

Celaka punya tuan rumah! Aku nak pergi merempat mana dengan poket kosong macam ni?




sekali lagi, foto sekadar hiasan.


tunggulah sambungan...
.




27 comments:

gadisBunga™ said...

cop!

gadisBunga™ said...

amik tempat dulu....

gadisBunga™ said...

hm. dilema.

mahu tak mahu hidup perlu terus.

Kakcik Seroja said...

Baru je tongkat dagu nak baca dengan kusyuk, rupa2nya ada sambungan pulak! :)

Anonymous said...

ternampak lukisan2 kat tepi ni sebenarnyaa..

berbakat.

tak semua Tuhan kurniakan setiap manusia itu punya bakat begini..


:)

hanaahmad said...

hmm. aku pernah merasai situasi seperti ini. berat.

Anonymous said...

gambar perspektif lagi. cun ar beb!

a n said...

memang malang hidup mimie..

sahidzan said...

mulai menangkap. next!

ewanthology said...

masing masing dengan jalan masing masing

APi said...

belum pun tiba di prediksi..
tak pa, tunggu lagi.. =]

miloaiskurangmanis said...

a.... baru sedap baca
nak kena sambung le plak

Anonymous said...

sambung cepat cepat please.hehe

Mummy Sher said...

salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

BonekadalamChermin said...

GB,

ya. ya. hidup sendirian lebih adventure. :D

BonekadalamChermin said...

KAKCIK,

hehe. terima kaseh sudi baca.
ia ditulis berdasarkan,

idea hari ini-taip-publish!

:)

BonekadalamChermin said...

SERI AYU,

terima kaseh.


lukisan yang biasa-biasa saja.
maseh ramai yang power-power :)

BonekadalamChermin said...

HANA,

badluck always come in package!

:)

BonekadalamChermin said...

SM,

:)

BonekadalamChermin said...

ANA,

takdir ditentukan oleh diri kita sendiri.

:)

BonekadalamChermin said...

PK,

peh. abam PK.

-.-'

BonekadalamChermin said...

DELAROCHA,

hidup ini putaran, bukan karma.

:)

BonekadalamChermin said...

API,

jauh lagi aku nak bawa kau pergi ni.
haha!

BonekadalamChermin said...

MILO,

pelan-pelan.


:p

BonekadalamChermin said...

SAB,

aku cuba cepat,
aku cuba.

-.-'

BonekadalamChermin said...

SHER,

hai.

:)

Ermizi Muhamad said...

Jauh-jauh masalah. Moga-moga.