BERANI NAK IKUT??

Friday, May 4, 2012

MAHU TAK MAHU


.
.
.




Sebaik sahaja surat peletakan jawatan serta-merta berkuatkuasa 24 jam dihulur di meja admin pejabatnya, Mimie rasa lega. Entah lega yang macamana dia sendiri tak pasti. Tapi dia lega kerana tak perlu datang ke neraka itu lagi. Melihat riak wajah Kak Pora yang berjawatan admin besar di situ, sewaktu suratnya dihulur pagi tadi sudah cukup menjengkelkan.

‘ Kau nak berhenti? ‘

Mimie sekadar mengangguk lemah. Anak mata dilarikan ke arah kalendar kecil di atas meja Kak Pora yang telah ditanda pangkah setiap satu tarikhnya. Kecuali tarikh hari ini. 13 haribulan 3, 2009. Mungkin belum ditanda sebab harinya belum berakhir. Atau, mungkin 2-3 minit lagi akan ditanda dengan nota, Mimie Last Day. Di sebelah kalendar ada satu mug berwarna putih yang masih berasap. Sepertinya baru sahaja ia dibancuh. Tiada jawapan pada interkom menjawab persoalan di mana Kak Pora berada sebentar tadi. Aroma harum kafein dapat dihidu dari tempat Mimie berdiri. Bibir mug telah bertanda kesan gincu. Berwarna pink pekat. Warna fevret golongan-golongan admin pada pendapat Mimie. Dari jauh lagi dah boleh nampak bibir daripada badan. Memandangkan bibir sangat memainkan peranan berbanding kaki dan tangan.

‘ Alasan apa kau bagi nak berhenti ni?’

Mimie sedikit kaget. Hilang terus lamunannya sejurus memaksa pandangan dihalakan ke bibir Kak Pora yang terkumat-kamit. Lebih tepat ke arah tahi lalat sebesar cekodok dekat dagu sebelah kanan Kak Pora. Maaf menipu. Tidaklah sebesar itu. Cuma ia besar yang agak luarbiasa. Entah apa yang dibebelkan dia tak pasti. Mimie berdehem kecil untuk menghilangkan rasa gemuruh. Berbohong perlukan keyakinan diri yang kuat. Dia membetulkan sedikit skirt pendek hitam paras peha yang membalut sebahagian bawah badannya. Sekilas melontarkan mata ke arah jam tangan di tangan kiri. Kasut tinggi yang dipakai terasa gayat pula saat itu.

‘Mak sakit. Kena balik kampung.’

Kak Pora dilihatnya hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tangannya mencapai pembuka surat, mengoyak sampul surat dari Mimie lalu mengeluarkan surat tersebut untuk dimasukkan ke atas tray dalam bilik bos, Encik Arman. Dia bingkas selepas menghirup sedikit kafein dari dalam mug. Mimie memerhatikan tindak-tanduk Kak Pora dengan ekor mata.


Drastik. Ya. Ia tindakan drastik. Wang simpanan langsung tak ada. Gaji bulan depan juga tak ada. Gaji bulan ni pun belum tentu lagi dibayar atau tidak. Sewa rumah, bil-bil, hutang-hutang kad kredit, siapa yang nak bayar? Mahu makan apa? Mak ayah? Tak pernah ada nama mak dan ayah dalam kamus hidupnya. Dah lama dia hidup sendiri di kota kapitalis ini.

Bukannya Mimie tak fikir panjang tentang semua itu tapi cukup-cukuplah dengan seksaan mental selama dia bekerja di situ. Setiap kali pulang ke rumah hatinya tak keruan. Tidurnya tak pernah lelap. Fikirannya bercelaru. Betullah kata orang, apa yang penting dalam kehidupan ini bukanlah wang berjuta tapi cuma perlukan sekeping hati yang tenang. Mimie akur.

Kembali dia ke meja kerja lalu dengan pantas mengemas barang-barang untuk beredar dari situ. Bulan ini baru masuk bulan ketiga Mimie bekerja di pejabat Sales & Trading  milik Encik Arman.   Masih lagi dalam tempoh percubaan. Tidak banyak barang yang perlu diangkut. Cuma beberapa fail dan sekeping planner yang mengandungi catatan rekod tarikh-tarikh aktiviti serta temujanji dengan klien.

...

Tugasnya sebagai Event Manager hanyalah sekadar jawatan yang tertera di atas kad nama.  Mimie tak sanggup lagi untuk hidup bergelumang dosa. 


bersambung...

 

foto sekadar hiasan
.





22 comments:

Ermizi Muhamad said...

Aku harap Mimie ada kerja baru.

Anonymous said...

cantik siot gambar perspektif tu...

± said...

sejak bila ada cerita bersiri ni? tunggu sambungan.

miloaiskurangmanis said...

pesanan iols : sila sambung cepat2!

a n said...

da lama tak baca garapan kau.

gadisBunga™ said...

adakah ini untuk IWeep?

Muna Zaen said...

bakal masuk dalam mana2 antologi?

Dr K said...

Drama Minggu Ini...boleh hantar RTM...~ahaha

MasZuber said...

yuhuuuuu

sambung pls...

uncle gedek said...

bersambong? anti klimaks sunggoh!

APi said...

prediksi sedang bergelumang dalam minda..
tapi perlu tunggu kesinambungannya dulu.. =]

BonekadalamChermin said...

MUHD AIZIE,

harap-harapnya begitu.

:)

BonekadalamChermin said...

SM,

tengs!

:)

BonekadalamChermin said...

DARK,

sejak stucked dengan IWeep.
HAHA!

BonekadalamChermin said...

MILOAIS,

tak lama dah,
tak lama.

:)

BonekadalamChermin said...

ANA,

terima kaseh sudi baca.

:)

BonekadalamChermin said...

GADISBUNGA,

karya untuk buku,
takleh publish sini.

IWeep cerita meraung-raung.

TUNGGU!

BonekadalamChermin said...

THEDREAMER,

ini kispen yang tiba-tiba muncul idea
mari tunggu idea tiba-tiba untuk habiskan pula..

HAHA!

BonekadalamChermin said...

DADDYZIYYAD,

rtm pun rtm lah!
hahahaha

BonekadalamChermin said...

MASZUBER,

dah siap!
tungguuuuu!!

BonekadalamChermin said...

UNCLE GEDEK,

peh peh.
mohon bertenang uncle.

:p

BonekadalamChermin said...

API,

tak ada yang mustahil
harap prediksi mengena!

jeng jeng jeng~