BERANI NAK IKUT??

Monday, March 26, 2012

KETENTUAN YANG SEMPURNA


.
.
.


kisah cinta dalam hayat manusia adalah sesuatu yang sangat sinonim. pencarian itu menemukan banyak babak-babak melankolik dalam hidup. ya. rahsia Tuhan. hari ini Dia menemukan kesedihan. hari esok Dia hadiahkan kebahagiaan. dalam menempuh hari-hari yang semakin singkat hargailah kehidupan ini sebaik mungkin. maka, bodohlah sesiapa yang membunuh kehidupan sebelum tamat hayatnya. nyata kau ingin menjadi Tuhan sedangkan hukuman untuk kau belum lagi ditentukan. 

hari ini. aku sangat berterima kaseh kepadaNya. kerna menemukan aku puzzle akhir pelengkap misteri pencarian cinta. seperti juga manusia biasa lainnya. apabila beroleh sesuatu yang nyata membuatkan kita suka, maka kita akan menyesali kebodohan kita di masa lalu yang terlalu mendesak. inilah kita namakan kehidupan. perlu sentiasa optimis dan positif. harus belajar dari dangkalnya akal. pengalaman sentiasa mengajar kita untuk lebih maju. bukan semakin mundur. 

nyata keseluruhan hayat adalah senggat pencarian ilmu. 



.



Alhamdulillah...


:)


.

Thursday, February 16, 2012

SATU HITUNGAN RAPUH

.
.
.


julung kali aku berkongsi soal tugas di sini. mungkin tak ada yang menarik atau mungkin kebarangkalian soal lain yang lebih mendesak. 

setiap kali aku diberi tugasan untuk mengetuai suatu mesyuarat rasmi, aku akan berada dalam kelompok senior dan orang-orang yang lebih berusia. situasi yang awalannya amat aku dangkal. 

seperti hari ini. aku hampir tewas dengan emosi sendiri. suaraku tinggi sedikit getar. sukar untuk aku pertahankan sabar apabila isu kredibiliti dan ungkapan sambil lewa mencetus kontroversi. soalnya antara dua. mahu menjaga airmuka orang yang lebih berusia atau menegakkan polisi kondisi keberadaan jilid hitam dan putih.

nyata ia bukan soal hitungan usia.


...















sekurang-kurangnya 
lajak perahu boleh diundur


:)


.

Sunday, February 12, 2012

KAMI DAN TELE-PATI (1)

.
.
.



ariff dan rinie. keluar berdua. mahu tonton muvi. real steel. tayangan jam 3 petang. memutuskan untuk makan dulu. isi masa dan isi perut. 

ariff bawa rinie ke sebuah cafe thai. wah, ada som tam! teriak rinie dalam hati. menu ditangan diteliti. atas bawah. selak-selak. hmm. sedapnya teh o ais laici ni. tapi aku tak minum ais. dah lama. jadi mahu pesan barli suam saja. ya. ya. barli suam. argh! tapi teh o ais laici ni sangat menggoda. ais rinie, ais. ia akan buat kau batuk. ok. ok. barli suam. barli suam. muktamad.

seperti biasa ariff tak cerewet soal makan. jadi dia tidaklah mengkaji menu lama-lama seperti rinie. perempuan kan sangat kompliketed. mahu pesan air saja dekat 15 minit kena fikir. 

sudah?

rinie angguk. ariff melambai pelayan. 

minum apa cik?

barli suam.

makan?

som tam!

pelayan mula menulis sesuatu di kertas.

minum encik?

teh o ais laici.



rinie sentap. kemudian senyum sendiri.


ni kenapa senyum tiba-tiba? ariff berkerut.

cemana awak tau ni? awak dengar ke hati saya gaduh-gaduh tadi? er, share eh?

aik?



..






Thursday, February 9, 2012

HARGA AIR MUKA



.
.
.


pernah atau tidak kepada kalian. ia terjadi kepada aku. sewaktu di tempat kerja lama aku sering menjadi bahan tidak puas hati seorang kakak admin. ada saja yang mahu dijadikan isu olehnya. soal cuti. soal keluar masuk. soal travelling. segalanya. 

aku berkongsi hal ini dengan seorang rakan sekerja yang agak senior. nasihat oleh beliau sangat aku ingat. hingga hari ini.

" kau tak perlu ikut rentak dia. api jangan dibalas api. esok kau datang, kau bancuhkan dia secawan kopi. letak atas meja. jemput dia minum. kalau kau rasa dia dah jatuhkan air muka kau, kau beli lah air muka dia dengan secawan kopi. "







faham maksudnya?
orang lama cakapnya berkias 



:)



.

Wednesday, January 25, 2012

SOALAN BUNUH DIRI



.
.
.


lelaki : awak. walaupun kita baru kenal, tapi saya sangat sukakan awak. awak baik hati. penyayang. layan saya dengan baik. kol saya hampir setiap hari. sms awak tak pernah putus bertanyakan tentang saya itu ini. awak sangat ambil berat tentang saya. saya suka. 

bukan saya saja suka. malah ibu saya juga suka awak. awak rajin. kalau datang rumah saya, awaklah manusia paling sibuk. masak. kemas. sapu sampah. cuci pinggan. haih. siapalah yang tak sayang. 

awak. boleh saya tanya. apa yang buat awak suka saya?

perempuan : err...

lelaki : awak? 

perempuan : susah juga nak jawab soalan awak ni. 

lelaki : ia tak susah mana. kenapa susah?

perempuan : soalan awak menyedarkan saya. kepada banyak benda. 

lelaki : apa awak?

perempuan berfikir. agak lama. seminit. dua minit. setengah jam. lama juga. hening. kedua-duanya senyap. perempuan merenung jauh. jauh-jauh. lelaki terpinga. menunggu jawapan perempuan. perempuan rasa berat. berat hati. susah mahu katakan apa yang terbuku. dan susah yang inilah telah mengheret dia dari satu babak ke satu babak yang seterusnya. ia perasaan tak sampai hati untuk menyinggung perasaan. ia perasaan kasihan. semua bercampur.

perempuan : awak. maafkan saya. saya baru sedar yang selama ni saya yang kol awak. saya yang sms awak. saya yang bertanya khabar awak. nak ke rumah awak pun saya yang pergi sendiri. sedangkan awak? awak tak pernah langsung ambil berat tentang saya. kan awak? saya terlalu positif tentang ini. saya menunggu awak berubah. awak minta saya terima awak seadanya. tapi saya merasakan yang saya dah terima awak bulat-bulat. 

sekarang. saya mahu tanya awak. apa yang awak buat, untuk saya sukakan awak? 

lelaki : err...




...


























it takes two to tango!




oh ya. 
ini adalah gabungan 2-3 cerita yang diekstrak
dan langsung dijadikan satu.
ya. sekadar makluman.



.