.
.
.
intro
minggu yang sukar. macam macam yang berlaku. diluar jangkaan. kerja. meeting sana sini. outstation. stadi. cinta (eh?). aktiviti kawan kawan. huish. kemain. sibuk. sibuk. rasa macam nak mintak extend 24 jam jadi 36 jam sehari. boleh? hahahaha.
minggu yang sukar. macam macam yang berlaku. diluar jangkaan. kerja. meeting sana sini. outstation. stadi. cinta (eh?). aktiviti kawan kawan. huish. kemain. sibuk. sibuk. rasa macam nak mintak extend 24 jam jadi 36 jam sehari. boleh? hahahaha.
...
haaaaa. aku malas nak taip ni. komen kat bawah pun siap to be continued tu. ok. sedikit cerita pasal aku outstation kat pekan. kat mana pekan tu ye? pahang la. pasal meeting malas nak cerita. ni nak cerita pasal teruja dengan makanan. pegi sana drive sorang sorang memang bosan. tapi....bab boleh singgah merata, itu paling best! haha. hasilnya?? tadaaaa!! saksikan!
teruja dengan kuih muih yang nama pelik dan jarang jumpa kat KL. ok tipu. apam tepung beras tu terkecuali. sebab memang feveret! yang hijau tu nama dia apam sarawak. bentuk macam karipap. dalam ada inti macam kastad. peh. rare. pastu karipap sana ada inti isi ikan dengan kelapa. terbaik wok! i tell u. suka!
ok. yang ni? apa lagi. sata ikan. memang femes lah. wajib beli ni. sedap!! masa beli ni dia tengah bakar. panas panas. isi ikan tak tipu punya. seriyes. bukan macam kat pasa malam sini. (ooops?)
ini namanya tapai pulut. yang dibungkus dengan daun getah. amacam? rare tak? haaaa. aku memang suka makan tapai. apa lagi? borong! ish. ish. buruk pangai ni. huhu. cukup. jom balek!!
masa on the way balek. singgah semayang di r+r temerloh. jumpa booth jual buah buah dari mekah (jumpa??). haha. ini kurma mariami. feveret! kurma jenis ni kering dan tak berapa manis. tak pecaya? cubalah rasa. ewah. kismis pun beli jugak. nak jadi bijak kaedahnya. hmm. moga moga boleh hilang penyakit lupa pasni. eceh!
ok. kita masuk bahagian keropok. suma pun nak beli. tengok saja la semua ni. huhu. kopok sotong. kopok ikan. kopok udang. kopok sira sambal. kopok lekor dengan losong pun ada. tapi tak kuasa nak angkut. jadi tak beli. yang dah beli ni, bila nak goreng agak agaknya eh? haha (thats y tak beli kopok lekor!!). dah.
.
.
.
ini mana mai? haaa. ini udang galah sungai pahang. client bagi souvenir. eheh. first time jugak tengok udang galah besar besar macam lobster! *teruja* sepit dia siap depa ikat dengan getah tau. hihi. jakun ah. nak buat cemana. pengalaman baru ni.
ini?? balek umah ja terus masak. (esoknya lah) tunggu lagi? sedap woi!! udang besar i tell u. ok dah. bukan ke tadi cakap malas nak taip?? argh!! berita terbaru: aku dah gemuk! ok. bai.
...
sunday monday
patulu patanday
itula dia dah lama tak apdet blog
kasi terus untuk seminggu la eh
bley?
bley?
sekian lah kisahnya
kisah aku teruja dengan makanan
bukan apa pun?
...
p/s: err, cik imah kiut,
awok nak souvenir apa?
minggu depan saya pegi lagiiiii
(nak yeay ke uhuk ni??)
.
50 comments:
kak,
nis suke sume makanan di atas
malam2 cmni,tgok gambar makanan
terasa lapar
:'(
NIS,
samela kita..
kebanyakannya suma kat atas dah abis
tinggal kopok je
nak goreng malas pulak
hahaha
.
ni mkn untuk seminggu neh... adesss...
harharhar...
udang galah yg x tahan tgk tu...
cinta (?)
ngaku jea la bebbbbbbbbbbbbb ;p
semoga hari esok membuatkan kamu senyum sepanjang harikk ;))
keh keh keh (ada makna)
ni namanya outstation makan2..muehehe...
saya nak kopok sira lada tu..
5 peket!!!
eh, saya bukan imah rupanya..
hehe
udang galah..marvelloso!
apa kata bagi aku je kopok tu. biar aku goreng dan telan. keh3
tapai pulut feveret gue...singgah kelantan kontek gue...t gue bawak pegi makan..ahaks!
ehem2!duta pahang da sampai da...mekasih kerana mempromosikan negeri kami!ahaks! ^_^
terliur tengok last pic.. he he
offer betul ke nih?
betul nih?
tak nyesal??
nak sumer gambar di atas & sila pos ke bandar seri begawan! (including sambal prawn tu sekali. tak kira!)
buleh?
saya tunggu!
outstation ni mesti on monthly basis kan? nak kirem udang boleh? huahuahuargh!!!!
Outstation je pesta makan... Outstation je pesta makan... Outstation je pesta makan...
Tak lama lagi Boneka ni kena duduk luar Chermin...
Dalam Chermin dah tak muat....
atoi...sis deary,,
serious, mutiara suke sume makanan2 d atas..uwaa, trase nak balik kg,,kat kl susah nak jupe ni.. :"(
SAYA ADA SATU MASALAH. PERUT YG SELALU BERBUNYI KELAPARAN.
MAKA DISINI ANDA TELAH MELAKUKAN PENDERAAN TERHADAP PERUT SAYA!
sedapnya.. tgk gambar makanan je terus lapar.
mula mula tgk kuih apam colorful, ingatkan macaroon!! :P
semuaaaaaaaaaaaa makanan tu aku suka!
.
wah2.. seronok nye mcm2 makanan yg berwarna warni... tapi sy food neophobic huhuhu
ko ni gi miting ke gi melancong ni?
hahaha!!!!
udang tu sepatutnya dibelah tengah~barulah rembesan pati kenikmatan dapat dirasai secara total.
tahu??
haha~~
sedapnya apam tuh
and also that sata!
semuanya memang peberet akak.sedapnya keropok ikan pedas manis. cap piala terbaek.apam tepung beras, sampai sekarang belajar masih tak mahir.
hoi
sata!!!
aku suke!!
nak sikit bole? :p
ABANG JONNI,
salah
salah
tak sempat sehari
semua habis!
hahaha
UDANG GALAH TU TERBAEKKK LAH!
.
MASZUBER,
hahahaha
kena ikut cakap mak mak
MASA AWAL AWAL NI SUMANYA WANGIII
*tunggula nanti nanti....
:D
.
KASEH,
itula pasal
kalau sebulan 4x outstation
konfem ah dokter rozmey bley kaya!
hahaha
.
DrHANIE,
nak ke dokter?
sila bagi saya emel address
nanti sy contact!
*eh, sy seriyes ni.
.
THE DREAMER,
yesszzaaa
next time aku nak try bakar dgn lighter je
hahahaha
pastu terus makan!
:D
*ingat x eksperimen apa tah, bakar kacang dgn penunu bunsen?
.
SIXSEPTEMBER,
amek la weyyy
meh bagi aku alamat
aku pos kat kau
aku tak rajin sgt menggoreng
tapi kalau kat umah bila mak goreng
akulah org 1st yg bersila dulu!
hahaha
.
CHERETA CHENTA,
seriyes??
ok paling suka nasik kerabu
makan dengan ayam bakar panas panas!
peh..TERBAEKKKK WOK!
bagi aku emel address
nanti aku contact!
*teruja x aku dgn makanan??
hahahaha
.
ALEEN,
aik?
terima kaseh je??
sponsor sponsor la sikit!
tak pun bagi aku pangkat DATO' ke,
ye dak?
:D
.
NORH,
nanti aku pegi lagi
aku beli banyak banyak
kita kenduri udang galah mau?
eh. cemana nak contact kau?
aku kalau bab makan ni
tak kira dah sesape..jom aje!
hahaha
.
RAHIMAH,
hahahaha
hot hot chicken shit lah kamu niii!
org nak pos betul betul ni tahu?
:D
.
TINA,
hahaha
ada banyak possibilities now
nak saja saja create meeting pun buleyyyy
tapi tak kuase lah nak drive 6hours
pergi balek kan?
eh. boley je nak udang.
aku nak kasik sape lagi??
ha ha
.
GEDEK!,
hahahaha
seriyesly betul la uncle!
sy mmg suka makan!
:D
lepas ni jadi
BONEKA SEPARUH CHERMIN
(separuh lagi dok luar,
tak muat frame!) hahaha
*very true!
.
MUTIARA BERNILAI,
(rare jugak nama ni)
ye betol!
suma ni kategori makanan klasik kan?
haha...sy suka kueh2 lama juga!
:D
SKA,
hahaha
maaflah dari saya
next time
meh kita makan sama sama
ok?
:)
.
MISS NINA,
nak kata awak
sy ni baca blog sendiri pun
otometik terus jadi laparrr!
hahahaha
tak senonoh bukan?
:D
.
DADDY,
macaroon tu urban sgt la daddy!
mahal pulak tu...huhuhu
apam ni mmg feveret ah
sebab tu kalau kenyang cemana pun
konfem akan beli jugak!
*skrg kenyang, kejap2 lagi mesti lapar balek.
:D
.
TASEK M,
ohhhhhh
ada geng!
ada geng!
*tiap tiap kali outstation
konfem kopak dan gemok berganda!
hahahaha
.
CIK FIZA,
sy pulak x kesah
kaler kaler ke black+white ke
janji sedap!!
hihihi
eh jap.
food neophobic tu mende?
.
GADISBUNGA,
sharp komen kau niiii
hahahaha
kalau dah nama lebih dari 3 marhalah tu...
konsider melancong lah!!
*tapi still stress jugak. how?
.
BUJAL,
oooo ye ke kena belah tengah?
huhuhu..manelah sy tahu
jarang jarang dapat makan udang galah ni...
.
MILO AIS,
uuuyeaaahhhhh!!
SEDAP gila!!
*terliur*
hahahaha
.
akak CIK INA MDDC,
huhuhu
kopok tu ada brand yg best ke??
sy belasah je
suma nampak sedap!!
:D
apam ni sy penah gugel resepi
bila tengok cara2 dia kompliketed
kensel lah!
BELI JE!!
hahaha
.
MYABY,
adeh
mintak sekarang ni
konfemla dah abis!
hahaha
kalau makan panas panas
lagi sedapppp weyyyyy!!
oh!
.
slurpppp....sedapnya udang goreng! my feberet!!!
AZIRA,
kan? goreng cegitu pun sedap x ingat dah! yammmmms!
:)
Post a Comment