BERANI NAK IKUT??

Saturday, April 23, 2011

SUNGGUH AKU RINDU (Entri Khas: Nurqistina Reny)


.
.
.


lama tak ada entri. komen komen kat entri lama juga tak berjawab. maaf ya. masalah kekangan masa bertamu lagi. 

pemergian tiba tiba seorang sahabat baik yang dah macam adik sendiri pada jumaat, 15.4.11 sangat meninggalkan kesan. nurqistina reny. seorang yang aku cuma kenal di fesbuk pada mulanya. lama lama bertukar cerita. lama lama menjadi rapat. 

dia. anak bongsu 2 beradik. istimewanya dia mualaf. mengucap dua kalimah syahadah di uitm arau pada 2007. tegar. cekal. tabah. asalnya dari keluarga yang patuh pada ajaran kristian. setiap ahad pasti kunjungan ke gereja akan dibuat.  

tentangan keluarga diterima. hebat. sampai dia takut untuk pulang ke pangkuan keluarga di sarawak. begitulah. bagi aku dia seorang yang mulia hatinya. kehilangan dia sangat aku rasa.

kesempatan melihat arwah buat kali terakhir di hospital klang adalah momen paling berharga dalam hidup aku. kau kaku makcik. sejuk. rasa nak peluk kau erat erat. sedih. aku cuma dapat kucup kau di dahi. ah. kenapa cepat sangat kau pergi??

setiap kali aku buka fesbuk. baca komen komen kau. airmata aku meleleh makcik. sungguh. aku rindu. semoga kau ditempatkan dikalangan orang orang beriman. amin.


...


jumaat, 8.4.11. seminggu sebelum kau pergi. kau post ni kat wall aku. nada kau macam biasa. ceria. 





...



dan, pertama kali kau tak jawab kau rindu aku makcik. selalu kau reply, i miss u too. 

apa apapun aku redha. kau baik makcik. Allah sayang kau.


AL-FATIHAH.





.


setiap yang hidup pasti akan mati
tinggallah kenangan bersemadi di hati


a goodbye isn't painful unless 
you're never going to say hello again


.
.
.




27 comments:

ankeljonni said...

Al Fatihah......

Chereta Chenta said...

Semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Benar Allah sayangkan dia. Sangat mengasihi dirinya.

Anisa Hang Tuah said...

bersemadi dalam islam.alhamdulillah.
menangis nis baca.

al fatihah

ghost said...

al fatihah

tak tahan bila sentuh bab baca balik apa yang pernah ditulis.suatu masa dulu aku pun begitu.

cikceriacorner said...

al fatihah..

sakit ape dia bon bon?

takziah..

miss nina said...

reen,Allah lebih sayangkan qistina.
semoga Allah merahmati beliau, amin.
innalillah

uncle gedek said...

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Kita next in line, Azreen...

pembaris said...

Al-Fatihah

h4ni3 said...

al Fatihah

tumpang sedih.. disisi Allah lah tempatnya.. aminnn

Carnation said...

alfatihah.

aku rasa macam pernah dengar cerita qistina yang mualaf ni. penah masuk majalah kah? sebab nama dia familiar

Cik Ina Do Do Cheng said...

Alfatihah buat nurqistina

Setiap yang hidup pastikan mati. kita entah bila? akak harap ko jangan sedih ye, terimalah hakikat setakat tu Allah SWT pinjamkan nyawa untuk dia hidup. Semoga roh arwah Qistina ditempatkan dikalangan orang-orang beriman

Aloy Paradoks said...

dulu gua ada borak dengan dia, nak dokumentasikan kisah dia dalam movie,, tapi nampaknya dia tak sempat nak tunggu benda tu menjadi..

gadisBunga™ said...

Allah dah sediakan tempat terbaiknya untuknya di sana. AlFatihah...

miloaiskurangmanis said...

Innalillahiwainnailahirojiun

Al-Fatihah....

Asrul "iLham" Sany said...

al-fatihah...

sabar k...

Dr K said...

Al Fatihah..

Mind to tell us, dia sakit ke?

ayuni said...

al fatihah . dia sangat istimewa. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Mutiara Bernilai said...

moga beliau tenang di sana.

rasa lain kan, bila tiba-tiba dia tiada,

Allah,,

MasZuber said...

RIP

Al-fatihah..

Aleen Aiden said...

aku mengikuti jugak kat fb kau kak togey.semoga rohnya dtempatkan d kalangan orang2 beriman.
die meninggal sbb saket ke?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

AL-FATIHAH.
masa gua akn tiba juga

BonekadalamChermin said...

terima kaseh atas ingatan, ucapan dan sedekahan fatihah.

arwah meninggal sebab asma teruk.
kebetulan malam tu dia x bawak inhaler.

memang sudah tertulis.

Al Fatihah.

Syahril said...

http://www.perkim.net.my/all_act.cfm?CurrentPage=51&cat=2&enable=1&archieve=0&category=dakwah

http://www.perkim.net.my/pop_pic2.cfm?cid=82FAEB1A-997F-F95C-A83F181AC1B7142A

Anonymous said...

alahaiiii...........


al-fatihah tuk arwah besfren awk :'(

yanmaneee said...

fitflops sale clearance
ralph lauren uk
hermes
kyrie 3
golden goose sneakers
curry shoes
michael kors outlet
adidas nmd
nike hyperdunk
adidas gazelle sale

yanmaneee said...

yeezy shoes
curry shoes
yeezy
yeezys
jordans shoes
yeezy 700
cheap jordans
supreme
air jordans
golden goose sneakers

roowet said...

replica bags supplier replica bags philippines wholesale replica bags online pakistan