BERANI NAK IKUT??

Friday, March 11, 2011

Review: MEROCOK ROCOK



.
.
.

lama aku bertangguh untuk entri ni. maklumlah nak tulis review. perlukan konsentrasi yang tinggi. dan masa yang lapang tanpa gangguan. so, here we are!

*review ini adalah berdasarkan kepada pengalaman menonton sahaja dan aku akui memang tidak ada pengetahuan yang mendalam mengenai bidang teater ini.


...

teater merocok-rocok. karya dan arahan aloy paradoks. mengisahkan tentang PERHUBUNGAN. cerita yang tidak akan pernah berhenti. interpretasi cinta, kasih sayang, kecewa, hati yang lara. begitulah. kehidupan. putaran. atas dan bawah. kadang kadang tenang. tapi selalunya bergelora. 


aku berpeluang menyaksikan sesi latihan kumpulan ini. latihan dibuat di lobi aswara. ya. open space dan banyak nyamuk. haha. tapi boleh dilihat dari foto foto di bawah ini. betapa mereka komited dan serius. seperti sedang bertugas. seperti ada imbuhan besar yang menanti. 









...

tiba hari pementasan. bertempat di stor dbp.  dan berlangsung dari 24hb sehingga 27hb februari yang lepas. nyata pentas agak kecil dan tempat duduk penonton agak terhad. namun semua itu tidak menjadi aral. kerana apa yang disajikan nyata berjaya membuatkan penonton khayal dalam dunia mereka. 




kisah aril, (gambar di atas. lakonan aman nassim) yang menemui kegagalan dalam hubungan cinta. kembali untuk merebut cinta mira (fazleena) dan lisa (surya) yang telahpun berumahtangga.  ketika itu mira dan lisa kelihatan gembira dan bahagia bersama pasangan pilihan hati, johan(imran yusoff) dan rizal(aloy).

ya. rumahtangga yang goyang akibat kecurangan suami membuatkan hati isteri yang sakit telah menjalin kembali hubungan dengan bekas teman lelaki. pergolakan demi pergolakan menjadikan setiap babak sangat happening

jelas menunjukkan bahawa, tiada siapa yang mampu menjamin kejujuran dan kesetiaan dalam setiap perhubungan. kerana setiap jalinan yang terbentuk itu akan terus hancur dengan hanya satu noda. iaitu kecurangan pasangan.



pasangan suami isteri yang meraikan kebahagian rumahtangga. hasil daripada cinta yang dalam. tambahan pula si isteri tergolong dalam golongan yang hard to get. maka bertambahlah rasa bertuah si suami tatkala berjaya menawan hati si isteri. 

plot ini disampaikan dengan mudah dan ringkas. tetapi istimewa. kerana dialog dialog yang puitis. boleh cair beb. saya adalah seorang yang bebal jika tidak mencintai awak. ah. begitulah lebih kurang dialog dia. amacam? haha.






ku sangkakan panas sampai ke petang. rupanya hujan di tengahari. begitulah. kecurangan isteri yang terbongkar telah menimbulkan rasa marah yang amat di hati suami. maka terjadilah insiden menyayat hati yang tidak diingini. tambah sayu apabila orang yang dibunuh adalah orang yang pernah disayangi. sedih.

ringkas. cinta yang tak sampai. hubungan terlarang. pasangan yang curang. keseronokan yang sekejap. pasti mengundang gejolak yang parah. begitulah. love, sex and murder. tipikal. tapi naskhah ini diolah dengan cantik. berat tapi ringan. ringkas tapi sarat.




plot dikuatkan dengan babak penyiasatan kes pembunuhan tersebut oleh 2 orang inspektor polis, (lakonan roydy dan haf dzi). walaupun sekadar beberapa babak, lakonan mereka berdua ini sangat meninggalkan kesan. tambahan dengan suara macho roydy dan aksi bersahaja haf dzi  (yang gagal audition mentor protege noh hujan) berjaya menggamatkan suasana. 







menariknya pementasan ini, babak demi babak disulami flashback dan setiap selang babak dihiasi pertunjukan randai iaitu aksi tepuk kain yang ada pencak dan pergerakan yang tersendiri. cukup segar. cukup power. pergerakan randai ini diketuai oleh roydy rokidy sebagai koreografer. ya. yang suara macho tu. memang style lah. tak lupa juga petikan gitar akustik oleh roy dan tu tin nurancang. peh. panjangnya nama dia.

bagi aku, cerita ini bukan cerita aril. tapi setiap karakter ada cerita mereka sendiri. tidak dinafikan lakonan mantap fazleena dan aloy berjaya mengunci sorotan mata penonton daripada berganjak. iyalah. beberapa adegan panas 18sx tak mungkin langsung tidak meninggalkan kesan bukan? haha.

ada juga antara kawan kawan yang mengatakan ada babak yang dialognya begitu lama. dan menyebabkan bosan. apabila ditanya kepada pengarah, aloy berkata, ianya bukan dialog. tapi monolog. monolog memang panjang panjang dan lama. 

aku sendiri ada bertanya aloy. kenapa pelakon tak ada kostum? kenapa pakaian pelakon ikut suka hati sendiri? ringkas aloy jawab, saya amalkan minimalis poorteater. hantar cerita melalui lakonan, idea dan konsep. tak ada set dan props.

pementasan ini bertambah hidup dengan kawalan pencahayaan oleh rayza mukmin. mood pentas diberi nafas dengan cahaya cahaya merah, biru dan kuning. bagi aku yang taktahu apa apa, aku melihat ini sebagai kawalan yang lancar, tepat pada masa dan ketika juga tidak keterlaluan. just nice omputeh kata.

begitulah. keseluruhannya, sebagai seorang peminat teater yang tak berapa arif mengenai bidang ini, aku sangat terhibur. tiket rm20 rasa berbaloi. kerana hasil kerja yang jujur dan semangat berpasukan yang mantap dari team merocok-rocok ini telah berjaya menambat hati aku untuk menonton teater ini sebanyak 2 kali! hahaha.




di harap pada masa hadapan, pihak paradoks dapat buat rakaman setiap pementasan yang telah dipersembahkan. maka bolehlah naskhah disimpan dalam bentuk digital dan diulang tonton berulang kali. dan boleh juga dijadikan koleksi. mana tahu boleh buat hadiah istimewa kepada rakan yang menyambut harijadi mungkin. haha.

oh ya. dengar dengar juga aloy sekarang sibuk bikin filem. semoga target 2011 beliau yang ingin kacak, berbakat dan berduit dapat dicapai. sikit je lagi tu. tak lama. 

dengan ini aku mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tahniah untuk kumpulan anak muda yang gigih memperjuangkan seni ini. TAHNIAH.

sekian review. ada soalan?


p/s: paling best bila aku ajak membe membe pi tengok teater ni, dengar saja tajuk, semua pakat setuju saja. langsung tak tanya cerita ni mengenai apa? best kan? 


jadi, percayalah. kalau aku kata best tu, mesti best lah. hahaha. ok jom?


.






eh 
panjangnya?



.


41 comments:

Anisa Hang Tuah said...

akak..menariknya..nis berminat dgn kerja-kerja macam tu,,,
siyes..

all the best akak.

ghost said...

sekalipun aku belum pernah menonton teater..

jadi aku cuma membaca.

Haf Dzi Sofi™ said...

Terima Kasih Boneka Dalam Chermin, Seperti yang pernah saya katakan tadi ANGKATAN TENTERA PARADOKS sangat bertuah kerana mereka mempuayai sekelompok marginalis khalayak penonton yang begitu komited untuk menyokong mereka. Thanks To Audiences And You!! ~ Mr Haf Dzi Sofi™ [Protege Noh Yang Kechundang Di Sesi Ujibakat] ^_^

Haf Dzi Sofi™ said...

jgn lupa mention..

ANGAH PITA PELEKAT [walaupun jodoh kita hanya pada sesi latihan sahaja]
ROY dgn Lagu Indah Indahya [Berikan Saja Racun Padaku Buangkan Saja penawarnya Oho~]
NIK ADAM aka DINO CUTE [pemain Jimbey berdedikasi]
HASBOLLAH BOOLAT [Pemain Jimbey Ceria Comel dan Tuan Empunya Jimbe]
YMI Hero Gadis Gadis [Pemain Gederang Rebana Anak]
EPO JENON [Pemain Genderang Rebana Ibu]
ALIFI NORDIN aka BIAS aka BIAWAK JADIAN selaku AJK PENONTON
SYED ATIEQ SUN WUKONG selaku EMCEE bertauliah sendiri
not to forgot..
IMRAN YOUSOFF [Hero Jugak]
JULIE ABIE[Jaga TIket Kat Depan]
ANIP AWANG
SYEIKD RASHID aka FAIZAL TAHIR

love,
Haf Dzi Sofi™ Again

Muna Zaen said...

nice review beb..

gadisBunga™ said...

paling best bila aku ajak membe membe pi tengok teater ni, dengar saja tajuk, semua pakat setuju saja. langsung tak tanya cerita ni mengenai apa? best kan? -------------------------------------------@@@ akukah satu di antaranya itu? eheheh~

overall, almost complete review. good job!

bujal X said...

wei~merocok-rocok tu apa?

uncle gedek said...

TERPUKAU!

Bukan pada teater tu...

Tapi pada review tu...

(mata terbeliak, mulot ternganga...!)

miloaiskurangmanis said...

iols ada soalan....
kenapa tak ajak iols sekali???

sekian terima kasih

heh

Cik Ina Do Do Cheng said...

Pelakon yang berbakat adalah datangnnya dari pelakon yang ada asas teater.contohnya Fauziah Nawi, nasi Bilal Khan, Azizah Mahzan, dan beberapa pelakon hebat tanahair. Memang makcik minat sangat tengok teater, mereka ,melakonkan watak-watak masing memang dari jiwa.Teringin nak jumpa Fazleen, satu hari ye.

Muna Zaen said...

setuju dgn Cik Ina...
dan bagi saya, pementasan yang 'intimate' seperti itu lebih baik..barulah boleh nampak ekspresi muka setiap aktor..barulah boleh layan..

tupaimerah said...

scene 18sx agak menggetar jiwa.
haish!

Dr K said...

Review yang bagus. Ikhlas.

Gambar2 pun bagus..

Dah byk tengok teater yer?

Lepas ni tgk tak Lat teater musikal?

ps: soalan sama mcm Bujal,apa maksud merocok rocok tu?

h4ni3 said...

so moral of the story...
jangan curang kepada pasangan anda.. eh?

:)


review yg mantap!!

tasekM said...

nampak best.
review pun best.



.

nasikputeh said...

nanti wa nk kol lu..

bacakan review ni utk gua..



ya. wa pemalas. keji bukan?

teeeet~

Carnation said...

aku suka teater. tapi tak berkesempatan nak tengok pon. sedih. tiket teater muzikal tun mahathir dulu pon aku simpan ja. tak boleh p tengok.

thedreamer said...
This comment has been removed by the author.
fazleena said...

tq very much azreen for the good review. :)

*jarang org nak dtg 2 kali ke pementasan teater. :P

BonekadalamChermin said...

NIS,


thanx a lot sistah!

wish u luck too darling!

BELAJAR RAJIN RAJIN


tau?

janji?


:)


.

BonekadalamChermin said...

GHOST WRITER,


kau kena tonton beb
aku bet tak kecewa punya



jom?



.

BonekadalamChermin said...

HAF DZI SOFI,


SAMA SAMA

terima kaseh kepada kamu juga
banyak updates sy dpt dr kamu

:)

keep on posting beb!

.

BonekadalamChermin said...

HAF DZI SOFI lagi,

oh ya

THANKS A LOT
for adding those line ups!


*winkwink


.

BonekadalamChermin said...

THE DREAMER,


:)

thank u beb

i kno there are missing lines
here and there

.

BonekadalamChermin said...

GADIS BUNGA,


ya
one of them is YOU!

*wink wink

...

aku paling tak lupa
bila kau cakap,

AKU PEGI NI SEBAB NAK SAPOT KAU AYEN

ok, aku terharu beb

thank u so much!

.

BonekadalamChermin said...

BUJAL,


hahaha
rasanya sy dh jawab kat komen lepas

merocok-rocok itu

PERBUATAN YG MENUSUK-NUSUK,
MENCUCUK-CUCUK DENGAN CEPAT
DAN MUNGKIN DENGAN KEJAM

begitulah


:)

.

BonekadalamChermin said...

UNCLE GEDEK! ,


u always come out with
komen yang kelakar!

hahaha



tutup mulut uncle
nanti masuk LALAT!


:D

BonekadalamChermin said...

MILOAIS,


next time kalau ada
nak ikut kami tak?


nak?
nak?

hahaha

bagi emel address kak
nnti sy update!!


.

BonekadalamChermin said...

AKAK CIK INA MDDC,


yep.
setuju sangat kak.

masalahnya sekarang
student student aswara ni
banyak sgt saingan dgn
budak budak realiti show

yg xde ilmu tapi terus femes!

huhuhu

BonekadalamChermin said...

THE DREAMER lagi,

absolutely agree beb!
glad that u enjoy it!


:)

BonekadalamChermin said...

TUPAI MERAH,


harharhar

getar tu xdela sangat
sebab hero bukan abg fahrin aku!


:D


.

BonekadalamChermin said...

DADDY ZIYYAD,


TERIMA KASEH BANYAK


:)


setakat ni byk juga yg ditonton
tapi ini pertama kali buat review

sy tgh work out nak tonton Kampung Boy ni...JOM?


.

BonekadalamChermin said...

DADDY ZIYYAD lagi,

sori
maksud merocok-rocok
bleh refer kat jawapan komen bujal


eh?


.

BonekadalamChermin said...

Dr HANIE,

ya
begitulah

what u give
u get back

huhuhu

...

TERIMA KASEH sbb suka review ni
ingatkan takda org sanggup baca

harhar,

.

BonekadalamChermin said...

TASEK M,


bagi sy
memang BEST!

huhu


TERIMA KASEH!


:D


.

BonekadalamChermin said...

NASIKPUTEH,


kakakaka

aku dah agak!!

ah..kau ni MEMANG MALAS!!
aku tadehal lah

tak bace pun xpe ah

janji kau jenguk sini
aku dah terharu sgt dh

*nangis

ok drama

kakaka

dah. bai!


.

BonekadalamChermin said...

SIX SEPTEMBER,

beb
kalau nak tgk kampung boy,


JOM ah!


:)


.

BonekadalamChermin said...

FAZLEENA,


TERIMA KASEH sudi tinggalkan komen sini

pementasan yang bagus
pasti akan dapat pujian

:)


.

Bro Framestone said...

Aloy punye mmg best la...

hari teu die buat aksi spontan dengan member2 die.. peh tergelak bro...

dah lama xlepak dengan dorang huhhu

BonekadalamChermin said...

BRO,

aksi spontan apa?






.

Anonymous said...

golden goose
a bathing ape
birkin bag
golden goose
yeezy