BERANI NAK IKUT??

Saturday, October 23, 2010

MOOD TAK BAIK

.
.
.
tengahari. aku balek umah kejap. maklumla umah dekat dengan opis.masa park keta, borak dengan jiran. kereta aku kena ketuk pulak kali ni.jadi topik kami berkisar [ouh ayat aku..dem!] kepada isu semasa di tempat tinggal. kereta kena calar tanpa sebab. lif diconteng. haih.

tunggu lif nak naik. lama. resah. beberapa kali jam tangan dijeling. lambatnya lif. cepatlah!!. geram. makin lama, ramai yang datang. sesak. serabut. bau macam-macam. itu biasa. haih. mengeluh lagi.

mood aku dah mula berubah.

lif sampai. jumpa anak jiran dalam tu. budak pempuan. india. darjah tiga. dengan uniform sekolah pinafor warna biru tua. dia pandang aku. senyum. aku balas. tapi kelat.

' akak tadi borak dengan jiran melayu depan tu yer? '

aku angguk.

' akak tadi naik apa? tumpang kereta mereka yer? '

ah. banyak pulak kau nak tanya. selalu aku peramah je, tapi hari ni mood aku tak baik. sepatah je aku jawab,

' tak '

' jadi akak naik apa? kereta sendiri yer? '

aaaaaa!!! apa lagi kau nak tanya ni?? getus aku dalam hati. lif berhenti setiap tingkat disebabkan satu lif je berfungsi. maka terasa lama sangat nak sampai ke tingkat umah aku.

' ak ah. kereta sendiri '

ting! tingkat 13. aku happy! dah sampai. aku keluar. budak tu pun keluar sama.

' akak! '

aaaaa!!! apa lagi?? aku pun menoleh.

' akak ni chantekla. babai! '
.
.
.
huh? apesal kau tak cakap dari awal tadi?
.
.
.


[kalo tak konfem aku dah belanje kau seploh eskrem ni!]
huahahahaha!!
.
.
.
.
eh ye ke?



11 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

betullah akak memang cantik

tinailyani said...

lain kali jgn kelat2 nk layan org :)
untung2 dia ckp 'akak ni cantikla. BAIK PULAK TU!'.. wuwuwu. make ur day, huh?

ardzmarn said...

dia saja nak mainkan perasaan lu je tu.. jangan terpengaruh sangat..


hahaha..



:)

gadisBunga™ said...

wanita cantek, ape jadi dgn kete ko? (btw ayat ko mmg sungguh OBBK..kihkihkih!)

MasZuber said...

HAHAHHAHAHA

akak cantek bila mau lepaking lagik?

Anonymous said...

hahahaha..kelakar~
kalo xde aiskrim len kali bg je 1 kiss kat pipi dia..cfm pasni hari2 dia puji :P
(cam ngeri je idea tu?)

Muna Zaen said...

itulah kehidupan...benda yg baik datang tanpa disangka2, tanpa kita m'harapkannya..(huh, ayat aku punn...)

p/s: bukan selalu nak jumpa budak tetiba nak b'ckp dgn kita cam tu..lebih2 lg budak bukan melayu

pembaris said...

dari satu sudut,otak budak otu sungguh cerdas.mgkin dia sedang susun strategi

Carnation said...

budak2 tak pandai menipu kan?? haha

Dr Singa said...

pastinya sengih sepanjang hari...
:)
ya lah... begitu OBBK!!

BonekadalamChermin said...

terima kaseh kpd yg sudi membaca cerita poyo ini.

:)

BRUTALSOLO: ehem ehem.

TINAILYANI: budak2 x complicated.

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-: lu saje dengki. bg a can kt gua.

GADISBUNGA: kena ketuk,seb bek x berlubang. :(

MASZUBER: tunggu! tunggu! sikit je lg nk abis sem.

RAHIMAHRAMLAN: hahaha. ngeri dowh~ ;p

THEDREAMER: ya.true.bahasa melayu dia sgt fasih.

PEMBARIS: kalau dua sudut?

SIXSEPTEMBER: aku rasa dia nk amek ati je.haha.

DRSINGA: dokter mmg dokterla. mcm tau2 je. mmg sengih sepjg hari pun! er, jeli-jeli kaler-kaler ade belen?

hihi.kpd suma, dedicate lagu GADIS SEMASA-Yuna! :)