BERANI NAK IKUT??

Saturday, November 13, 2010

ROTI PLANTA

.
.
.
maaf. lama aku tak datang sini. bukan apa.
balek jitra. cuci rumah. balek semula ke kl.
langsung outstation kelantan. balek ke kl semula.
bergelumang dengan kerja ofis. hmmm. yang banyak.
dengan tesis yang tergendala. dengan hal
pindah rumah yang belum selesai. penat juga.


sedikit jamuan mata buat semua.
inilah dia tragedi yang menimpa.
betul lah peribahasa tu kata,

' berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul '



selut dalam rumah sedang dibersihkan.
rumah aku memang macam baru pindah.
banyak harta benda yang rosak. buang.

[ aku cuma ada dua orang adik lelaki.
sorang papan, sorang lagi tilamnya. ]
hahahaha



 kain baju yang terendam lumpur. 
BANYAK GILA WEY!!! T__T'



keadaan di sekitar kawasan rumah.
semua bergelimpangan. berselut.



seronok juga ada pembantu kan? 
anak sedara yang rajin membantu aku mencuci.
hmmm. daripada dia lari-lari dalam rumah. 



ah. dia seronok nak main air. tengokla muka dia.
haduih. last-last dengan dia-dia aku cuci. 
[ mandi la! ]



siapa yang datang? mereka inilah yang tak
putus-putus turun padang menghulur bantuan.
persatuan taiwan buddhist tzu chi foundation.

TERIMA KASEH TAK TERHINGGA DIUCAPKAN.

mereka beri, 



roti planta dan bekalan air mineral.



dan tak lupa keperluan-keperluan asas seperti
milo, nescafe, berus gigi, ubat gigi, shower foam,
shampu, maggi juga wang sejumlah rm200.


mana wakil rakyat kita? adun? orang besar?
orang kaya? orang ada-ada?



MANA?


aku tak tengok berita. aku tak baca suratkhabar.
tapi aku berada di sana. banyak pusat pindahan banjir
tak ada bekalan makanan. ini bukan cerita bohong.
lantang kita mahu buatlah kerja ikut cara Islam.
tapi mereka yang bukan Islam tak banyak bicara pun.
mereka terus datang hulurkan bantuan.

.
.
.
.
.
.
.



lumpur di baju boleh dicuci.







hai semua!!!



32 comments:

Ahmad Hamzah said...

seronok tengok ramai orang masih tersenyum setelah diuji, bagus tu, tanda2 orang yang redha tu. Rasa nak bergembira sama lak haha. Tentang YB2 tu biaq p la, nnti rosak lak keta doang kne lumpur

Hujan said...

huhuhu... mana orang ada - ada?

mana wakil rakyat kita?
bencana melanda, duk sibuk berbalah.
sedangkan bangsa lain yang menghulurkan bantuan..

selalu je macam nih... kan?

akubiomed said...

Memang penat bersihkan lumpur-lumpur ni belum tentu lagi kerosakan harta benda. Harap mangsa-mangsa banjir tambah menghadapi dugaan

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

balik baru2 ni pon tgk rumah penuh dgn lumpur..

berbau plak tu

BUNGA said...

betul kata awak.. ' berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. semoga awak sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..

pembaris said...

hanya mereka yang berada di sana yang mengetahui keperitan.orang lain kalau tak ambik pengajaran tak tau lah

Hidayati Farhan said...

kesian awak lahhh. hehe. mmg kan. nak cuci rumah bukan bole siram2 je. saya yang air naik lebih dr longkang sket je da rasa rimas sbb basah2 kaki kecut semua.

inikan sampai dalam rumah. Ujian dari Allah. sabar dan tenang menghadapinya

smile :D

ckLah @xiiinam said...

Salam...
Benar...hanya yang mengalami yang tahu suasanan sebenar. Semoga saudara2 di sana tabah dengan dugaan....


***ckLah tak pernah diuji dengan banjir, tapi pernah mengalami kebakaran sehingga sehelai sepinggang.......dan melihat sendiri penyelewengan dalam 'pengagihan bantuan' dari mereka yang 'diamanahkan'.

Yunus Badawi said...

Org kita ni lebih sibuk berpolitik. Kalau ada pilihanraya kecil entah dari pelosok mana semuanya datang ke situ. Tapi bila saudara seagama ditimpa musibah, jarang nak datang beramai2 mcm tu.

Harap kita semua sedar.

Anonymous said...

ishh..ye lah, mana orang ada-ada yg beragama islam?
kalau event yg boleh buat diri dorang glamer..sure diorang muncul..hurmm..

gadisBunga™ said...

papan dan tilam? hahahahaa!!!!

uncle gedek said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikol....

BonekadalamChermin said...

JANK: Allah tu menduga hamba yg mampu terima dugaanNya. :)

bab YB tu, biarkan jela.
cuma kecewa la dgn sikap begitu.

BonekadalamChermin said...

HUJAN: jenguk pun tak depa tu. haih.

BonekadalamChermin said...

AKUBIOMED: penat. sangat penat. tambahan masa hari nak bersihkan rumah, bekalan air kejap ada kejap x ada.

BonekadalamChermin said...

GKSB [pjgnya nak taip penuh!] : betoi! betoi! sebab tu kena cepat2 cuci. 2-3 hari bau dia dah jadi pelik. busuk amat!!

BonekadalamChermin said...

BUNGA: terima kaseh yer. bukan senang nak beli semua baru. terutama sekali tilam la. huhu.

MAHAL!

BonekadalamChermin said...

PEMBARIS: ya betol. depa yang x rasa, xtau peritnya. T_T'

BonekadalamChermin said...

POYATY: hoi! ni nak simpati ke nak gelak ni?? hahaha. memang pun. cuci baju manual. 3 hari tidur dalam kesejukan. kaki tangan dah kembang.

huhuhu

BonekadalamChermin said...

CKLAH@XiiNAM: wah. pengalaman mengalami kebakaran juga satu ujian yang berat. T_T'

semoga setiap ujian itu dapat menyedarkan kita dan semakin dekat dgnNya.

BonekadalamChermin said...

YB: ya.itulah maksud saya.tambahan kami yang kena, tidaklah mengharap bantuan makanan atau wang ringgit tetapi cukuplah sekiranya ada lawatan yang dibuat utk melihat sendiri bagaimana keadaan kami.

keprihatinan itu penting.

BonekadalamChermin said...

RAHIMAH RAMLAN: sokong cakap awak. memang betul pun. ramai yg turun padang di pusat pindahan banjir sebab kat situ ada liputan tv. gambar bersalam dgn mgsa banjir. sengih2. glemer. haih.

BonekadalamChermin said...

GB: hahaha. itula pasal! tp tilam ni kalau tenggelam banjir, dia FLOAT! 'P

BonekadalamChermin said...

UNCLE GEDEK! : *speechless*

Muna Zaen said...

lumpur di baju boleh dicuci
selut di hati, boleh dapat tibi
bukan senang nak dilupai...kan?

BonekadalamChermin said...

THEDREAMER: saja aku tinggal sikit kata-kata tergantung. hahaha. tajam mata kau!

Muna Zaen said...

a'ah..dah le bio aku hampeh, tibi mana de kena-ngena dgn hati kan?

BonekadalamChermin said...

THEDREAMER: hahahahahaha!! fani la kau. helo? bio aku pun kaput gak.

anyway, TIBI TU IALAH PENYAKIT YG ADA KAITAN DENGAN PARU-PARU.

titik.

cik G A D I S said...

adakah ini area taman yang dulu ada pasar malam hari sabtu tapi skang pasar malam tu dah pindah tempat


adakah?

BonekadalamChermin said...

cikGADIS: ya. tepat sekali. di situlah terletaknya pasar malam hari sabtu. betapa happeningnya rumah saya pada ketika itu.

hahaha

adakah jejak kaseh akan berlaku?

siapakah gerangannya saudari gadis ini?

:)

hai!
.
.
.

emak. bukan penari tiang said...

pasar malam hari sabtu pindah dekat depan rumah tok aku, tapi pasar malam jadah apa lagi dah, dah jadi tempat orang buang sampah!!!!

BonekadalamChermin said...

LADYRYE: masa dok depan umah aku, aku sendiri jarang pi pasa malam tu.

hahaha