BERANI NAK IKUT??

Wednesday, November 3, 2010

TIADA KATA

.
.
.
jitra banjir lagi. kejadian tahun 2005 berulang. tapi kali ini lebih dahsyat dari 5 tahun lepas. semasa blog ini ditulis, air di kawasan rumah aku sudah mencecah paras pinggang. aku mahu pulang segera tetapi dinasihatkan menunggu keadaan terkawal dan air surut kerana banyak jalan yang telah ditutup. tiada akses ke sana. itu lebih tepat. hati ini tidak tenang. memikirkan nasib keluarga di sana. 


mengimbau semula. kejadian pada tahun 2005 sangat menyayat hati. ketika itu aku berada di kuala lumpur. menghadiri mesyuarat klien-konsultan di jalan ipoh. ayah berada di bangkok atas urusan rasmi kerja. ibu menghadapi banjir itu bersama 2 adik lelaki. ibu dan adik-adik turut terpisah. akibat henfon adik yang mati baterinya. cemas. aku dihubungi ibu setiap setengah jam dalam perjalanan pulang aku ke sana. hati ibu mana yang tidak gusar apabila anak-anak hilang entah ke mana. aku terpaksa akur pulang dengan keretapi. kerana perkhidmatan bas dan kapal terbang hanya mampu sampai ke pulau pinang. perjalanan yang lama. kasihan ibu. cemas sendiri. hanya mampu merintih. ketika itu aku terasa cacat. hanya mampu mendengar tanpa boleh berbuat apa-apa. T_T"


tidak disangka peristiwa terjadi lagi. dan aku pula sudah bekerja di kuala lumpur. hanya mampu berhubung dengan ibu di talian telefon.


' mak ok tak ni? mak kat mana? abah? mucid? yon? depa kat mana? '

' mak kat sekolah. tidoq sini malam ni. abah dengan adik tidoq dalam kereta. depa nak tunggu ayaq surut '

' ada selimut tak? bantai [bantal] ada? '
.
.
.
.
.
.
.
' semua ada. mak lapaq la. mandi pun dak lagi. baju pun tak berganti. umah kita abisla arin. '






aku terdiam.
sejurus selepas itu air mata laju mengalir di pipi.





















dalam banyak-banyak gambar yang kawan-kawan
uplod di fesbuk, tiba-tiba kelihatan  ibu dan keretanya,
dalam proses keluar dari kawasan perumahan

sayu melihat itu

maaf aku emosi
T___T"




22 comments:

Kikibal said...

Ayin.. Aku tak tau ml kate ape,tapi aku tumpang sedih!!

bujal X said...

asalkan semua ahli keluarga masih selamat,tidak mengapa rosak harta benda~kerana bantuan akan menyusul tiba.

*sabar ye cik bon~~

gadisBunga™ said...

sabar banyak2 ye BDC...ini adalah ujian dan sebagai peringatan terhadap kita semua. pesan kat family supaya berhati2 ye..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jom kita doa bebanyak sama sama

Lynn Abd Latib said...

sabar2..smg air beransur reda nanti!!

nasikputeh said...

hope everything gonna fine..

i'm stuck too...

T_T

BonekadalamChermin said...

KIKIBAL: ye. faham. ini cuma luahan je. benda dah berlaku. kena redha.

BonekadalamChermin said...

BUJAL X: sedang bersabar. terima kaseh~

BonekadalamChermin said...

GADISBUNGA: terharu saya dengan pesanan itu. terima kaseh yer.

BonekadalamChermin said...

BRUTALSOLO: JOM!!! terima kaseh byk byk byk.

BonekadalamChermin said...

LITTLEHUMBLELYNN: terima kaseh. air dah semakin surut tapi elektrik maseh tidak ada.

BonekadalamChermin said...

NASIKPUTEH: ko kat mane? huhu. nanti aku balek aku anta makanan sedap2 kat kau eh. i lap u.

MasZuber said...

hmmm...

siannye ayen ;'(..

memang sedih apabila di landa banjir nie..

satu nanti banyak barang yang rosak.

keduanya nak bersihkan rumah apabila ayak surut nanti..aduss

keadaan yang agak sayu mengenangkan keluarga tersayang tidur ramai di pusat penempatan banjir..

hmmmm mahu giv big hugs for you la now..

BonekadalamChermin said...

MASZUBER: ya. sangat tepat sekali. saat melihat barang-barang rumah rosak dan tersadai. itu paling syahdu. apatah lagi mengenangkan ibu yg kurang sihat, tidur di atas lantai yg sejuk. T_T

terima kaseh. sgt perlukan moral sapot. huhu.

miss nina said...

awk-sabarlah.
saya di johor pun risaukan keluarga di kedah
:(

hanani said...

kak ayien,b strong ye?
semoge semue selamat

BonekadalamChermin said...

MISSNINA: terima kaseh yer. huhu. itula. hati pempuan ni memang sensitif la. risau! T_T'

BonekadalamChermin said...

HANANI: thank u. thank u. huhu. taktahu nak strong cemane lagi. :(

Muna Zaen said...

sedih gak aku nih...ni le first time dgr citer banjir dr org yg aku kenal..sblm ni baca citer kat berita je..sabar ye azreen..

BonekadalamChermin said...

THEDREAMER: memang pilu. especially masa on the way balek tu. dalam kepala pikir mcm2. air mata tu xyah ckpla. sepjg jln kot nangis.

betulla org kata, berat mata memandang. bila dh alami, baru rasa sakit tu. T_T'

thanx mate! appreciate that.

Ahmad Hamzah said...

sedih n tumpang simpati arin. semoga terus keras n kuat ye arin

BonekadalamChermin said...

JANK: terima kaseh banyak-banyak. terharu. T_T'